Membaca Al-Quran adalah antara ibadah yang amat disukai Allah SWT dan Rasulullah SAW. Ini kerana, ia merupakan panduan utama yang ditinggalkan oleh Nabi Muhammad SAW sebagai rujukan umat Islam di dunia mahupun akhirat.
Maka tidak hairanlah mengapa Nabi Muhammad SAW amat menggalakkan umatnya supaya benar-benar menghayati dan mengamalkan segala yang terkandung di dalam Al-Quran.
Tambahan pula, terdapat pelbagai ganjaran sekiranya kita sentiasa mendampingi Al-Quran.
Bahkan, hanya dengan membaca Al-Quran walaupun sebaris ayat mahupun satu huruf, namun ganjarannya amat besar sebagaimana yang telah diterangkan dalam satu hadis berikut iaitu, daripada Abdullah bin Mas’ud RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
مَن قَرَأَ حَرْفًا مِنْ كِتَابِ اللَّهِ فَلَهُ بِهِ حَسَنَةٌ ، وَالْحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا ، لَا أَقُوْلُ آلم حَرْفٌ ، وَلَكِنْ أَلِفٌ حَرْفٌ وَلَامٌ حَرْفٌ وَمِيْمٌ حَرْفٌ
Maksudnya: “Barangsiapa yang membaca satu huruf di dalam Al-Quran maka baginya satu kebaikan dan setiap kebaikan itu digandakan menjadi sepuluh kebaikan yang semisal dengannya. Aku tidak mengatakan “الم” satu huruf akan tetapi Alif satu huruf, Laam satu huruf dan Miim satu huruf”.
[Riwayat al-Tirmizi (2835)]
Selain itu, kita juga sangat dianjurkan berdoa setelah selesai membaca Al-Quran. Ianya adalah kerana supaya kita dapat menggunakan ilmu yang telah kita amalkan itu dengan penuh kebaikan serta tidak akan lupa dengan apa yang telah dibaca itu nanti.
Jom kami kongsikan 3 doa selepas mengaji yang boleh anda amalkan sebagai rutin harian anda !
الّلَهُمَ ارْحَمْنَا بِالْقُرْآن، واجْعَلْهُ لَنَا إمَامَاً وَنُوْرَاً وَهُدَىً ورحمةً الّلَهُمَ ذَكِّرْنَا مِنْهُ مَا نسيْنَا، وَعَلِّمْنَا مِنْهُ مَا جَهِلْنَا وَارْزُقْنَا تِلَاوَتَهُ آنَاءَ اللَّيْلِ وَأطْرَافَ الْنَهَار واجْعَلهُ لَنَا حُجَّةٌ يَا ربَّ الْعَالَمِيْن
Maksudnya:
“Ya Allah rahmatilah kami dengan Al-Quran, dan jadikanlah ia sebagai imam, cahaya, petunjuk, serta rahmat bagi kami. Ya Allah ingatkanlah kami daripadanya apa yang telah kami lupa, dan ajarkan kami darinya apa yang kami jahil serta rezekikanlah kami untuk membacanya siang dan malam, dan jadikanlah ia sebagai hujjah kepada kami wahai Tuhan sekalian alam.”
سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ، أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوبُ إِلَيْكَ
Maksudnya:
“Maha suci Engkau ya Allah dengan memuji-Mu. Tiada yang berhak disembah melainkan Engkau. Aku memohon ampun dan bertaubat kepada-Mu.”
[Hadis riwayat al-Imam an-Nasa’i dari ‘Aisyah di dalam as-Sunan al-Kubra (9720) ]
الّلَهُمَ ذَكِّرْنَا مِنْهُ مَا نُسِّيْنَا
Maksudnya:
“Ya Allah ingatkanlah kami dari Al-Quran apa yang kami telah dilupakan akannya.”
Secara umumnya, doa selepas mengaji ini tidaklah tsabit dalam mana-mana riwayat sebagai doa yang khusus sewaktu khatam Al-Quran yang mana ia warid daripada Rasulullah SAW sendiri.
Namun, tidak menjadi suatu kesalahan sekiranya mengamalkan doa yang terkandung di dalamnya, mempunyai makna-makna yang baik. Oleh itu, semata-mata pengamalan membaca doa di atas ini berasaskan konsep keumuman berdoa maka ianya adalah dibolehkan.
Bahkan doa selepas mengaji ini dikatakan antara waktu yang dianggap sebagai mustajab untuk berdoa kepada Allah SWT, iaitu selepas khatam Al-Quran. Perkara ini dianggap sebagai salah satu bentuk tawassul dengan amalan soleh. Tsabit bin Qais RA berkata:
كَانَ أَنَسٌ إِذَا خَتَمَ الْقُرْآنَ جَمَعَ وَلَدَهُ وَأَهَلَ بَيْتِهِ فَدَعَا لَهُمْ
Maksudnya:
“Adalah Anas apabila mengkhatamkan Al-Quran, beliau menghimpunkan anaknya dan ahli keluarganya di rumah beliau kemudian berdoa bagi mereka.”
[ Riwayat al-Darimi (3801) ]
Anda perlukan khidmat Konsultasi ?
Jom bersama AZDAN supaya kami dapat bantu selesaikan sebarang masalah anda ! Jangan bimbang sepanjang KONSULTASI , ustaz ustazah akan bersama anda untuk mantapkan lagi bacaan Al-Quran.
Untuk makluman ! KONSULTASI ini bernilai RM50 , tapi untuk anda kami nak bagi secara PERCUMA je .
Ye PERCUMA sahaja. Berbaloikan ? Tunggu apa lagi jom ambil peluang ni !
Jom dapatkan Konsultasi bersama Azdan dengan Tekan link dibawah Sekarang