Al-Quran adalah satu mukjizat yang diturunkan oleh Allah SWT kepada seluruh umat islam di muka bumi ini. Ia merupakan sehebat-hebat anugerah yang Allah SWT kurniakan kepada hamba-hambaNya. Al-Quran itu mukjizat yang terdapat padanya kebenaran yang abadi lagi hakiki.

Al-Quran merupakan wahyu dan kitab suci yang Allah SWT turunkan kepada Nabi Muhammad SAW melalui Jibril AS. Ia adalah kitab yang sesuai pada setiap zaman mahupun generasi. Hingga ke hari ini, Al-Quran sentiasa menjadi panduan dan pedoman dalam menempuh kehidupan setiap manusia.

Sebagai umat Islam kita perlu membaca dan mempelajari Al-Quran. 

Namun, bagi mereka yang tidak mempunyai peluang untuk belajar Al-Quran sebelum ini, masih belum terlambat untuk mula belajar mengaji dari sekarang. Tambahan pula, pada waktu ini ada banyak kelas mengaji Al-Quran dewasa mula diwujudkan di negara kita. 

Apa yang anda perlu lakukan adalah dengan membuang sikap malu dalam diri dan mula wujudkan keinginan untuk belajar mengaji. Lagipun, ada beberapa kelebihan mengaji Al-Quran yang wajib anda tahu sebagai umat Islam. Antaranya ialah:

#1 Mukjizat Yang Paling Agung

Al-Quran adalah kitab yang diturunkan bagi menyelesaikan segala permasalahan kehidupan. Di dalamnya penuh dengan cahaya, hidayah dan zikir-zikir serta panduan. Sebagai kitab wahyu yang tiada tolok bandingnya, maka wajib bagi kita sebagai umat Islam untuk menjaga serta memeliharanya supaya Al-Quran sentiasa kekal terpelihara kemuliaannya. Bahkan ianya juga perlu dibaca dan difahami isi kandungannya agar berada di dalam jiwa dan hati setiap muslim. Firman Allah dalam Surah Al-Hijr ayat 9:

اِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَاِنَّا لَهٗ لَحٰفِظُوْنَ

Maksudnya:

“Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan pasti Kami (pula) yang memeliharanya.”

Rasulullah SAW menggesa umatnya agar sentiasa membaca Al-Quran dan mendalami dari segi bacaannya. Abu Zar RA pernah berkata bahawa beliau meminta Rasulullah SAW memberi pesanan yang berpanjangan, Rasulullah SAW bersabda:

“Semaikanlah perasaan taqwa kepada Allah kerana ia adalah sumber kepada amalan-amalan yang baik.” Aku meminta supaya Baginda menambah lagi, lalu Baginda SAW bersabda, “Tetapkanlah membaca Al-Quran kerana ia adalah nur untuk kehidupan ini dan bekalan untuk akhirat.” 

Justeru itu, sebagai umat Islam yang berpegang teguh dengan Al-Quran dan Sunnah, kita wajib mempelajarinya. Ia adalah benteng perisai bagi orang yang beriman dan menjadikan diri lebih mentaati segala perintah Allah dan meninggalkan semua laranganNya.

#2 Bacaan Menjadi Semakin Lancar

Bagi yang sebelum ini mungkin tidak tahu dan tidak pernah mengaji Al-Quran, dengan mula belajar mengaji, ia menjadikan bacaan Al-Quran kita menjadi semakin lancar dan tidak lagi merangkak-rangkak seperti sebelum ini. Bukan itu sahaja, dengan belajar mengaji juga, kita dapat mengetahui hukum tajwid dan cara bacaan yang betul. Ia sekaligus dapat mengelakkan diri kita daripada melakukan kesilapan sewaktu membacanya nanti.

Daripada Abdullah Bin ‘Amru Bin Al-‘As RA, Nabi Muhammad SAW bersabda: 

“Satu masa nanti akan dikatakan kepada orang yang membaca Al-Quran: Bacalah, perbaikilah dan perelokkanlah bacaan Al-Quran sepertimana engkau memperelokkan urusan di dunia, sesungguhnya tempat engkau akan ditentukan di akhir ayat yang engkau bacakan”. 

(Hadith Abdullah bin ‘Amru bin Al-‘As ini direkodkan oleh Abu Daud dalam Sunan Abi Daud, Kitab Tafri’ Abwab Al-Witr, Bab Istihbab At-Tartil Fil Qiraat, No hadith 1464, status hadith ini hasan sahih)

#3 Mendapat Pahala

Banyak hadith-hadith yang menjelaskan kelebihan mengaji Al-Quran ini sungguh tinggi dan mulia di sisi Allah SWT seperti dalam satu hadith Qudsi di mana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: 

“Sesiapa yang sentiasa sibuk dengan Al-Quran dan zikir mengingatiku, maka aku akan anugerahkan perkara yang lebih baik kepada mereka yang sentiasa memohon kepadaku itu. Dan kelebihan kalam Allah di atas segala kalam yang lain seperti lebihnya Allah di atas maklukNya. 

Dalam satu hadith lain yang bermaksud: 

“Apabila seseorang dapat mengkhatamkan bacaan Al-Quran satu kali, 60 ribu malaikat memohon keampunan dari Allah SWT untuknya.”

Mereka yang menjadikan Al-Quran sebagai bacaan utama setiap masa akan diberi ganjaran pahala oleh Allah SWT. Setiap huruf yang dibaca akan dikira sebagai sepuluh pahala. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Sesiapa yang membaca satu huruf dari Al-Quran, maka baginya diberi sepuluh pahala dan ditambah sepuluh lagi kewajipan seumpamanya, tidak aku katakan (Alif, Lam, Mim) itu satu huruf, akan tetapi alif satu huruf dan lam satu huruf dan mim satu huruf. ” 

(Riwayat Tirmizi)

Mereka juga akan dinaikkan darjatnya di sisi Allah SWT sebagaimana yang dikatakan oleh Amr bin Ash: 

“Barangsiapa membaca Al-Quran maka mereka akan dinaikkan ke darjat di kanan dan di kiri para nabi, melainkan tidak diturunkan wahyu kepada mereka sahaja.” 

Muka pembaca Al-Quran sentiasa berseri-seri, sentiasa dalam keadaan tenang dan kehidupannya dirahmati dan dimurahkan rezeki oleh Allah SWT.

#4 Menenangkan Akal Fikiran

Setiap manusia pasti dan pasti tidak akan lari daripada pelbagai masalah kehidupan. Maka, sandarkan segalanya kepada Dia yang mencipta masalah tersebut. Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Rad ayat 28,

الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا وَتَطْمَىِٕنُّ قُلُوْبُهُمْ بِذِكْرِ اللّٰهِ ۗ اَلَا بِذِكْرِ اللّٰهِ تَطْمَىِٕنُّ الْقُلُوْبُ 

Maksudnya: 

“Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram.”

Sesungguhnya setiap apa yang diuji itu datang daripada Allah SWT. Maka, berdasarkan ayat ini juga Allah mahu mendidik hambaNya untuk sentiasa mengingati Allah walaupun dalam keadaan susah mahupun senang, gembira mahupun lalai. Tidak ada yang boleh keluarkan kita daripada masalah melainkan yang menguji kita dengan masalah iaitu Allah SWT. Sesungguhnya Allah jualah sebaik-baik penolong.

#5 Mendapat Ganjaran Yang Tinggi

Nabi Muhammad SAW sendiri amat menggalakkan umatnya untuk membaca Al-Quran kerana amalan tersebut boleh memberi syafaat kepada pembacanya di akhirat kelak. Hal ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Umamah al-Bahili RA, bahawa  Rasulullah SAW bersabda.

اقْرَءُوا الْقُرْآنَ فَإِنَّهُ يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيعًا لأَصْحَابِهِ

Maksudnya:

“Bacalah Al-Quran, sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya.” 

(Hadis riwayat Muslim)

Hadis di atas memerintahkan kepada kita supaya sentiasa menjadikan Al-Quran sebagai bahan bacaan utama harian kita. Ini kerana, sekiranya kita membaca, beramal serta berpegang teguh selalu dengannya di dunia, maka nescaya kelak ia akan menjadi sebagai sahabat dan penolong (syafaat)  kita di akhirat.  

Untuk mendapatkan syafaat tersebut, maka seseorang itu perlulah sentiasa berdamping dan memiliki hati yang terikat kuat dengan Al-Quran. Menjadikan ia sebagai panduan utama dalam hidup dan mengamalkan segala isi kandungannya yang tersirat mahupun tersirat tanpa ada ragu dan syak wasangka dengannya. 

Sebagai Umat Islam, Kita Wajib Belajar Mengaji Al-Quran Walaupun Sudah Berumur.

Usia bukan penghalang untuk kita terus belajar ilmu Al-Quran. Walaupun sudah dewasa, ia tidak bermakna kita sudah terlambat untuk mempelajarinya. Sebaliknya, ia adalah peluang buat kita untuk belajar mengaji supaya menjadi lebih mahir dan lancar. Justeru itu, sebelum terlambat, rebutlah kelebihan mengaji Al-Quran dan gunalah peluang yang ada untuk mula belajar mengaji di kelas mengaji dewasa yang terdapat dalam negara kita seperti Kelas Mengaji Azdan.

Anda perlukan khidmat Konsultasi ?
Jom bersama AZDAN supaya kami dapat bantu selesaikan sebarang masalah anda ! Jangan bimbang sepanjang KONSULTASI , ustaz ustazah akan bersama anda untuk mantapkan lagi bacaan Al-Quran.

Untuk makluman ! KONSULTASI ini bernilai RM50 , tapi untuk anda kami nak bagi secara PERCUMA je .
Ye PERCUMA sahaja. Berbaloikan ? Tunggu apa lagi jom ambil peluang ni !
Jom dapatkan Konsultasi bersama Azdan dengan Tekan link dibawah Sekarang 

Saya perlukan konsultasi mengaji dengan Azdan Hari Ini.

Promosi Selamat Datang!

PERCUMA

Kelas Percubaan!

Mula belajar mengaji sekarang–dapatkan secara Percuma!

Tebus tiket percuma kelas percubaan sekarang!

Kalau bukan sekarang, bila lagi nak belajar mengaji.