Sebagai umat Islam, mempelajari al-Quran adalah satu kewajipan. Salah satu cara untuk mempelajari al-Quran dengan lebih mendalam adalah dengan menyertai kelas tadabbur.
Ikuti artikel ini untuk mendapatkan maklumat mengenai pentingnya kelas tadabbur dengan lebih mendalam.
Tadabbur dan Tafsir: Apa Beza?

Tadabbur merupakan usaha untuk mencari makna disebalik zahir sesuatu perkara.
Kalimah tadabbur juga digunakan untuk setiap usaha manusia untuk mendalami hakikat sesuatu perkara.
Dari sudut tafsiran bahasa, ia juga bermaksud penjelasan dan penerangan.
Dari sudut istilah syarak ia diketahui dengan kefahaman berkenaan kitab Allah SWT yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW dan penjelasan makna-maknanya, pengeluaran hukum-hakam dan hikmahnya.
Hal ini memerlukan penguasaan ilmu Bahasa Arab, nahu, sorof, usul al-fiqh, qira’at, bayan dan asbab al-nuzul serta al-nasikh wa al-mansukh.
Dari dua definisi ini, ternyata kelas tadabbur merupakan usaha untuk memahami dan ia bukan ilmu yang khusus, manakala tafsir ialah satu cabang ilmu yang mempunyai syarat-syarat yang ketat yang perlu dipenuhi.
8 Sebab Tadabbur Al-Quran Itu Penting

Terdapat pelbagai kebaikan dan kelebihan sekiranya tadabbur disertakan ketika membaca al-Quran.
Impak positif ini boleh dilihat dari sudut pemahaman, penghayatan dan pengalaman dalam pembacaan al-Quran.
Selain itu, lima perkara lain yang menjadi kewajipan terhadap al- Quran, iaitu tadabbur, mendengar, menghafaz, tilawah serta berhukum dengannya.
- Salah tafsiran ayat al-Quran
Membaca al-Quran dengan tartil atau tajwid yang betul, teratur dan menjaga adab semasa membaca adalah amat penting.
Sebab apa?
Kesalahan menyebut ayat atau perkataan dalam al-Quran dengan tajwid yang salah akan menyebabkan tafsiran yang salah.
Ini bermakna maksud ayat al-Quran tersebut tidak sama sekali dengan apa yang dimaksudkan.
Oleh itu, untuk memastikan bacaan al-Quran kita benar adalah dengan mempelajari dan menyemaknya dengan guru kerana sekiranya sebutan dalam bacaan al-Quran.
- Meningkatkan iman dalam diri
Apabila seseorang membaca al – Quran secara bertadabbur, iman dalam dirinya akan bertambah meningkat.
Ini adalah kerana dia akan dapat merasakan bahawa Allah sedang berbicara dengannya.
Setiap ayat yang mengandungi hukum hakam dapat dirasakan seolah-olah Allah memerintahkannya secara langsung, begitu juga sebaliknya.
- Mudah memahami maksud ayat al-Quran

Hakikat tadabbur hanya berlaku semasa proses pemahaman al-Quran. Memahami maksud ayat al-Quran membolehkan kita fahami mukjizat dan keajaiban ayat al-Quran.
Lazimnya, kandungan ayat al-Quran adalah dalam bentuk peringatan, penceritaan, perbandingan dan lain-lain. Ada kandungannya yang boleh digunakan sebagai ikhtiar dalam kehidupan.
Selain itu, susunan ayat al – Quran yang indah dan sempurna juga menjadi bukti kepada kemukjizatannya dan juga sarat dengan hikmah dan di dalamnya banyak disebutkan dengan pelbagai sikap manusia.
- Ketenangan membaca al-Quran
Apabila seseorang membaca secara bertadabbur, dia mampu untuk duduk dan membaca al-Quran tanpa merasa jemu dan bosan.
Bahkan jika satu hari tidak membaca al – Quran akan hadir perasaan rindu terhadapnya.
Hati dan jiwa orang yang sentiasa membaca al – Quran akan menjadi tenang dan lapang kerana pada setiap masa akan teringat dan mengingati Allah s.w.t.
- Takut dengan kemurkaan Allah SWT
Hati seseorang yang kerap membaca al – Quran akan rasa bergetar dan berasa takut akan azab Allah.
Kesan daripada perasaan itu, dia akan sentiasa berasa takut untuk melakukan apa jua yang Allah sudah larang seperti contoh kekufuran, maksiat, sihir dan macam-macam lagi.
- Dikurnia hidayah dan petunjuk
Apabila anda faham dengan ayat-ayat al-Quran, anda akan faham dengan pengajaran dan peringatan Allah kepada hamba-Nya.
Ini menjadi petunjuk dan hidayah dari Allah SWT untuk menjadi hamba-Nya yang terbaik.
Rasa rendah diri kepada Allah SWT dan sentiasa taat kepada perintah-Nya adalah kesan daripada menghayati ayat al-Quran.
- Melembutkan hati
Isi-isi maksud ayat al-Quran mengandungi maksud yang menyentuh hati.
Sekeras-keras hati yang duka kerana hal-hal dunia akan lembut jua dengan penyampaian tersirat dalam al-Quran.
Kandungan maksud al-Quran mempunyai sifat yang melegakan hati yang sedih, nasihat, menyentuh hati untuk bagi kesedaran dan dorongan kepada menjadi yang lebih baik.
Memahami maksud-maksud ini melembutkan hati dan mampu mengalirkan air mata.
- Menggembirakan hati
Janji-janji Allah SWT melalui ayat-ayat al-Quran terhadap hamba-Nya dapat menggembirakan hati.
Janji Allah SWT terhadap hamba-Nya bukannya palsu, tetapi hakiki dan tidak akan pernah berubah sehingga pengakhiran dunia.
Belajar al – Quran Bersama Adzan

Oleh itu, sebagai umat Islam marilah kita amalkan membaca ayat al-Quran setiap hari sekurang-kurangnya satu muka satu hari.
Anda tidak fasih membaca al-Quran? Umur sudah lanjut dan malu ?
Jangan risau dan jangan malu, setiap hari kita mesti belajar setiap perkara yang baru.
Kenapa kita perlu belajar mengaji?
Kerana kita tidak tahu bila ajal kita akan datang dan adakah kita sudah bersedia dan yakin untuk menghadap Allah dengan tahap bacaan al – Quran kita yang sekarang?
Selain itu, bertahun-tahun sudah belajar mengaji di tempat lain dan tahap bacaan masih di tahap yang sama?
Tambahan pula, anda jenis susah nak faham dan hafal berpuluh-puluh tajwid walaupun dah bertahun mengaji?
Tak usah gusar, anda sudah jumpa platform yang betul untuk perbaiki bacaan ayat al – Quran anda serta boleh baca dengan lancar bersama Azdan.
Jika anda berminat, anda boleh menyertai konsultasi percuma dengan pihak kami di Azdan.

Anda perlukan khidmat Konsultasi ?
Jom bersama AZDAN supaya kami dapat bantu selesaikan sebarang masalah anda ! Jangan bimbang sepanjang KONSULTASI , ustaz ustazah akan bersama anda untuk mantapkan lagi bacaan Al-Quran.
Untuk makluman ! KONSULTASI ini bernilai RM50 , tapi untuk anda kami nak bagi secara PERCUMA je .
Ye PERCUMA sahaja. Berbaloikan ? Tunggu apa lagi jom ambil peluang ni !
Jom dapatkan Konsultasi bersama Azdan dengan Tekan link dibawah Sekarang