Setelah hampir 4 tahun, negara kita kembali sibuk dengan kempen-kempen Pilihan Raya Umum yang kini sudah mula berlangsung pada bulan November tahun ini.
Rakyat Malaysia yang telah mencapai umur layak mengundi perlulah menunaikan tanggungjawab untuk mengundi bagi menentukan pemimpin untuk negara kita.
Apa pula hukum mengundi menurut Islam? Boleh ke tak ya?
Mestilah boleh…
Undian ni tidaklah menjadi satu kesalahan kerana ianya bukanlah suatu hal yang tercela selagi mana tidak terdapat unsur-unsur perjudian dan perkara-perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam.
Konsep undian ni telah wujud sejak zaman nabi-nabi terdahulu lagi. Ramai orang soleh pada zaman itu turut melakukan undian untuk membuat pilihan atau menentukan sesuatu.
Kisah nabi apa ya yang ada kaitan dengan undian?
Tak sabar nak tahu? Ini dia kami kongsikan 3 Kisah Nabi Berkaitan Undian !
1. KISAH NABI YUNUS
Masih ingat tak tentang kisah Nabi Yunus yang ditelan oleh ikan besar yang dikenali sebagai ikan nun?
Ingat kan…
Sebelum berlakunya peristiwa Nabi Yunus ditelan tu sebenarnya baginda telah kalah dalam undian.
Haa… undian apa pula tu ya?
Diceritakan bahawa Nabi Yunus bersama pengikutnya pergi meninggalkan kaumnya yang ingkar perintah Allah SWT dengan menaiki sebuah kapal.
Rupa-rupanya kapal itu telah membawa jumlah penumpang yang melebihi muatan sepatutnya sehingga menyebabkan kapal itu hampir tenggelam.
Bagi menyelamatkan semua penumpang, mereka telah berbincang dan bersetuju untuk membuat undian sesama mereka bagi menentukan orang yang perlu dilemparkan ke dalam laut bagi mengurangkan muatan kapal.
Ketika undian dilakukan, Nabi Yunus telah terpilih menjadi orang yang perlu dilemparkan ke dalam laut. Mereka mengulangi undian itu sebanyak 3 kali dan ketiga-tiga kali itu menunjukkan Nabi Yunus lah yang perlu dilemparkan ke dalam laut.
Setelah dilemparkan ke dalam laut, Allah SWT mengutus seekor ikan yang sangat besar untuk menelan Nabi Yunus. Allah SWT juga memerintahkan ikan tersebut supaya tidak memakan daging dan menghancurkan tulang baginda.
Begitulah cerita disebalik peristiwa Nabi Yunus ditelan oleh ikan nun dan duduk di dalam perut ikan nun selama 40 hari.
2. KISAH NABI MUHAMMAD DAN ISTERI-ISTERI BAGINDA
Nabi Muhammad SAW mempunyai beberapa orang isteri. Walaupun begitu, baginda sentiasa berlaku adil kepada semua isteri baginda.
Isteri muda tidak lebih berhak terhadap baginda berbanding isteri tua dan begitu juga sebaliknya kerana semua isteri Rasulullah mempunyai hak yang sama rata.
Macam mana Nabi Muhammad SAW berlaku adil?
Rasulullah SAW membuat undian terhadap isteri-isteri baginda sebelum baginda hendak bepergian.
Jadi, siapa yang menang dalam undian tersebut, maka dia lah yang akan menemani Nabi Muhammad SAW keluar bepergian.
Sebagaimana Aisyah RA berkata:
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- إِذَا أَرَادَ سَفَرًا أَقْرَعَ بَيْنَ نِسَائِهِ فَأَيَّتُهُنَّ خَرَجَ سَهْمُهَا خَرَجَ بِهَا مَعَهُ
Maksudnya: Apabila Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam hendak safar, beliau mengundi diantara istrinya. Siapa yang namanya keluar, beliau akan berangkat bersama isteri nya yang menang.
{HR. Bukhari (2593)}
Berdasarkan kisah ini dapat kita tahu bahawa konsep undian ini adalah sesuatu yang bersifat adil kerana Nabi Muhammad SAW sendiri menggunakannya.
Sesungguhnya, Rasulullah SAW adalah role model yang terbaik dan perlu dicontohi sifat dan perbuatan baginda oleh semua manusia terutamanya umat Islam.
3. KISAH PELANTIKAN PENGGANTI NABI MUHAMMAD
Kewafatan Nabi Muhammad SAW pada 13 Rabiulawal tahun 11 Hijrah telah menimbulkan keresahan di kalangan para sahabat mengenai siapa yang akan menjadi pengganti baginda sebagai khalifah.
Para sahabat tidak tahu siapa yang sepatutnya menjadi pengganti Nabi Muhammad SAW kerana baginda tidak menamakan penggantinya secara jelas kecuali memberikan isyarat yang umum sahaja.
Nabi Muhammad SAW juga tidak menyebutkan secara khusus bagaimanakah kaedah-kaedah pelantikan khalifah, selain mewajibkan umat mempunyai pemimpin.
Oleh itu, cara pelantikan khalifah dilakukan dengan pelbagai kaedah dan ianya berubah dan ditambah baik mengikut zaman dan keperluan umat ketika itu.
Kaedah pelantikan terawal yang digunakan ialah perundingan beramai-ramai atau lebih dikenali sebagai musyawarah. Pelantikan Saidina Abu Bakar Al-Siddiq sebagai khalifah pertama menggunakan kaedah baiah dalam syura.
Cara pemilihan seterusnya ialah mengusul atau mencadangkan seorang calon. Khalifah sebelumnya mengusulkan nama calon dan akan dibawa ke musyawarah dalam Majlis Syura dan baiah umat Islam.
Cara ini digunakan dalam proses pelantikan khalifah kedua iaitu Khalifah Umar al Khattab.
Kaedah seterusnya ialah mengusulkan beberapa orang calon. Khalifah terdahulu akan mencadangkan nama beberapa orang calon dalam kalangan para sahabat untuk dipilih salah seorang daripada mereka.
Kaedah terakhir yang digunakan ialah pengusulan oleh sekumpulan masyarakat.
Walaupun pemilihan pengganti mempunyai pelbagai cara, terdapat persamaan dalam setiap cara tersebut iaitu kesemuanya berasaskan musyawarah dan persetujuan ramai.
Ciri demokrasi ini amat ketara ditambah dengan kriteria pemilihan yang tidak berlandaskan keturunan.
Anda perlukan khidmat Konsultasi ?
Jom bersama AZDAN supaya kami dapat bantu selesaikan sebarang masalah anda ! Jangan bimbang sepanjang KONSULTASI , ustaz ustazah akan bersama anda untuk mantapkan lagi bacaan Al-Quran.
Untuk makluman ! KONSULTASI ini bernilai RM50 , tapi untuk anda kami nak bagi secara PERCUMA je .
Ye PERCUMA sahaja. Berbaloikan ? Tunggu apa lagi jom ambil peluang ni !
Jom dapatkan Konsultasi bersama Azdan dengan Tekan link dibawah Sekarang