Al-Quran adalah anugerah yang Allah SWT turunkan melalui Malaikat Jibril kepada Nabi Muhammad SAW untuk bacaan umat Islam sepanjang zaman.

Di dalam al-Quran, terdapat pelbagai cerita yang diceritakan merangkumi kisah Nabi Adam A.S, Firaun, Ashabul Kahfi, Zulkarnain dan banyak lagi.

Ia memberikan motivasi dan iktibar dalam menjalani kehidupan, pengubat kepada kesedihan, penyembuh kepada keperitan ujian hidup dan peneguh jiwa dan hati.

Di dalam artikel ini, kami akan menerangkan kepada anda mengenai adab, kelebihan dan cara untuk istiqamah membaca al-Quran.

Adab Ketika Membaca al-Quran

Semasa membaca al-Quran kita wajib membacanya dengan beradab. Hal ini kerana, kita sedang membaca kalam atau kata-kata Allah.  

Tidak boleh sembarangan membacanya tanpa mengikut tartil dan tajwid. Berikut ialah adab-adab semasa membaca al-Quran: 

  1. Menyucikan anggota yang terlibat sebelum membaca al-Quran

Sebelum menyentuh al-Quran, umat Islam wajib mengambil wudhuk sebagai tanda menyucikan diri dari hadas kecil. 

Allah SWT berfirman: “Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci” (Surah al-Waqiah ayat 79).

  1. Niat Dan Ikhlas

Ikhlas semasa membacakan kalam Allah dan meyakini bahawa terdapat ganjaran yang akan diberikan bagi mereka yang membaca al-Quran. 

  1. Memilih Tempat Yang Sesuai

Tempat yang sesuai meliputi kawasan yang bersih dan tidak bising bagi kekal fokus.

  1. Menghadap Kiblat Dan Menutup Aurat

Sama ada lelaki dan perempuan wajib menutup aurat mereka semasa mengaji. Pakai pakaian yang bersih dan suci. 

  1. Memulakan Dengan Istiazah, Basmallah Dan Ta’awuz

Istiazah ialah “A’uzubillahiminassyaithonirrojim”. Membaca Basmallah dan Ta’awuz sebelum membaca al-Quran kecuali sebelum awal surah at-Taubah.

  1. Membaca Dengan Khusyuk

Berikan sepenuh perhatian semasa membaca al-Quran. Luangkan masa selama 10 hingga ke 15 minit dalam masa sehari.

Apakah Kelebihan Membaca al-Quran?

al-Quran satu-satunya kitab yang tidak diubah oleh manusia seperti kitab-kitab lain, kitab Zabur, Taurat dan Injil yang diturunkan untuk nabi-nabi terdahulu.

Kelebihan-kelebihan al-Quran yang mungkin anda tidak tahu: 

  1. al-Quran sebagai syafaat di akhirat kelak
  2. Penyembuh penyakit hati
  3. Dapat pahala kelebihan dan kebaikan
  4. Membuat seseorang menjadi lebih baik
  5. Sebagai panduan hidup
  6. Diangkat martabat golongan yang membaca al-Quran oleh Allah SWT
  7. Pahala bagi orang yang susah menyebut dan membaca al-Quran

Bagaimana Mahu Istiqamah Membaca al-Quran?

  1. Sediakan Ruang Membaca Yang Selesa

Suasana yang selasa membantu meningkatkan semangat untuk membaca al-Quran. 

Sama ada membersihkan tempat tersebut atau membeli barang baharu seperti telekung, al-Quran, kurta untuk dipakai semasa membaca al-Quran. 

Hal ini akan memberikan suasana baharu untuk pembaca kekal bersemangat apabila mengetahui kelebihan membaca al-Quran.

  1. Set reminder di dalam telefon

Terdapat pelbagai aplikasi yang boleh digunakan untuk membantu anda mengingati seperti Google Task, Google Calender dan sebagainya. 

Biasakan diri untuk membaca al-Quran seperti pada waktu pagi (selepas Subuh) dan waktu malam (selepas Maghrib).

Tidak lupa juga, terdapat banyak aplikasi al-Quran yang boleh didapati di telefon bimbit seperti Qalby, TheNoor dan Smart Quran bagi memudahkan pembacaan al-Quran.

  1. Tetapkan target bacaan al-Quran

Bagi melatih diri istiqamah membaca al-Quran, letakkan target yang bersesuaian dengan kemampuan diri sendiri. 

Contohnya, pada peringkat permulaan, baca setengah hingga satu muka surat al-Quran. Ini untuk membiasakan diri dengan tabiat membaca al-Quran.

Lama kelamaan, anda boleh meningkatkan bilangan muka surat untuk dibaca dalam masa sehari. 

Jangan membaca dengan tergesa-gesa untuk mencapai target kerana al-Quran diturunkan oleh Allah untuk hambaNya memahami isi kandungannya di dalam.

  1. Memahami Maksud al-Quran

Beli buku-buku yang membantu untuk mendalami cinta akan al-Quran seperti buku tafsir, Fa Inni Qarib, Rahsia tulisan al-Quran dan sebagainya.

al-Quran tafsir dapat dihadam bagi memahami penceritaan yang tulis di dalamnya.

  1. Mempelajari Hukum Tajwid

Membaca al-Quran dengan bertajwid adalah suatu kelaziman dan kemestian. 

Hal ini kerana, ia akan memberi perubahan makna atau kerosakan makna jika dibaca dengan salah.

Apabila individu dapat membaca al-Quran dengan baik, kecintaan untuk memahami dan membaca al-Quran akan meningkat.

Kesimpulannya, manfaat daripada membaca al-Quran harus di ambil oleh semua umat Islam kerana menurut Riwayat al-Bukhari (5027), Sebaik-baik kalian adalah mereka yang belajar al-Quran dan mengajarkannya.

Umat Islam wajib membaca dan berusaha meningkatkan kualiti pembacaan al-Quran kerana besar manfaat yang dapat diambil dari pembacaan al-Quran. Rugi bagi siapa yang mengabaikannya.

Di dalam al-Quran terdapat banyak kisah iktibar dan motivasi dari kaum-kaum dahulu yang boleh dijadikan panduan pada masa kini.

Azdan Quranic Center menyediakan teknik pengajaran al-Quran bermula dari peringkat asas sehingga mahir dengan menggunakan inovasi terkini, mudah dan cepat.

Mereka menggunakan kaedah dan modul yang ringkas dan mudah untuk difahami oleh orang dewasa.

Anda mahu memantapkan bacaan al-Quran? Mahu sertai kelas mengaji Azdan Quranic Center?

Anda perlukan khidmat Konsultasi ?
Jom bersama AZDAN supaya kami dapat bantu selesaikan sebarang masalah anda ! Jangan bimbang sepanjang KONSULTASI , ustaz ustazah akan bersama anda untuk mantapkan lagi bacaan Al-Quran.

Untuk makluman ! KONSULTASI ini bernilai RM50 , tapi untuk anda kami nak bagi secara PERCUMA je .
Ye PERCUMA sahaja. Berbaloikan ? Tunggu apa lagi jom ambil peluang ni !
Jom dapatkan Konsultasi bersama Azdan dengan Tekan link dibawah Sekarang 

Saya perlukan konsultasi mengaji dengan Azdan Hari Ini.

Promosi Selamat Datang!

PERCUMA

Kelas Percubaan!

Mula belajar mengaji sekarang–dapatkan secara Percuma!

Tebus tiket percuma kelas percubaan sekarang!

Kalau bukan sekarang, bila lagi nak belajar mengaji.