Syurga dan neraka merupakan dua tempat abadi yang diciptakan oleh  Allah SWT untuk para manusia selepas hari kiamat nanti. 

Keindahan di syurga itu digambarkan dengan keindahan yang tidak pernah terlihat mahu pun terlintas di akal dan fikiran manusia.

Manakala gambaran neraka pula adalah tempat yang penuh dengan azab dan seksaan yang tidak terbayang kesengsaraannya.

Jadi, dunia ni sebenarnya tempat persinggahan je… Tak kekal pun… 

Umum mengetahui bahawa syurga diperuntukkan untuk hamba-Nya yang beriman dan taat kepada segala perintah Allah SWT, sedangkan neraka adalah untuk mereka yang ingkar.

“Syurga adalah tempat bagi orang-orang yang selalu bersyukur dan ikhlas” – (dialog dalam petikan filem Syurga Yang Tak Dirindukan)

Allah SWT menyediakan syurga dan neraka sebagai balasan terhadap setiap amalan yang dikerjakan umat manusia di dunia. Apakah ciri-ciri amalan ahli syurga dan ahli neraka ?

Jom kami kongsikan 3 sifat Ahli Neraka dan Ahli Syurga Menurut Al-Quran !

#1 AHLI SYURGA: MENDAPAT KEAMPUNAN ALLAH SWT

Firman Allah SWT:

سَابِقُوٓا۟ إِلَىٰ مَغْفِرَةٍۢ مِّن رَّبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا كَعَرْضِ ٱلسَّمَآءِ وَٱلْأَرْضِ أُعِدَّتْ لِلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ بِٱللَّهِ وَرُسُلِهِۦ ۚ

Maksudnya: “Maka berlumba-lumbalah kamu untuk mendapatkan ampunan dari Tuhan kamu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan rasul-rasul-Nya.”

{QS: Surah Al-Hadid ayat 21}

Bertaubat kepada Allah SWT menurut pandangan Islam adalah wajib dilakukan setiap individu kerana lumrah sebagai manusia biasa tidak akan pernah lepas daripada melakukan dosa.

Kalau kita ada buat salah dengan manusia mesti kita kena minta maaf pada orang yang kita buat salah tu. 

Betul tak?

Macam tu juga lah apabila kita ada berbuat dosa dengan Allah SWT, wajib memohon keampunan daripada-Nya. Sesungguhnya Allah SWT itu Maha Pengampun.

Kalau tak mendapat keampunan Allah SWT, macam mana nak masuk syurga? Syurga adalah tempat untuk orang-orang yang mendapat keampunan Allah SWT.

#2 AHLI SYURGA: ORANG BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH

Firman Allah SWT:

أَمَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ فَلَهُمْ جَنَّـٰتُ ٱلْمَأْوَىٰ نُزُلًۢا بِمَا كَانُوا۟ يَعْمَلُونَ

Maksudnya: “Adapun orang-orang yang beriman dan beramal soleh, bagi mereka syurga-syurga tempat tinggal, disebabkan apa yang telah mereka kerjakan.”

{QS: Surah As-Sajdah ayat 19}

Ada banyak perbuatan amal soleh yang boleh kita lakukan dalam kehidupan seharian sebagai orang muslim.

Contoh amal soleh yang kita boleh lakukan kepada Allah SWT adalah seperti tidak meninggalkan solat 5 waktu serta melaksanakan solat-solat sunat, menunaikan puasa wajib dan juga puasa sunat.

Amal soleh sesama manusia pula adalah seperti bersedekah dan berbuat baik terhadap manusia. 

Kalau nak masuk syurga, jangan tinggalkan walaupun satu amal soleh meskipun kita rasakan ia kecil. Gunakan peluang melakukan amal kebaikan pada setiap masa biarpun hanya memberi senyuman kepada orang lain.

#3 AHLI SYURGA: ORANG YANG TIDAK MENGIKUT HAWA NAFSU

Firman Allah SWT:

وَأَمَّا مَنْ خَافَ مَقَامَ رَبِّهِۦ وَنَهَى ٱلنَّفْسَ عَنِ ٱلْهَوَىٰ

Maksudnya: “Dan adapun orang yang takut kepada Tuhannya dan menahan diri daripada hawa nafsu.”

{QS: Surah An-Nazi’at ayat 40}

Setiap manusia diciptakan mempunyai hawa nafsu masing-masing. Cintakan diri, wanita, harta, nama dan kemasyhuran adalah antara hawa nafsu yang kebiasaannya dimiliki manusia.

Walaubagaimanapun, sifat hawa nafsu perlu dikawal, disekat dan ditentang. Kalau terlalu ikutkan hawa nafsu akan buruk akibatnya nanti…

Orang yang beriman adalah orang yang sentiasa mengawal hawa nafsu supaya tidak terpesong dari jalan kebenaran dan berusaha mencari jalan untuk menambahkan cinta Allah SWT kepadanya.

Mengawal hawa nafsu ni memang bukan sesuatu yang mudah… Sebab tu lah sesiapa yang berjaya mengawalnya dijanjikan ganjaran syurga oleh Allah SWT.

Maka dapat difahami daripada 3 ciri-ciri diatas bahwasanya sifat ahli syurga ialah mereka yang sentiasa melakukan perbuatan yang diredhai Allah. Dan mereka yang melakukan perbuatan yang tidak diredhai Allah itulah yang akan  Allah campakkan kedalam nerakaNya.

Mari kita lihat 3 ciri-ciri sifat ahli neraka yang penuh dengan azab seksa yang amat pedih. Semoga dijauhkan daripadanya 

#1 AHLI NERAKA: MENYEMBAH SELAIN ALLAH SWT

Firman Allah SWT:

إِنَّ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ مِنْ أَهْلِ ٱلْكِتَـٰبِ وَٱلْمُشْرِكِينَ فِى نَارِ جَهَنَّمَ خَـٰلِدِينَ فِيهَآ ۚ أُو۟لَـٰٓئِكَ هُمْ شَرُّ ٱلْبَرِيَّةِ

Maksudnya: “Orang-orang yang kafir dari kalangan Ahli Kitab dan orang-orang musyrik ke dalam api neraka kekal di dalamnya, seburuk-buruk kejahatan.”

{QS: Surah Al-Bayyinah ayat 6}

Perbuatan menyembah selain daripada Allah SWT ini jelas dianggap sebagai suatu perbuatan syirik yang bercanggah dengan ajaran Islam, apatah lagi perbuatan sesetengah orang mengaku dirinya sebagai Tuhan.

Amalan tertentu seperti menyembah patung, berhala atau objek tertentu. Perbuatan memuja nasib, mempercayai sesuatu objek mempunyai keramat tertentu juga membawa kepada unsur syirik.

Bahkan ahli agama berpendapat perbuatan terlalu memuja dan mendewakan orang atau pemimpin tertentu juga adalah perbuatan yang boleh menjurus kepada syirik.

Jadi, berpada-padalah dalam meminati atau mengagumi seseorang, jangan sampai menjurus kepada syirik…

#2 AHLI NERAKA: MEMAKAN HARTA ANAK YATIM

Firman Allah SWT:

إِنَّ ٱلَّذِينَ يَأْكُلُونَ أَمْوَٰلَ ٱلْيَتَـٰمَىٰ ظُلْمًا إِنَّمَا يَأْكُلُونَ فِى بُطُونِهِمْ نَارًۭا ۖ وَسَيَصْلَوْنَ سَعِيرًۭا

Maksudnya: “Orang-orang yang memakan harta anak yatim secara zalim, sesungguhnya mereka hanya memakan ke dalam perutnya api dan api yang menyala-nyala.”

{QS: Surah An-Nisa ayat 10}

Agama Islam amat menggalakkan umat-Nya untuk menyantuni anak-anak yatim. Rasulullah SAW pernah bersabda: 

“Barangsiapa mengambil anak yatim dari kalangan Muslimin, dan memberinya makan dan minum, Allah akan memasukannya kedalam surga, kecuali apabila ia berbuat dosa besar yang tidak terampuni.”

{Riwayat Tirmidzi}

Hadis ini menunjukkan betapa mulianya orang-orang yang menyantuni anak yatim dalam hidupnya. Tapi, mesti kena jujur dan hati-hati. Jangan sampai termakan harta anak yatim sama ada tidak sengaja mahu pun sengaja.

Allah SWT memberikan ancaman yang luar biasa bagi mereka yang melakukan perbuatan memakan harta anak yatim iaitu balasan seksaan api neraka.

#3 AHLI NERAKA: PERBUATAN MENGUMPAT

Firman Allah SWT:

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ٱجْتَنِبُوا۟ كَثِيرًۭا مِّنَ ٱلظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ ٱلظَّنِّ إِثْمٌۭ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا۟ وَلَا يَغْتَب بَّعْضُكُم بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَن يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًۭا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ تَوَّابٌۭ رَّحِيمٌۭ

Maksudnya: “Wahai orang yang beriman! Jauhilah banyak prasangka, ˹kerana˺ sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa. Dan janganlah kamu mengintip, dan janganlah kamu menggunjing satu sama lain. Adakah di antara kamu suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Kamu akan menghina itu!1 Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.”

{QS: Surah Al-Hujurat ayat 12}

Lidah manusia diibaratkan lebih tajam daripada mata pedang. Ini kerana, lidah boleh menyebabkan manusia memakan bangkai saudaranya, diazab di dalam kubur serta pahala amalan kebaikan mereka di dunia ini boleh ‘berpindah milik’.

Inilah balasan untuk mereka yang selalu mengumpat, mengadu domba, mencaci serta memaki hamun saudaranya orang lain.

Oleh itu, gunakan lah lidah sebagai penyelamat kita daripada api neraka. Nak tahu macam mana?

Gunakanlah lidah itu untuk membaca al-Quran yang akan memberikan syafaat untuk kita pada hari akhirat kelak serta menjadi dekat dengan Nabi Muhammad SAW kerana berpeluang berselawat ke atas baginda.

Itulah dia 3 sifat ahli syurga dan ahli neraka menurut Al-Quran. Isi kandungan Al-Quran merangkumi pelbagai panduan untuk umat Islam seperti sifat-sifat untuk menjadi ahli syurga.

Selain itu, Al-Quran juga banyak memberi peringatan kepada kita tentang perkara-perkara yang boleh menyebabkan kita menjadi sebahagian daripada ahli neraka.

Seronoknyaa bila dapat memahami isi kandungan Al-Quran ni ! Ia dapat membuatkan kita mengetahui banyak hal-hal dunia dan akhirat.

 

Anda perlukan khidmat Konsultasi ?
Jom bersama AZDAN supaya kami dapat bantu selesaikan sebarang masalah anda ! Jangan bimbang sepanjang KONSULTASI , ustaz ustazah akan bersama anda untuk mantapkan lagi bacaan Al-Quran.

Untuk makluman ! KONSULTASI ini bernilai RM50 , tapi untuk anda kami nak bagi secara PERCUMA je .
Ye PERCUMA sahaja. Berbaloikan ? Tunggu apa lagi jom ambil peluang ni !
Jom dapatkan Konsultasi bersama Azdan dengan Tekan link dibawah Sekarang 

Saya perlukan konsultasi mengaji dengan Azdan Hari Ini.

Promosi Selamat Datang!

PERCUMA

Kelas Percubaan!

Mula belajar mengaji sekarang–dapatkan secara Percuma!

Tebus tiket percuma kelas percubaan sekarang!

Kalau bukan sekarang, bila lagi nak belajar mengaji.