Bila sebut tentang kisah Nabi Nuh AS, apakah perkara pertama yang terlintas di fikiran anda semua tentangnya ?
Haa ! Mesti anda masih ingat tentang kisah Nabi Nuh AS dan bahteranya ataupun kaumnya yang ditenggelami banjir besar kerana tidak mahu mentaati Allah SWT.
Ingat kan ?
Nabi Nuh AS merupakan Rasul pertama yang ditugaskan untuk membimbing umat manusia supaya mentauhidkan Allah SWT.
Walaubagaimanapun, ajaran Nabi Nuh AS itu ditentang hebat oleh kaumnya. Bukan itu sahaja, isteri dan anak-anak Nabi Nuh AS turut memberikan tentangan yang dahsyat atas ajaran yang dibawa melaluinya.
Kesungguhan dan kesabaran tinggi yang ada pada Nabi Nuh AS dalam mengajak kaumnya mentauhidkan Allah SWT tetap tidak dapat mengubah mereka untuk menyembah hanya kepada Allah yang satu.
Pada akhirnya, Allah SWT menimpakan banjir yang sangat besar kepada kaum Nabi Nuh AS atas perbuatan mereka yang melampaui batas dan tidak mahu menerima dakwah Nabi Nuh AS.
Firman Allah SWT:
إِنَّ فِى ذَٰلِكَ لَـَٔايَـٰتٍۢ وَإِن كُنَّا لَمُبْتَلِينَ
Maksudnya:
“Sesungguhnya pada (kejadian) itu benar-benar terdapat beberapa tanda-tanda (kebesaran Allah), dan Sesungguhnya Kami menimpakan azab (kepada kaum Nuh itu)”
{QS: Surah Al-Mu’minun:30}
Banyak pengajaran daripada kisah Nabi Nuh AS yang boleh dikaitkan dan dijadikan sebagai peringatan untuk kita pada zaman sekarang supaya sentiasa patuh terhadap perintah Allah SWT dan meninggalkan segala laranganNya.
Sesungguhnya, azab daripada Allah SWT itu benar-benar boleh berlaku atas kehendakNya.
Jom sama-sama kita ambil iktibar daripada kisah Nabi Nuh AS ini.
Ini dia 5 Ibrah daripada Kisah Nabi Nuh !
#1 PERINTAH MENGESAKAN ALLAH SWT
Kalau kita hayati kisah-kisah kaum terdahulu yang telah dibinasakan oleh Allah SWT yang disebutkan dalam Al-Quran, kebanyakannya adalah kerana kaum-kaum tersebut gagal untuk menyembah hanya kepada Allah SWT.
Sebagaimana kisah Nabi Nuh AS yang bertahun-tahun mengajak kaumnya untuk berhenti daripada menyembah berhala dan taat kepada Allah SWT tetapi kaumNya menolak ajakan baginda.
Dan pada akhirnya, kaum Nabi Nuh AS ditenggelamkan oleh Allah SWT dengan banjir yang sangat besar atas kemurkaan Allah SWT terhadap mereka yang menyekutukanNya.
Firman Allah SWT:
إِنَّ ٱللَّهَ لَا يَغْفِرُ أَن يُشْرَكَ بِهِۦ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَٰلِكَ لِمَن يَشَآءُ ۚ
Maksudnya:
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia Mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendakiNya”
{QS:Surah An-Nisa:48}
#2 LEMAH LEMBUT DALAM BERDAKWAH
Islam adalah agama yang mengajarkan umatnya supaya sentiasa bersikap lemah lembut terutama dalam menyebarkan dakwah. Sesungguhnya, tiada paksaan dalam agama Islam.
Sikap lemah lembut itulah yang dipraktikkan oleh Nabi Nuh AS dalam kisah Nabi Nuh mengajak kaumnya supaya mentauhidkan Allah SWT.
Nabi Nuh AS menggunakan panggilan “Wahai Kaumku” supaya mereka merasa lebih dekat dengan baginda dan mudah untuk menerima dakwah baginda.
Rasulullah SAW juga ada mengajarkan kepada kita untuk sentiasa bersikap lemah lembut dalam berdakwah atau menegur rakan atau orang keliling kita jika mereka melakukan perkara yang dilarang dalam Islam.
Jelaslah bahawa sikap lemah lembut dalam berdakwah atau mengajak kepada kebaikan ini sudah diamalkan sejak zaman nabi-nabi terdahulu lagi sehingga kini.
#3 BALASAN DARIPADA ALLAH SWT ITU PASTI
Firman Allah SWT:
فَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًۭا يَرَهُۥ ٧ وَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍۢ شَرًّۭا يَرَهُۥ ٨
Maksudnya:
“Maka barangsiapa yang mengerjakan kebaikan sebesar zarah nescaya Dakan melihatNya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah sekalipun, nescaya dia akan melihatNya”
{QS: Surah Al-Zalzalah:7-8}
Bukti kebenaran tentang balasan Allah SWT itu dapat kita ambil iktibar daripada kisah Nabi Nuh AS yang mana orang-orang yang percaya dengan ajaran baginda dan mengikutiNya terselamat daripada banjir besar yang melanda mereka.
Manakala orang-orang yang enggan beriman kepada Allah SWT dan memperlekehkan ajaran serta ajakan Nabi Nuh AS ditenggelamkan dalam banjir besar itu bahkan ahli keluarga Nabi Nuh AS sendiri.
Sesungguhnya, balasan Allah SWT itu tidak berbatas kepada kekayaan mahupun pangkat tetapi ia adalah berdasarkan kebenaran dan kesalahan.
#4 MEMUPUK SIFAT SABAR
Dalam kisah Nabi Nuh AS, satu sifat mulia yang perlu dicontohi adalah sabar dalam menegakkan agama Islam.
Sebagaimana yang diceritakan, Nabi Nuh AS berdakwah kepada kaumNya dalam tempoh masa yang bertahun lamanya tetapi kaum Nabi Nuh AS masih berdegil dan tidak mahu mengikuti ajaran yang dibawa oleh baginda.
Walaupun begitu, Nabi Nuh AS sentiasa sabar dengan sikap-sikap keji yang ditunjukkan oleh kaumNya seperti memaki dan menghina Nabi Nuh AS.
Sabar dalam menghadapi ujian dan rintangan merupakan sikap yang dapat mendatangkan keberuntungan kepada umat manusia tau !
Ianya dapat dibuktikan daripada kisah Nabi Nuh AS yang sentiasa sabar dalam berdakwah dan pada akhirnya dapat menyelamatkan sebahagian daripada kaumNya daripada banjir besar yang diturunkan oleh Allah SWT.
#5 LARANGAN BERSIFAT SOMBONG
Firman Allah SWT:
وَلَا تَمْشِ فِى ٱلْأَرْضِ مَرَحًا ۖ إِنَّكَ لَن تَخْرِقَ ٱلْأَرْضَ وَلَن تَبْلُغَ ٱلْجِبَالَ طُولًا
Maksudnya:
“Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong, kerana sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembus bumi dan sekali-kali kamu tidak akan sampai setinggi gunung”.
{QS: Surah Al-Isra’:37}
Sifat sombong merupakan sifat yang meremehkan orang lain, menolak kebenaran serta merasa diri sendiri adalah yang paling betul berbanding orang lain.
Ianya merupakan sifat mazmumah atau sifat yang tercela serta dibenci oleh Allah SWT dan juga orang sekeliling.
Dalam kisah Nabi Nuh AS, kaumNya menunjukkan sifat sombong dan angkuh kerana tidak mahu menerima ajaran daripada Nabi Nuh AS bahkan menghina segala perbuatan baginda.
Pada akhirnya, kaum Nabi Nuh AS yang sombong dan tidak mahu mengikut ajakan Nabi Nuh AS untuk naik ke dalam bahtera baginda telah ditenggelami oleh banjir yang besar.
Itulah dia 5 pengajaran yang boleh kita ambil iktibar daripada kisah Nabi Nuh AS.
Semoga kita semua terus istiqamah mendalami kisah-kisah para Nabi yang boleh dijadikan sebagai iktibar dalam kehidupan yang terdapat banyak di dalam kitab suci Al-Quran.
Anda perlukan khidmat Konsultasi ?
Jom bersama AZDAN supaya kami dapat bantu selesaikan sebarang masalah anda ! Jangan bimbang sepanjang KONSULTASI , ustaz ustazah akan bersama anda untuk mantapkan lagi bacaan Al-Quran.
Untuk makluman ! KONSULTASI ini bernilai RM50 , tapi untuk anda kami nak bagi secara PERCUMA je .
Ye PERCUMA sahaja. Berbaloikan ? Tunggu apa lagi jom ambil peluang ni !
Jom dapatkan Konsultasi bersama Azdan dengan Tekan link dibawah Sekarang