Semua orang dalam dunia ni mesti ada impian untuk menjadi seorang yang berjaya. Kalau ada orang yang dalam hidupnya tu memang tak nak berjaya, memang “something wrong” lah orang tu…

Sebabnya… Memang dari awal persekolahan lagi kita telah didedahkan tentang betapa seronoknya menjadi seorang yang berjaya.

Siapa gambaran golongan berjaya yang boleh kita jadikan sebagai contoh ?

Contoh terdekat yang boleh diambil ialah Ustaz Anas Azami dan Ustazah Aisyah Ba’in yang merupakan pengasas dan pengasas bersama Pusat Quran Azdan.

Ustaz Anas dan Ustazah Aisyah berjaya menjadikan Pusat Quran Azdan sebuah pusat quran yang menjadi pilihan ramai dan kini Pusat Quran Azdan mempunyai lebih daripada 30 ribu orang pelajar.

Bukan senang sebenarnya mereka nak sampai ke tahap ini. Macam-macam usaha keras telah mereka lakukan bersama-sama. 

Hanya bermula dengan kelas secara online, kini Pusat Quran Azdan dalam proses untuk ada Wisma Azdan sendiri. InsyaAllah, tidak lama lagi…

Jom kami kongsikan 10 Kebiasaan Yang Dilakukan oleh Ustaz Anas Azami dan Ustazah Aisyah Ba’in !

#1 ADA SEMANGAT YANG KUAT

Setiap sesuatu yang kita lakukan sama ada dalam menuntut ilmu mahupun dalam bidang pekerjaan, mesti kena ada semangat yang kuat.

Kalau tak… Bila ada masalah yang timbul walaupun masalah yang kecil je tapi dah rasa lemah dan rasa tak mampu nak teruskan apa-apa yang sedang diperjuangkan.

Bukan itu sahaja, ramai juga yang mudah sangat berputus asa dan tak percaya dengan kebolehan yang ada pada diri sendiri. 

Sesiapa yang nak berjaya mesti berpegang dengan prinsip “kalau orang lain boleh buat, aku pun mesti boleh!”

Semangat itu lah yang menjadi pegangan Ustaz dan Ustazah pada awal-awal Pusat Quran Azdan ni ditubuhkan dulu. Nak ajak orang belajar mengaji ni bukan senang macam nak ajak orang lepak minum.

#2 USAHA DAN SABAR

“Kejayaan tu tidak datang bergolek”

Mesti selalu dengar kata-kata tu. Betul tak ?

Sebenarnya, kata-kata tu membawa suatu maksud yang mendalam dan perlu kita ambil pengajaran.

Setiap orang yang berjaya pada hari ini adalah orang yang telah berusaha dengan bersungguh-sungguh dalam apa yang mereka perjuangkan.

Oleh itu, usaha dan sabar itu perlu seiring kerana perjalanan menuju sebuah kejayaan ni adalah suatu proses yang panjang. Bukannya usaha hari ini, esok terus berjaya jadi jutawan.

Trust the process, kemanisan kejayaan itu akan jadi lebih bermakna !

Berkat kesabaran dan usaha Ustaz Anas dan Ustazah Aisyah, Pusat Quran Azdan masih utuh bahkan semakin berkembang pada hari ini. Kalau tak, mungkin Pusat Quran Azdan ni dah berkubur pada awal-awal PKP dulu sebab waktu tu banyak cawangan terpaksa ditutup.

Tapi, Ustaz dan Ustazah meneruskan usaha mereka untuk menyelamatkan 100 ribu jiwa umat Islam supaya pandai mengaji dengan cara yang lain iaitu mengadakan kelas secara online.

#3 MESTI CEPAT BERTINDAK

Zaman sekarang semua orang semakin berlumba-lumba untuk dapatkan kejayaan dalam pelbagai bidang terutamanya bidang perniagaan.

Pelbagai teknik dan kaedah dilakukan bagi memastikan produk atau servis jualan mereka itu mampu meraih keuntungan yang berlipat ganda. 

Senang cerita sekarang ni, siapa yang lambat, memang akan ketinggalan.

Kalau anda nak berjaya dalam sesuatu perniagaan tapi sampai saat ini masih duduk diam di rumah dan berangan-angan je, memang tidak akan jadi kenyataan lah angan-angan tu…

Tunggu apa lagi? Kalau nak berjaya, bertindak sekarang !

Kalau Ustaz Anas dan Ustaz Aisyah hanya berdiam diri selepas beberapa cawangan terpaksa ditutup kerana PKP dulu, mesti Pusat Quran Azdan tak berada di tahap sekarang ni.

#4 MANTAPKAN ILMU PENGETAHUAN

“Aku ni memang tak boleh nak berjaya. Belajar tak pandai, nak buat business pun tak tahu.”

Jangan pernah sesekali pun berfikiran macam tu ! Itu semua alasan je.. Kalau tak pandai, boleh usaha untuk belajar sesuatu perkara tu sampai pandai !

Kalau nak, seribu daya. Kalau tak nak, seribu dalih…

Kenal pasti di mana kelemahan dan kekuatan anda, kemudian cari guru atau tempat yang betul supaya anda dapat memantapkan kekuatan dan mengatasi segala kelemahan yang dihadapi.

Jika betul nak jadi seorang yang berjaya, berhenti mencari alasan, tapi carilah solusi…

Ini yang selalu dilakukan oleh Ustaz Anas. Beliau tak pernah jemu untuk belajar dengan pelbagai guru. Bila ada je peluang untuk sertai seminar atau bengkel tentang perniagaan mesti Ustaz akan pergi. Siap bawa team lagi supaya sama-sama bersemangat !

#5 PRAKTIKKAN ILMU YANG DIPELAJARI

Haa.. Bila dah penuh ilmu di dada tu, jangan pula dibiarkan begitu saja. Kena lah praktikkannya dalam kehidupan seharian.

Dah penat-penat pergi menuntut ilmu, tapi masih lagi duduk diam tak buat apa-apa. Takkan berjaya juga kalau macam tu. 

Apabila dapat ilmu baharu, terus praktikkannya, baru lah dapat lihat sendiri akan keberkesanan terhadap apa yang telah dipelajari sebelum ni.

Kalau dah boleh rajinkan diri untuk pergi menuntut ilmu, kena lah rajin juga untuk amalkannya.

Bila dah pergi belajar tu, balik je ke pejabat Ustaz Anas akan pastikan beliau sendiri dan team yang pergi tu dapat praktikkan ilmu baharu yang telah dipelajari.

#6 BERFIKIRAN POSITIF

Sehebat mana pun ujian yang menimpa dalam hidup kita, cuba cari hikmah disebalik ujian itu kerana setiap yang berlaku dalam pasti ada hikmah disebaliknya.

Contohnya, “Aku ni tak pandai dalam pelajaran, tak dapat masuk Universiti mesti tak ada peluang dah nak berjaya dalam hidup.”

Daripada berfikiran negatif sebegitu, lebih baik melihat daripada sudut yang lain, “Ada hikmahnya aku ni tak dapat sambung belajar, tapi aku dapat bantu mak ayah majukan perniagaan keluarga ke peringkat yang lebih tinggi.”

Haa.. Macam tu lah.. 

Sentiasalah bersangka baik dengan Allah SWT, sesungguhnya perancanganNya adalah yang paling terbaik. 

Tak salah rasanya kalau dikatakan bahawa kejayaan Pusat Quran Azdan pada hari ini adalah hikmah daripada PKP dan pandemik Covid-19 yang melanda dunia pada awal tahun 2020.

#7 BETULKAN NIAT

Niat ni adalah perkara yang paling penting perlu dilakukan sebelum nak buat apa-apa perkara pun. Jika niat untuk kebaikan, maka kebaikanlah yang kita dapat. 

Jadi, apa-apa pun yang kita nak buat, jangan lupa untuk berniat ke arah kebaikan supaya ianya akan dipermudahkan dan berjalan seperti yang dirancang.

Kalau anda nak buat sesuatu business, janganlah niat untuk semata-mata nak jadi kaya dan dipandang tinggi oleh ramai orang. Nanti boleh lah nak menunjuk-nunjuk.

Jangan sesekali niat macam tu. Ingat !

Sebenarnya, niat nak jadi kaya tu tak salah tapi kena betulkan sikit… Niat nak kaya supaya dapat bantu lebih ramai orang yang susah dan memerlukan.

Haa.. macam tu baru betul.

Ustaz Anas dan Ustazah Aisyah tak pernah jemu untuk ingatkan kepada team mereka untuk betulkan niat bekerja ni untuk bantu ramai orang pandai mengaji dengan betul bukan semata-mata kerana duit.

#8 MENJAGA SOLAT

Sebagai umat Islam, solat merupakan ibadah yang wajib dilakukan 5 waktu sehari semalam. 

Kalau perintah Allah SWT tentang kewajipan solat 5 waktu ni pun tak dapat nak laksanakan, macam mana nak berjaya dalam hidup?

Bila dah berjaya tunaikan solat 5 waktu yang wajib tu, rajinkan lah diri untuk amalkan solat-solat sunat yang lain juga seperti solat sunat Dhuha.

Solat sunat Dhuha ni merupakan salah satu cara untuk menjemput rezeki tau ! Cuba lah amalkannya setiap pagi, 2 rakaat pun boleh, tak ambil masa lama pun…

Salah satu culture yang dihidupkan oleh team di Pusat Quran Azdan ialah solat zohor dan asar secara berjemaah. 

#9 SELALU BERSEDEKAH

Selain daripada solat Dhuha, amalan bersedekah juga salah satu amalan untuk menjemput rezeki.

Amalan bersedekah ni pun telah menjadi culture di Pusat Quran Azdan. Setiap hari Jumaat akan ada Tabung Jumaat dijalankan di semua department supaya dapat memupuk sifat selalu bersedekah di kalangan team Azdan.

Bukan tunggu kaya baru nak sedekah, tapi bersedekah lah untuk jadi kaya.

Mesti pernah dengar ayat tu kan…

Tapi kena ingat, niat tetap kena jaga. Niat bersedekah untuk bantu orang yang memerlukan dan berharap balasan baik hanya dari Allah SWT bukannya berharap kepada pujian daripada manusia lain.

#10 ISTIQOMAH

Apa-apa pun yang kita buat dalam hidup ni, semua nya perlu dilakukan dengan berterusan atau istiqomah kalau nak berjaya.

Jangan harini je usaha sungguh-sungguh, esok dah tak buat sebab dah malas. Haa.. kalau macam ni, memang susah lah nampaknya nak berjaya.

Semua kebiasaan yang disebutkan di atas tadi dilakukan secara berterusan bukan sahaja oleh Ustaz Anas dan Ustazah Aisyah, tapi ia juga dilakukan secara bersama-sama oleh seluruh team di Pusat Quran Azdan.

Jom sama-sama kita amalkan 10 kebiasaan golongan berjaya yang telah dinyatakan tadi. InsyaAllah kejayaan dunia dan akhirat milik kita. Aaminn…

Anda perlukan khidmat Konsultasi ?
Jom bersama AZDAN supaya kami dapat bantu selesaikan sebarang masalah anda ! Jangan bimbang sepanjang KONSULTASI , ustaz ustazah akan bersama anda untuk mantapkan lagi bacaan Al-Quran.

Untuk makluman ! KONSULTASI ini bernilai RM50 , tapi untuk anda kami nak bagi secara PERCUMA je .
Ye PERCUMA sahaja. Berbaloikan ? Tunggu apa lagi jom ambil peluang ni !
Jom dapatkan Konsultasi bersama Azdan dengan Tekan link dibawah Sekarang 

Saya perlukan konsultasi mengaji dengan Azdan Hari Ini.

Promosi Selamat Datang!

PERCUMA

Kelas Percubaan!

Mula belajar mengaji sekarang–dapatkan secara Percuma!

Tebus tiket percuma kelas percubaan sekarang!

Kalau bukan sekarang, bila lagi nak belajar mengaji.