Wang ringgit yang banyak, pangkat dan kedudukan yang tinggi dan harta benda yang melimpah ruah adalah definisi bahagia buat semua orang. Betul ke?
Hmm.. Mungkin betul… Tapi, itu semua adalah kebahagiaan yang bersifat sementara sahaja dan tidak kekal.
Percayalah.. Akan tiba suatu saat di mana wang ringgit dan kemewahan harta benda tidak lagi menjadi keutamaan, tapi kebahagiaan yang akan menjadi buruan utama setiap orang.
“Aku ni dah tak kisah dengan duit-duit ni semua sebab ada duit banyak pun tak boleh buat aku betul-betul bahagia.”
Sekarang ni rasanya dah selalu sangat dengar keluhan-keluhan macam ni kan…
Ini jelas menunjukkan bahawa erti sebuah kebahagiaan tidak dapat diukur dengan kemewahan harta benda semata-mata.
Walaubagaimanapun, ada juga yang dah buat macam-macam untuk dapatkan kebahagiaan yang sebenar tapi masih belum dapat merasakannya. Kenapa ya?
Jom kami kongsikan 3 Punca Utama Hidup Tak Bahagia Yang Sering Dilakukan !
#1 SIBUK TENGOK APA YANG ORANG LAIN ADA SAMPAI LUPA APA YANG KITA ADA
Memang dah menjadi lumrah sebagai manusia ni suka tengok apa yang orang lain ada.
Kalau tengok tu dengan niat untuk tumpang gembira tidak jadi masalah, tapi jangan pula sampai menyebabkan timbul rasa dengki dengan apa yang orang lain ada.
Apatah lagi kalau tengok apa yang orang lain ada sampai menyebabkan diri sendiri rasa terhina sebab tak mampu nak ada benda yang sama dengan yang orang lain ada.
Contoh… “Untunglah orang sebelah tu, baru beli kereta baharu. Aku ni ada kereta pun asyik rosak je.”
Haa.. Tak boleh lah ada perasaan macam tu..
Memang lah kita tak dapat lagi nak beli kereta baharu, tapi kita sendiri terlupa yang kita ada pula benda lain yang mungkin orang tu pula takda.
Contoh, kita dah ada rumah sendiri sedangkan orang tu rumah masih menyewa.
Oleh itu, yakinlah bahawa Allah SWT itu bersifat adil dalam memberikan rezeki kepada hamba-hambanya.
#2 SIBUK TENGOK KELEBIHAN ORANG LAIN SAMPAI LUPA NAK TENGOK ORANG YANG LEBIH SUSAH
Macam mana lah nak rasa bahagia kalau hari-hari sibuk tengok kelebihan orang lain je.
Sebab apa?
Bila banyak sangat tengok kesenangan orang lain, kita akan rasa rendah diri dan rasa sedihnya lah kehidupan kita ni sebab tak dapat kelebihan yang orang lain dapat tu.
Kalau anda selalu ada perasaan macam tu… Bukan je membuatkan diri jadi tak bahagia, tapi boleh juga menyebabkan diri tidak bersyukur dengan nikmat yang diberikan oleh Allah SWT.
Hati-hati tau…
Tak salah pun nak tengok kelebihan orang lain kalau ianya untuk dijadikan sebagai motivasi dan pembakar semangat kepada diri kita supaya usaha lebih keras lagi untuk dapatkan kejayaan yang sama.
Jangan lupa juga untuk tengok orang yang lebih susah agar dapat menimbulkan rasa syukur atas apa yang kita perolehi hari ni.
Kena ingat ni.. Kalau kita rasa kita ni susah, ada ramai lagi orang yang lebih susah daripada kita di luar sana…
#3 SIBUK BANGGA DENGAN PENCAPAIAN HARI INI SAMPAI LUPA ITU SEMUA DARIPADA ALLAH SWT
Ini adalah yang paling bahaya tapi ramai sebenarnya orang sekarang yang ada sifat macam ni bila dah berjaya.
“Semua kejayaan yang aku dapat harini hasil usaha aku kerja keras siang malam tak tidur.”
Tak salah nak bangga dengan susah payah yang telah dilakukan, tapi jangan lupa untuk bersyukur di atas kejayaan yang diperoleh tu. Ucaplah, “Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah atas nikmat yang kau berikan hasil daripada usaha aku selama ini.”
Haa.. macam tu baru betul..
Bila kita lupa dengan Allah SWT, maka Allah SWT juga akan lupa kepada kita. Firman Allah SWT:
نَسُوا۟ ٱللَّهَ فَنَسِيَهُمْ ۗ
Maksudnya: “Mereka telah melupakan kepada Allah, maka Allah melupakan mereka (pula) ….”
{QS: Surah At-Taubah ayat 67}
Inilah sebabnya ramai yang dah berjaya dalam kehidupan tapi masih tak bahagia. Macam mana nak bahagia kalau selalu lupa kepada sang pemberi rezeki, Allah SWT.
Itulah dia 3 punca utama hidup tak bahagia yang ramai orang buat tanpa disedari.
Anda macam mana pula? Ada tak sikap-sikap macam yang dinyatakan di atas?
Kalau ada, jom sama-sama kita ubah ke arah yang lebih baik dan semoga kita memperolehi kebahagiaan yang hakiki di dunia dan akhirat. Aminnn…
Anda perlukan khidmat Konsultasi ?
Jom bersama AZDAN supaya kami dapat bantu selesaikan sebarang masalah anda ! Jangan bimbang sepanjang KONSULTASI , ustaz ustazah akan bersama anda untuk mantapkan lagi bacaan Al-Quran.
Untuk makluman ! KONSULTASI ini bernilai RM50 , tapi untuk anda kami nak bagi secara PERCUMA je .
Ye PERCUMA sahaja. Berbaloikan ? Tunggu apa lagi jom ambil peluang ni !
Jom dapatkan Konsultasi bersama Azdan dengan Tekan link dibawah Sekarang