“Macam manakah cara nak jadi orang yang berjaya?” 

“Apa sebenarnya ciri-ciri orang berjaya?”

Ramai orang yang selalu mempersoalkan perkara ini sama ada pada diri sendiri mahu pun bertanyakannya kepada orang-orang yang lebih arif tentang kejayaan.

Kalau search kat Google pun ada banyak artikel yang senaraikan tentang cara atau rahsia untuk capai kejayaan ni.

Tapi… Ramai yang lupa nak cari tentang kejayaan ni dalam satu sumber ni. Haa.. Apa sumber nya tu?

Sumbernya ialah Al-Quran… 

Isi kandungan dalam kitab suci Al-Quran ni adalah yang paling sesuai untuk dijadikan sebagai panduan dalam pelbagai aspek kehidupan. 

Oleh itu, kalau nak tahu tentang kejayaan yang hakiki, carilah dalam Al-Quran…

Jom kami nak kongsikan 7 Ayat Al-Quran Yang Sebut Ciri-Ciri Orang Yang Berjaya !

#1 AYAT 1, SURAH AL-MU’MINUN

قَدْ أَفْلَحَ ٱلْمُؤْمِنُونَ

Maksudnya: “Telah berjaya orang-orang yang beriman”

{QS: Surah Al-Mu’minun ayat 1}

Ayat di atas menegaskan bahawa telah berjaya orang-orang yang beriman. Apa maksud disebalik perkataan “telah berjaya” tu?

Sebenarnya, orang yang nak berjaya ni perlu berjuang dalam menghadapi ujian-ujian iman. Kalau berjaya melepasi ujian tersebut, maka telah berjayalah orang-orang yang beriman.

Ujian iman ni ada banyak tapi antara yang paling selalu orang kalah adalah kalah dengan hawa nafsu dan kalah kepada kemewahan harta benda serta kuasa.

Nak melawan hawa nafsu ni bukanlah sesuatu hal yang mudah untuk dilakukan. Betul tak ?

Tapi, kalau kita bersungguh-sungguh untuk melawannya sehingga berjaya, InsyaAllah, kejayaan hakiki adalah milik kita. 

Itulah sebenarnya yang dimaksudkan dalam ayat Allah SWT di atas, “telah berjaya orang-orang yang beriman”.

#2 AYAT 2, SURAH AL-MU’MINUN

ٱلَّذِينَ هُمْ فِى صَلَاتِهِمْ خَـٰشِعُونَ

Maksudnya: “Mereka yang khusyuk dalam solatnya”

{QS: Surah Al-Mu’minun ayat 2}

Semua umat Islam dah tahu tentang kewajipan solat dan ramai juga yang dah tahu solat juga adalah kunci kejayaan yang paling utama sama ada di dunia mahupun akhirat. 

Tapi kena ingat, jangan pula solat tu sekadar untuk cukup syarat je tapi tak khusyuk. 

Khusyuk dalam solat ni adalah suatu perkara yang tak boleh dipandang remeh tau. Sebab apa?

Sebab… Mesti ada yang dah solat setiap hari cukup 5 waktu satu hari satu malam tapi tak berjaya-berjaya juga. Cuba check balik kualiti solat tu, khusyuk atau tidak ?

Kalau solat tapi solat dengan laju dan tergesa-gesa sampai tiada thuma’ninah pun tak boleh juga.

Nak berjaya? Jagalah khusyuk ketika dalam solat kerana antara ciri-ciri orang berjaya adalah “mereka yang khusyuk dalam solatnya”.

#3 AYAT 3, SURAH AL-MU’MINUN

وَٱلَّذِينَ هُمْ عَنِ ٱللَّغْوِ مُعْرِضُونَ

Maksudnya: “Dan orang-orang yang menjauhkan diri dari perkataan yang sia-sia”

{QS: Surah Al-Mu’minun ayat 3}

Ayat ini pula memberitahu bahawa antara ciri-ciri orang yang berjaya adalah orang yang meninggalkan perkataan yang sia-sia.

Bab ini lah yang paling mencabar untuk ditinggalkan yaa..

Bercakap perkataan yang sia-sia ni dah jadi macam sebati dalam kehidupan seharian. Contohnya, bila jumpa kawan mesti ada je point nak bercakap pasal orang tu lah, pasal orang ni lah.

Itu bukan sahaja perkataan sia-sia malahan dah jadi mengumpat juga tau. Berdosa besar hukumnya tu !

Daripada sibuk bercakap dan bercerita perkara yang bukan-bukan, lebih baik sama-sama tadabbur ayat Al-Quran. Lagi bagus sebab ilmu pun dapat, pahalanya pun berlipat ganda tau !

Nak istiqomah meninggalkan perkataan sia-sia ni senang je. Kalau apa yang kita nak ucapkan tu ada faedahnya untuk hari kiamat, cakaplah. Tapi, kalau tak ada faedahnya, jangan cakap.

Senang je kan…

#4 AYAT 4, SURAH AL-MU’MINUN

وَٱلَّذِينَ هُمْ لِلزَّكَوٰةِ فَـٰعِلُونَ

Maksudnya: “Dan orang-orang yang menunaikan zakat.”

{QS: Surah Al-Mu’minun ayat 4}

Jika anda mempunyai harta yang dah cukup syaratnya untuk dizakatkan, jangan lupa untuk tunaikan zakat kalau nak rezeki yang anda perolehi itu berkat dan terus berkembang.

Sebab apa?

Zakat ditunaikan adalah bertujuan untuk menyucikan harta. Selain itu, ia juga dapat membantu golongan yang lebih memerlukan seperti golongan Asnaf.

Setiap rezeki yang kita perolehi itu datangnya daripada Allah SWT dan kita dituntut untuk berkongsi rezeki dengan mereka yang lebih memerlukan.

Pernah dengar tak apabila ada usahawan berjaya ditimpa musibah atau perniagaannya menghadapi masalah mesti akan ada orang cakap macam ni.

“Haa.. Tak bayar zakat lah tu..”

Memang tak baik cakap macam tu, tapi bila difikirkan balik kadang-kadang ada betulnya juga…

#5 AYAT 5, SURAH AL-MU’MINUN

وَٱلَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَـٰفِظُونَ

Maksudnya: “Dan orang-orang yang menjaga kemaluannya.”

{QS: Surah Al-Mu’minun ayat 5}

Ciri-ciri orang berjaya yang dimaksudkan dalam ayat ini adalah orang yang menjaga dirinya daripada melakukan perbuatan maksiat dan zina.

Punca utama kehancuran masyarakat dan umat Islam yang sebenarnya adalah kerana perbuatan zina dan maksiat dalam masyarakat.

Tapi yang sedihnya sekarang ni perbuatan maksiat dan zina semakin berleluasa bahkan dalam masyarakat Islam sendiri. Hmm…

Kalau anda nak jadi seseorang yang berjaya, hindarilah perkara-perkara yang mendorong kepada kemaksiatan dan jangan pernah sesekali menghampiri perbuatan zina.

Jika berjaya menjaga diri daripada perbuatan tersebut, insyaAllah, anda akan berjaya dan selamat dunia dan akhirat.

#6 AYAT 8, SURAH AL-MU’MINUN

وَٱلَّذِينَ هُمْ لِأَمَـٰنَـٰتِهِمْ وَعَهْدِهِمْ رَٰعُونَ

Maksudnya: “Dan orang-orang yang menjaga amanah dan perjanjiannya”

{QS: Surah Al-Mu’minun ayat 8}

Menjaga amanah ni memang sangat dituntut dalam agama Islam. Nabi Muhammad SAW sendiri mengajarkan kepada umatNya untuk sentiasa bersifat amanah dalam kehidupan.

Sifat amanah ini pula bukan sekadar bersifat jujur dalam percakapan dan perbuatan. Tapi, ia juga mencakupi amanah dalam melaksanakan sesuatu tugas atau tanggungjawab yang diberikan.

Berat tau nak jaga amanah ni. Kalau gagal jaga amanah yang diberikan dengan sebaiknya boleh menyebabkan orang hilang kepercayaan dengan kita tau.

Hati-hati…

Apabila kita menjadi seorang yang amanah dan kepercayaan ramai orang, tanggungjawab tu memang akan menjadi lebih besar. Tapi, itulah yang akan mendatangkan kejayaan kepada kita nanti.

#7 AYAT 9, SURAH AL-MU’MINUN

وَٱلَّذِينَ هُمْ عَلَىٰ صَلَوَٰتِهِمْ يُحَافِظُونَ

Maksudnya: “Dan orang-orang yang memelihara solatnya”

{QS: Surah Al-Mu’minun ayat 9}

Dalam surah ini, Allah SWT telah menyatakan tentang solat sebanyak dua kali. Ini jelas menunjukkan bahawa menjaga solat itu merupakan sesuatu ciri yang sangat penting bagi orang-orang yang berjaya.

Oleh itu, kalau nak dapatkan kejayaan yang sebenar, setiap perkara yang kita nak kerjakan, mestilah kena dahulukan solat dulu. 

Jangan pula terlalu sibuk dengan kerja sampai sanggup mengabaikan ibadah solat yang wajib tu. 

Lagi bagus kalau culture  solat secara berjemaah dapat dihidupkan di tempat kerja. Mesti lagi banyak urusan-urusan kerja kita akan lebih dipermudahkan.

Bila buat macam tu sebenarnya dapat juga memupuk sikap saling mengingati satu sama lain tentang kebaikan. Sebagai contoh, ingatkan rakan sekerja yang lain untuk berhenti sekejap kerja tu untuk mendahulukan solat.

Itulah dia 7 ayat Al-Quran yang sebut tentang ciri-ciri orang yang berjaya.

Beruntung kan siapa yang selalu baca Al-Quran dan faham maksudnya, sebab ada banyak ilmu dan panduan yang telah dijelaskan dalam Al-Quran.

Bukan pasal berjaya je ada dijelaskan dalam Al-Quran tau, ada banyak lagi ! Jom sama-sama kita perbanyakkan membaca Al-Quran dan fahami maknanya.

Anda perlukan khidmat Konsultasi ?
Jom bersama AZDAN supaya kami dapat bantu selesaikan sebarang masalah anda ! Jangan bimbang sepanjang KONSULTASI , ustaz ustazah akan bersama anda untuk mantapkan lagi bacaan Al-Quran.

Untuk makluman ! KONSULTASI ini bernilai RM50 , tapi untuk anda kami nak bagi secara PERCUMA je .
Ye PERCUMA sahaja. Berbaloikan ? Tunggu apa lagi jom ambil peluang ni !
Jom dapatkan Konsultasi bersama Azdan dengan Tekan link dibawah Sekarang 

Saya perlukan konsultasi mengaji dengan Azdan Hari Ini.

Promosi Selamat Datang!

PERCUMA

Kelas Percubaan!

Mula belajar mengaji sekarang–dapatkan secara Percuma!

Tebus tiket percuma kelas percubaan sekarang!

Kalau bukan sekarang, bila lagi nak belajar mengaji.