Amalan membaca al-Quran tidak boleh dipandang enteng terutama sekali dalam kalangan Muslim.

Hal ini kerana pembacaan al-Quran memerlukan ilmu yang mendalam, patuh kepada tatatertib, dan juga adab. Oleh itu, belajar tajwid merupakan asas yang sangat penting.

Sebagai seorang Muslim, anda perlu menjaga ketiga-tiga faktor ini supaya anda menjadi lebih berdisiplin dalam mengetahui bab-bab agama.

Tidak kiralah sama ada dari segi tempat keluar huruf, sifat huruf mahupun panjang dan pendek bacaan. Kalau dalam Bahasa Melayu, ianya sama seperti tatabahasa.

Apa Itu Ilmu Tajwid?

Belajar Tajwid adalah cabang ilmu yang berkaitan dengan cara membaca atau menyebut lafaz-lafaz al-Quran. 

Ia juga boleh disebut sebagai tunggak mata rantai ilmu-ilmu yang berkaitan dengan bacaan al-Quran, termasuk ilmu Rasm, Dabt, dan Fawasil. 

Ini supaya ilmu-ilmu itu dapat ditulis dan ditandakan mengikut tajwid, atau kaedah bacaan al-Quran.

Menurut Abdul Qadir Leong (1993), ilmu tajwid memerlukan untuk menyebut setiap huruf daripada tanda yang betul dan memberikan hak kepada kedua-dua sifat yang wujud dan apa-apa sifat seterusnya.

Para sahabat membaca daripada Talaqqi Musyafahah iaitu bacaan sebenar daripada Rasulullah S.A.W.

Justeru, kaedah Talaqqi dan Muasyafah al-Quran ditemui dan diperoleh daripada ulama yang dipercayai dan penyampainya bermula sejak Rasulullah S.A.W. 

Banyak perkataan dalam al-Quran yang mesti dipelajari dengan melihat dan mendengarnya diucapkan oleh seorang guru

Pada pandangan ulama, kerana ia terdedah kepada kesilapan dan kesilapan apabila dipelajari sebaliknya.

Asas Tajwid Yang Wajib Diketahui

1. Dengung dan tidak Dengung

Simbol dengung

Simbol tidak dengung

2. Panjang dan Pendek

Apabila berbicara berkenaan dengan panjang & pendek. Kita perlu memahami bahawa ada 2 teknik untuk hukum ini. Hukum Mad.

1. Teknik simbol

2. Teknik Nama Hukum

Jika anda menggunakan Teknik Nama Hukum, anda perlu mengetahui 19 nama hukum Mad. 

Jika dengan menggunakan Teknik Simbol, terdapat 4 bahagian sahaja.

3. Makhraj dan Sifat

Makhraj huruf adalah merupakan tempat keluarnya sebutan 28 huruf hijaiyyah. Pengertian makhraj dari segi bahasa adalah tempat keluar.

Analogi mudah ialah suatu ruang bilik itu mempunyai pintu untuk keluar.

Contohnya huruf Nun. Makhraj dengungnya di hidung. Jika anda tutup hidung itu, maka sebutan dengung itu tidak akan berbunyi kerana anda telah tutup “pintu” sebutan bunyinya.

Makhraj ialah tempat keluar sebutan 28 huruf hijaiyyah ada 5 iaitu:

Formula sifat huruf 11+7 = 18

Sifat huruf terdapat dua bahagian iaitu:

11 Sifat berlawanan ialah:

7 Sifat tunggal ialah:

4. Waqaf dan Idtida’

Waqaf adalah memutuskan pembacaan suatu kata dari setelahnya sesaat sambil menarik nafas yang kemudian melanjutkan bacaan kembali.

Ibtida pula menurut bahasa berasal dari ibtidaa-yabtadiu-ibtidaan yang bermaksud “bermula” iaitu meneruskan atau memulakan kembali bacaan selepas berhenti seketika untuk mengambil nafas (waqaf).

Tanda-tanda waqaf dalam Al Quran:

Kenali Formula 1+6+1 untuk tanda-tanda waqaf.

6 signboard penting sebelum jumpa Ra’sul Aayah

Jangan Buat Main Dengan Kesalahan Tajwid

Membaca sahaja tidak cukup. Kita harus perhatikan bagaimana kita menyebutnya. Kita mesti mematuhi tajwid Al -Quran jika bacaan kita belum tepat dengan belajar tajwid secara konsisten.

Dalam membaca Al-Quran, setidaknya ada dua kesalahan yang harus dihindari:

1. Lahn Jaliy (kesalahan yang jelas)

Para ulama’ sepakat bahwa membaca al-Quran dengan lahn jaliy adalah haram. Barang siapa yang melakukannya dengan sengaja, maka dia telah berdosa.

2. Lahn Khafi (kesalahan yang samar)

Lahn khafi adalah kesalahan yang berkaitan dengan kaidah tajwid, seperti tidak meng-idgham-kan nun, padahal setelahnya ada huruf wau atau ya’.

Kesalahan ini tidak berkaitan dengan bahasa Arab sehingga tidak sampai merubah makna.

Pendapat yang kuat adalah pendapat yang pertama, iaitu haram. 

Disebutkan dalam kitab “Nihayatul qaulil Mufid”, secara keseluruhan perubahan ini diharamkan, walaupun tidak sampai mengubah makna. Akan tetapi, dapat merusak dan mengurangi keindahan al-Quran.

Secara kesimpulannya, ilmu belajar tajwid adalah ilmu yang berhubung dengan kitab agung al-Quran. Maka, pembacaan al-Quran perlulah dilakukan secara rapi dan teliti. 

Pembacaan al-Quran yang salah akan menyebabkan maksud perkataan tersebut tidak tepat, dan teknik bacaannya juga menjadi salah.

Anda perlukan khidmat Konsultasi ?
Jom bersama AZDAN supaya kami dapat bantu selesaikan sebarang masalah anda ! Jangan bimbang sepanjang KONSULTASI , ustaz ustazah akan bersama anda untuk mantapkan lagi bacaan Al-Quran.

Untuk makluman ! KONSULTASI ini bernilai RM50 , tapi untuk anda kami nak bagi secara PERCUMA je .
Ye PERCUMA sahaja. Berbaloikan ? Tunggu apa lagi jom ambil peluang ni !
Jom dapatkan Konsultasi bersama Azdan dengan Tekan link dibawah Sekarang 

Saya perlukan konsultasi mengaji dengan Azdan Hari Ini.

Promosi Selamat Datang!

PERCUMA

Kelas Percubaan!

Mula belajar mengaji sekarang–dapatkan secara Percuma!

Tebus tiket percuma kelas percubaan sekarang!

Kalau bukan sekarang, bila lagi nak belajar mengaji.