Pandemik COVID-19 telah memberi impak yang banyak dalam pelbagai industri seperti pendidikan yang telah banyak berubah seperti kemunculan kelas online.

Sebelum ini, kelas fizikal merupakan rutin para pelajar dan pensyarah tetapi perubahan dunia yang drastik menyebabkan terdapat alternatif yang lain untuk mengajar.

Di dalam artikel ini, kami akan menerangkan kepada tentang adab menuntut ilmu kelas online kerana semakin ramai orang telah lupa perkara ini.

Teruskan membaca artikel ini untuk mendapat maklumat yang berfaedah.

Adab Ketika Menuntut Ilmu Kelas Online

Satu perkara yang membezakan antara kelas fizikal dan kelas online adalah dari segi privasi. Semasa kelas online, ramai pelajar memilih untuk menutup kamera mereka.

Dengan ini, mereka mungkin akan membuat perkara yang lalai seperti bermain telefon, bermain game dan juga tidur. Ini menyebabkan mereka ketinggalan dalam pelajaran.

Di  bahagian ini, kami akan menerangkan 11 adab yang perlu dilakukan oleh pelajar semasa menuntut ilmu dalam kelas online supaya dapat belajar dengan betul.

1. Buka Webcam

Ini merupakan satu cara yang sangat bagus tetapi tidak diamalkan oleh ramai pelajar. Kelas online pada zaman sekarang biasanya akan diadakan di platform seperti Google Meet.

Di sini, pensyarah boleh adakan kelas seperti biasa kerana terdapat webcam. Namun, ramai pelajar memilih untuk tidak membuka webcam kerana malas.

Walaupun pensyarah biasanya tidak akan memaksa anda, ia merupakan satu adab yang bagus untuk membuka webcam sebagai tanda penghargaan kepada pensyarah yang pasti akan disukai oleh pensyarah.

2. Berpakaian Kemas

Kelas online juga telah menyebabkan ramai pelajar tidak berpakaian kemas semasa belajar. Ada juga mereka yang tidak mandi.

Ini kerana kebanyakkan pelajar bangun pada waktu yang sangat dekat dengan kelas dan ini menyebabkan mereka tidak mempunyai waktu untuk bersiap.

Anda disarankan untuk berpakaian kemas supaya lebih tenang dan bersedia untuk menuntut ilmu.

3. Masuk Kelas Awal

Seperti kelas fizikal, anda juga sepatutnya sertai kelas awal walaupun ia adalah kelas secara online. Anda boleh masuk kelas lima minit sebelum kelas bermula supaya pensyarah tahu anda sudah bersedia.

Ia juga akan menaikkan semangat dan mood pensyarah jika pelajarnya semua masuk kelas lebih awal daripada waktu yang ditetapkan.

Dengan itu, kelas boleh bermula dengan cepat dan boleh dihabiskan pada waktu yang dirancang.

4. Tanya Jika Tidak Faham

Satu kesalahan yang dibuat oleh ramai pelajar adalah mereka akan diam jika tidak faham perkara yang diajar oleh pensyarah semasa sesi pembelajaran.

Ini adalah sukar bagi pensyarah kerana beliau tidak dapat melihat muka setiap pelajar dan tidak dapat tahu adakah perkara yang diajar dapat difahami.

Jika anda tidak faham, terus tanya kepada pensyarah supaya anda tidak ketinggalan dalam pelajaran. Pensyarah juga akan berterima kasih kerana anda memberi perhatian dalam kelas.

5. Masuk Kelas Jika Lambat

Bagi mereka yang mempunyai alasan kukuh atau mereka yang tertidur, jangan ponteng kelas dan terus sertai kelas online tersebut walaupun anda telah lambat.

Anda boleh menerangkan kepada pensyarah sebab anda lambat dan beliau juga akan faham jika terdapat sebab yang munasabah.

6. Guna Nama Sebenar

Pada zaman sekarang, kita melihat ramai orang menggunakan nama artis atau nama panggilan sebagai ID online mereka. Ini boleh membuat pensyarah dan juga classmate keliru .

Anda disarankan untuk menggunakan nama sebenar supaya tidak menjadi masalah semasa kelas online berlangsung kerana ia juga boleh menyebabkan gangguan.

7. Gunakan Ruangan Private

Semasa kelas online, anda juga dinasihatkan untuk sertai kelas itu di ruang peribadi rumah seperti bilik tidur atau bilik lain yang tidak ada orang lain dan gangguan bunyi.

Ini supaya anda dapat lebih fokus dalam kelas dan bebas daripada gangguan. Namun, tidak semua orang mampu untuk perkara ini dan anda boleh terangkan kepada pensyarah jika terdapat gangguan bunyi.

8. Minta Izin Jika Keluar Awal

Bagi mereka yang mempunyai urusan lain dan perlu keluar kelas dengan awal, pastikan anda beritahu kepada pensyarah dan  meminta izin sebelum keluar daripada kelas online.

Ini merupakan adab yang penting tetapi tidak diamalkan oleh ramai pelajar. Jika anda minta izin dahulu, pensyarah akan faham dan akan menyebabkan hubungan anda dengan pensyarah kekal baik.

9. Jawab Soalan Pensyarah

Jawab soalan dan memberi pendapat kepada pensyarah semasa kelas online juga perkara yang sangat penting dilakukan oleh pelajar. Ini kerana terdapat pensyarah yang tidak dilayan oleh pelajar apabila mengajukan soalan.

Dengan itu, pensyarah akan rasa kecil hati dan tidak bersemangat untuk mengajar. 

Sebagai pelajar, anda perlu menjawab dan memberi perhatian supaya terdapat komunikasi yang efektif antara pensyarah dan pelajar.

10. Jangan Buat Perkara Lain

Kelas online juga memberi peluang untuk pelajar buat perkara lain seperti melayari media sosial dan bermain game. Ini kerana ia tidak dapat dikesan oleh pensyarah.

Dengan itu, proses menuntut ilmu tidak dapat berjalan dengan baik kerana pelajar tidak memberi perhatian yang sepenuhnya kepada pelajaran. Oleh itu, pastikan anda hanya fokus kepada pelajaran semasa kelas online.

11. Ucap Terima Kasih

Ini mungkin adalah perkara kecil bagi anda tetapi untuk pensyarah, dia akan berasa sangat gembira dan bersyukur apabila pelajar ucapkan terima kasih padanya.

Selain daripada ucapan terima kasih pada akhir setiap sesi pembeajaran, anda juga boleh bersepakat satu kelas untuk memberi hadiah sebagai penghargaan kepada pensyarah.

Kesimpulannya, terdapat banyak adab yang perlu dilakukan dan diamalkan oleh para pelajar semasa kelas online. Adab yang biasa diamalkan semasa kelas secara bersemuka tidak jauh bezanya dengan kelas secara online.

Anda perlukan khidmat Konsultasi ?
Jom bersama AZDAN supaya kami dapat bantu selesaikan sebarang masalah anda ! Jangan bimbang sepanjang KONSULTASI , ustaz ustazah akan bersama anda untuk mantapkan lagi bacaan Al-Quran.

Untuk makluman ! KONSULTASI ini bernilai RM50 , tapi untuk anda kami nak bagi secara PERCUMA je .
Ye PERCUMA sahaja. Berbaloikan ? Tunggu apa lagi jom ambil peluang ni !
Jom dapatkan Konsultasi bersama Azdan dengan Tekan link dibawah Sekarang 

Saya perlukan konsultasi mengaji dengan Azdan Hari Ini.

Promosi Selamat Datang!

PERCUMA

Kelas Percubaan!

Mula belajar mengaji sekarang–dapatkan secara Percuma!

Tebus tiket percuma kelas percubaan sekarang!

Kalau bukan sekarang, bila lagi nak belajar mengaji.