Ketenangan jiwa adalah tingkat emosi yang paling tinggi dalam membentuk keperibadian seseorang. Namun begitu, sebagai seorang manusia kita tidak akan lari daripada serabut  dengan masalah yang tidak ada penghujungnya. 

Problems begin the moment we are born. That’s inevitable. But what can we do? That’s what it is to live – Hayao Miyazaki

Jadi bagaimana mahu dapatkan ketenangan jiwa?

Bersahabatlah dengan Al-Quran. Ajaran Al-Quran yang diturunkan oleh Allah secara berperingkat kepada Nabi Muhammad SAW merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia. Selain mendapat pahala beramal dengan Al-Quran, jiwa juga boleh menjadi tenang.

Bagaimana mahu bersahabat dengan Al-Quran?

Ini antara caranya: 

1. Niat dan kemahuan yang tinggi

Niat adalah perkara yang paling penting untuk ditanam dalam jiwa kita. Secara tidak langsung, niat juga mendorong otak kita berfungsi untuk memikirkan cara bagaimana mencapai kemahuan yang tinggi tersebut. 

“Dari Amirul Mukminin Abu Hafsh, Umar bin Al-Khattab RA, ia berkata : “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Segala amal itu bergantung pada niatnya, dan setiap orang hanya mendapatkan apa yang diniatnya. Maka barang siapa yang hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya itu kepada Allah dan Rasul-Nya. Barang siapa yang hijrahnya itu kerana kesenangan dunia atau kerana seorang wanita yang akan dikawininya, maka hijrahnya itu adalah kepada apa yang ditujunya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Oleh kerana itu, sangat penting kita niatkan belajar Al-Quran adalah untuk mendekatkan diri kita kepada Allah SWT.  Jelas bahawa keinginan atau kemahuan yang jitu adalah syarat asas untuk mendapatkan manfaat Al-Quran. 

Selari dengan firman Allah SWT yang bermaksud:

Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sehingga mereka mempunyai kemahuan dan berusaha untuk mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri… (Surah Ar-Ra’d: 11)

Selusuri pula kisah Saidina Umar RA yang sangat luar biasa yang tersentuh hatinya tatkala mendengarkan ayat-ayat Allah SWT dan setelah beberapa peristiwa akhirnya masuk Islam apabila mendengarkan ayat-ayat Al-Quran. Wahyu yang Rasulullah SAW sampaikan menerusi ayat-ayat Allah SWT adalah sesuatu yang mengubah perilaku orang-orang yang berada di sekelilingnya menjadi baik.

Untunglah kita sekiranya kita dilorongkan oleh Allah SWT untuk membaca, mendengar dan menghayati ayat-ayat di dalam Al-Quran. 

Semoga kita tidak menjadi hamba Allah SWT yang menjadikan Al-Quran sepertimana yang dilakukan oleh Kaum Quraisy. Apabila kita melihat Al-Quran, semoga kita dapat mengangkat martabatnya walaupun apabila mendengar dan membaca hanya satu ayat kerana kita tahu hakikatnya diturunkan oleh Allah SWT.

2. Tulus berdoa agar diberikan kemudahan untuk belajar Al-Quran

Setelah menanam niat, kita perlu berdoa untuk memohon kekuatan agar sentiasa bersemangat dalam menuntut illmu agama yakni mempelajari Al-Quran. Sesungguhnya, segala kehidupan kita ini perlu bergantung harap hanya pada Allah yang Maha Esa. 

Pentingnya untuk kita selalu berdoa agar dipermudahkan urusan kita untuk belajar mengaji adalah kerana Hidayah dan petunjuk itu milik Allah. Kita perlu berdoa kepada Allah semoga Allah sentiasa pilihkan kita menjadi insan-insan yang bertuah dapat membaca Kalam Allah, dapat mempelajari Kalam Allah kerana tidak semua orang yang terpilih oleh Allah untuk dibukakan hatinya belajar mengaji atau mengaji Al-Quran setiap hari.

Meminta dan merayulah apa sahaja yang diinginkan kepada Allah, walau sekecil mana pun perkara itu kerana Allah menyukai mereka yang meletakkan kebergantungan kepadaNya.

Selari dengan sebuah hadis qudsi, Allah SWT berfirman, maksudnya:

Wahai hamba-Ku, kalian semua kelaparan, kecuali orang yang Aku berikan makan. Maka mintalah makan kepadaKu, nescaya Aku akan berikan. Wahai hamba-Ku, kalian semua tidak berpakaian, kecuali orang yang aku berikan pakaian. Maka mintalah pakaian kepadaKu, nescaya Aku akan berikan. (Sahih Muslim)

Oleh itu, jangan pernah berasa serik untuk berdoa kepada Allah. Mohonlah apa sahaja yang diinginkan dengan keikhlasan dan kesabaran.

3.Mewujudkan keinginan untuk mendekatkan diri dengan Al-Quran

Niat dan berdoa sahaja tidak lengkap tanpa mewujudkan keinginan melalui usaha. Antara usaha-usaha yang kita boleh pratikkan dalam menjadi sahabat kepada Al-Quran adalah:

Sesungguhnya, besar darjat bagi orang-orang yang tidak putus menuntut ilmu apatah lagi dalam menuntut ilmu mengenai Al-Quran. Sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah Al-Mujadalah : 11 maksudnya :

“Supaya Allah SWT meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan Agama (daripada kalangan kamu) dengan beberapa darjat”

Persoalannya, waktu Covid-19 begini rasa takut untuk belajar mengaji secara bersemuka. Risau berjangkit atau terdedah dengan wabak yang bahaya. 

Jangan risau, Azdan Quranic Center juga menyediakan kelas mengaji secara online bersama guru-guru yang bertauliah.

Klik pautan saya mahu belajar Al-Quran! untuk maklumat lebih lanjut.

Allah mengetahui setiap usaha kita untuk mendekatkan diri kepadaNya kerana Dia Maha Teliti. In shaa Allah, dengan kuasaNya kita mampu mendapat ketenangan jiwa yang diimpikan. 

Tuntasnya, pengajaran di sebalik setiap ayat-ayat Al-Quran membawa erti yang cukup mendalam dalam kehidupan. Selain menjadi panduan untuk penetapan hukum Islam, Al-Quran juga digunakan sebagai pedoman bagi umat Islam.

Bersahabatlah dengan Al-Quran. Fahami maksud setiap baitnya. Ia tidak akan menghilangkan masalah kehidupan yang kita alami. Namun, cara kita memandang suatu masalah itu sebagai ujian tanda kasih Allah akan menenangkan hati kita. Sekaligus memberi semangat dan kekuatan untuk kita terus bangun dan melawan apa yang mendatang.

Anda ingin belajar mengaji secara online yang terbukti berkesan seperti 10,000 orang pelajar Azdan?

Nak Ustaz dan Ustazah bimbing Anda dengan kaedah paling terkini mahir mengaji dengan sangat mudah & cepat, dari kosong sampai pandai ??

Anda perlukan khidmat Konsultasi

Jom bersama AZDAN supaya kami dapat bantu selesaikan sebarang masalah anda ! Jangan bimbang sepanjang KONSULTASI , ustaz ustazah akan bersama anda untuk mantapkan lagi bacaan Al-Quran. Untuk makluman ! KONSULTASI ini bernilai RM50 , tapi untuk anda kami nak bagi secara PERCUMA je . Ye PERCUMA sahaja. Berbaloikan ? Tunggu apa lagi jom ambil peluang ni ! Jom dapatkan Konsultasi bersama Azdan dengan Tekan link dibawah Sekarang 

Saya perlukan konsultasi mengaji dengan Azdan Hari Ini.