
Bulan Zulhijjah adalah bulan di mana ia termasuk di kalangan bulan haram, yakni bulan yang dihormati dan dimuliakan dalam Islam.
Abi Bakrah RA meriwayatkan Nabi SAW bersabda:
“Waktu berputar sebagaimana keadaannya ketika Allah SWT menciptakan langit dan bumi. Satu tahun terdiri daripada dua belas bulan, daripadanya terdapat empat bulan yang haram iaitu tiga daripadanya berturut-turut (Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram) dan yang keempatnya adalah Rejab Mudhar yang terletak antara Jamadil Akhir dan Sya’ban.”
(Hadis Riwayat Bukhari)
Mungkin ramai lagi yang belum tahu bahawa dalam bulan ini terdapat banyak kelebihan berdasarkan dalil-dalil yang telah disepakati.
Nak tahu apa dia? Jom kami kongsikan di bawah ni!
#1 Kelebihan 10 Hari Awal Bulan Zulhijjah
10 hari awal bulan Zulhijjah memiliki kelebihan berdasarkan firman Allah SWT:
وَالْفَجْرِ ﴿١﴾ وَلَيَالٍ عَشْرٍ ﴿٢﴾
Maksudnya:
“Demi waktu fajar, dan 10 malam (serta) hari dalam bulan Zulhijjah).”
{QS: Surah AL-Fajr Ayat 1 dan 2}
Di sebalik makna fajar, terdapat ulama yang mengatakan bahawa ia adalah seluruh waktu fajar. Waktu terbit fajar, solat subuh atau seluruh waktu siang
Menurut Ibn Abbas RA: “Sesungguhnya hari-hari itu adalah 10 hari awal bulan Zulhijjah .” Manakala Ibn Kathir mengatakan: “Dan ia Sahih.” Inilah pandangan majoriti ulama tafsir salaf dan selain mereka.
(Tafsir Ibn Kathir 8/390)
Hadis marfu’ riwayat Ibn Umar sebelum ini menyatakan:
ما من أيامٍ أعظم عند اللهِ ولا أحبّ إليه العملُ فيهن من أيامِ العشرِ
Maksudnya:
“Tidak ada hari-hari yang besar ganjarannya di sisi Allah dan yang paling Dia sukai agar seseorang mengerjakan amal kebaikan padanya, melainkan 10 hari ini.”
(Riwayat Imam Ahmad (5446) di dalam Musnad,al-Baihaqi (3751) di dalam Syu’ab al-Iman)
Diriwayatkan dalam Sahih Ibn Hibban, daripada Jabir, Baginda SAW bersabda:
ما مِن أيَّامٍ أفضلُ عندَ اللهِ مِن أيَّامِ عشْرِ من ذي الحجَّةِ
Maksudnya:
“Tidak ada hari-hari yang lebih utama di sisi Allah daripada 10 hari terawal di bulan Zulhijjah.”
Riwayat Ibnu Hibban (3853)
Selain itu, 10 hari awal Zulhijjah juga adalah disebut sebagai al-Ayyam al-Ma’lumat al-Mubarakat (hari-hari yang diberkati).
Allah SWT mensyariatkan di dalamnya agar diperbanyakkan mengingatiNya di atas rezeki yang dikurniakan dariNya.
Allah berfirman:
لِّيَشْهَدُوْا مَنَافِعَ لَهُمْ وَيَذْكُرُوا اسْمَ اللّٰهِ فِيْٓ اَيَّامٍ مَّعْلُوْمٰتٍ عَلٰى مَا رَزَقَهُمْ مِّنْۢ بَهِيْمَةِ الْاَنْعَامِۚ فَكُلُوْا مِنْهَا وَاَطْعِمُوا الْبَاۤىِٕسَ الْفَقِيْرَ ۖ
Maksudnya:
“Agar mereka menyaksikan berbagai manfaat untuk mereka dan agar mereka menyebut nama Allah pada beberapa hari yang telah ditentukan atas rezeki yang diberikan Dia kepada mereka berupa haiwan ternak. Maka makanlah sebagian darinya dan (sebagian lagi) berikanlah untuk dimakan orang-orang yang sengsara dan fakir.”
{QS: Surah Al-Hajj Ayat 28}
Ulama telah bersepakat bahawa, أَيَّامِ مَعْلُومَت ialah 10 hari awal Zulhijjah.
(Rujuk Kitab Tafsir al-Baghawi 5/379, Tafsir Ibn Kathir 5/415 dan Lata’if al-Ma’arif 269)
#2 Ibadah Haji
Kelebihan lainnya, 10 hari awal bulan Zulhijjah ini juga merupakan hari penutup kepada bulan-bulan Haji yang disebut sebagai أشْهُرمَعْلُومَت
Sebagaimana yang dinyatakan oleh Allah SWT bahawa :
Maksudnya:
اَلْحَجُّ اَشْهُرٌ مَّعْلُوْمٰتٌ ۚ
“(Musim) haji adalah beberapa bulan yang dimaklum”
{QS: Surah Al-Baqarah Ayat 197)
Bulan-bulan tersebut ialah bulan Syawal, Zulkaedah dan 10 hari awal Zulhijjah berdasarkan riwayat dari ramai para sahabat seperti Umar, Ibn Umar, Ali Ibn Mas’ud, Ibn Abbas, Ibn Al-Zubair dan ramai lagi. Ianya juga adalah pandangan kebanyakan ulama Tabi’in.
Pada 10 hari awal Zulhijjah terdapat Hari al-Nahr (10 Zulhijjah), yang mana ia adalah hari Haji Akbar, yakni hari yang paling mulia di sisi Allah SWT.
Di dalam hadis dinyatakan:
إن أعظم األايم عند هللا تبارك وتعاىل يوم النحر مث يوم القر
Maksudnya:
“Hari yang paling agung di sisi Allah SWT adalah Hari al-Nahr kemudian hari al-Qarr (selepas hari 10 zulhijjah).”
Keistimewaan 10 hari bulan Zulhijjah dikhususkan bagi orang yang menunaikan haji apabila hari-hari tersebut adalah tempoh mereka membawa binatang korban yang melengkapkan kelebihan ibadah haji dan memakan dagingnya di hari terakhir daripada 10 hari itu, iaitu hari raya korban.
Sebaik-baik cara membawa binatang korban adalah bermula dari miqat, lalu ditandakan sebagai korban ketika ihram dengan disertai laungan talbiah yang termasuk daripada mengingati Allah pada hari-hari yang dimaklumi.
(Rujuk: Laman Web Rasmi Mufti Wilayah)
Dinyatakan dalam sebuah hadis :
أفضلُ الحجِّ العجُّ والثَّجُّ
Maksudnya :
“Sebaik-baik haji ialah menguatkan suara ketika bertalbiah dan menyembelih binatang korban.”
Riwayat al-Tirmizi (827) & Ibnu Majah (975)
Dinyatakan dalam hadis yang lain,
عجوا التكبير عجا، و ثجوا الإبل ثجا
Maksudnya :
“Angkatlah setinggi-tinggi suara ketika bertakbir, dan tumpahkanlah darah binatang korban sebanyak-banyaknya.”
(Hadis Riwayat al-Tirmizi (827) & Ibnu Majah (975)
#3 Melakukan Ibadah Korban
Hari Raya Haji ataupun disebut sebagai Hari Raya Korban merupakan antara hari yang amat penting buat umat Islam.
Ini kerana, di sebaliknya sarat dengan hikmah yang sangat besar dan bermakna buat mereka yang benar-benar memahami erti korban yang sebenar.
Pada hari tersebut kita juga mengenang peristiwa korban yang diawali oleh hamba Allah SWT yang melaksanakan perintahNya dengan penuh rasa cinta melebihi cintanya kepada makhluk dan kebendaan.
Berdasarkan sejarah inilah, Allah SWT mensyariatkan umatNya untuk melaksanakan korban bagi mereka yang berkemampuan.
Justeru, ibadah korban ini sebenarnya memiliki makna yang amat mulia sekiranya kita fahami dan hayati ibadah korban dengan makna yang baik.
Ibadah korban yang didasari dengan niat yang ikhlas adalah salah satu bentuk rasa syukur kita sebagai hamba atas segala nikmat-nikmatNya. Maka, lakukanlah ibadah ini semata-mata kerana Allah SWT.
Melalui Ibadah korban ini, Islam mengajar kita tentang bagaimana membangkitkan kepekaan sosial terhadap mereka yang memerlukan.
Maka di situlah terlahirnya persaudaraan yang hakiki, cinta dan kasih sayang serta tanggungjawab sesama umat.
Firman Allah SWT,
وَلِكُلِّ اُمَّةٍ جَعَلْنَا مَنْسَكًا لِّيَذْكُرُوا اسْمَ اللّٰهِ عَلٰى مَا رَزَقَهُمْ مِّنْۢ بَهِيْمَةِ الْاَنْعَامِۗ
Maksudnya : “Dan bagi setiap umat telah Kami syariatkan penyembelihan (korban), agar mereka menyebut nama Allah atas rezeki yang dikurniakan Allah kepada mereka berupa haiwan ternak. Maka Tuhanmu ialah Tuhan Yang Maha Esa, kerana itu berserah dirilah kamu kepadaNya. Dan sampaikanlah (Muhammad) khabar gembira kepada orang-orang yang tunduk patuh (kepada Allah).”
{QS : Surah Al-Hajj Ayat 34}
Firman Allah Taala,
وَاَذِّنْ فِى النَّاسِ بِالْحَجِّ يَأْتُوْكَ رِجَالًا وَّعَلٰى كُلِّ ضَامِرٍ يَّأْتِيْنَ مِنْ كُلِّ فَجٍّ عَمِيْقٍ ۙ لِّيَشْهَدُوْا مَنَافِعَ لَهُمْ وَيَذْكُرُوا اسْمَ اللّٰهِ فِيْٓ اَيَّامٍ مَّعْلُوْمٰتٍ عَلٰى مَا رَزَقَهُمْ مِّنْۢ بَهِيْمَةِ الْاَنْعَامِۚ فَكُلُوْا مِنْهَا وَاَطْعِمُوا الْبَاۤىِٕسَ الْفَقِيْرَ ۖ
Maksudnya :
”Serulah manusia untuk mengerjakan haji, nescaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki dan menunggang unta yang kurus yang datang dari pelbagai jalan yang jauh. Hal tersebut agar mereka menyaksikan berbagai-bagai manfaat buat mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah pada hari-hari yang dimaklumi atas kurniaanNya kepada mereka berupa binatang-binatang ternak (untuk dijadikan korban).”
{QS : Surah al-Hajj Ayat 27-28}
Jumhur ulama berpendapat bahawa hari-hari yang dimaklumi itu ialah 10 hari terawal Zulhijjah.
Antaranya ialah Ibnu Umar, Ibnu Abbas, al-Hasan, ‘Atha’, Mujahid, Ikrimah, Qatadah, al-Nakha’i, serta pandangan Abu Hanifah, al-Syafi’i, dan Ahmad pada satu riwayatnya yang masyhur.
Sekumpulan ulama berkata, ”Hari-hari itu ialah hari sembelihan binatang korban,” dan perkara ini diriwayatkan daripada sekumpulan salaf, yang merupakan pandangan Malik dan Abu Yusuf.
Mereka menjadikan zikir kepada Allah pada hari-hari ini disebut ketika menyembelih binatang korban. Ibnu Umar RA turut berpandangan sedemikian.
Mengingati dan menyebut nama Allah di sisi binatang ternak tidak hanya dikhususkan ketika menyembelihnya, sepertimana firman Allah Taala,
لَنْ يَّنَالَ اللّٰهَ لُحُوْمُهَا وَلَا دِمَاۤؤُهَا وَلٰكِنْ يَّنَالُهُ التَّقْوٰى مِنْكُمْۗ كَذٰلِكَ سَخَّرَهَا لَكُمْ لِتُكَبِّرُوا اللّٰهَ عَلٰى مَا هَدٰىكُمْ ۗ وَبَشِّرِ الْمُحْسِنِيْنَ
Maksudnya :
”Demikianlah Dia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah atas nikmat petunjukNya kepada kamu.”
{QS : Surah Al-Hajj Ayat 37}
Dapatkan Ebook Korban secara Percuma di sini!
#4 Memperbanyakkan Amalan Soleh
Di samping itu, umat Islam digalakkan untuk menggandakan amalan soleh pada 10 hari awal Zulhijjah.
Ini kerana, ia adalah sesuatu yang afdhal atau paling utama dibandingkan dengan hari-hari lainnya.
Disebabkan itu, para salafussoleh dahulu sangat bersemangat serta bersungguh-sungguh memperbanyakkan amal ketaatan dalam tempoh tersebut.
Ini antara amalan yang anda boleh lakukan :
- Berzikir
- Bertakbir, bertahlil dan juga bertahmid
Ini berdasarkan hadis daripada Abdullah bin Umar RA, Nabi SAW bersabda:
Mafhumnya:
“Tiada hari-hari yang lebih agung di sisi Allah dan yang lebih disukai di sisiNya untuk dilakukan amalan soleh berbanding hari-hari ini, iaitu 10 hari awal dalam bulan Zulhijjah, oleh itu perbanyakkanlah di dalamnya Tahmid, Tahlil dan Takbir.”
(HR Ahmad: 7/224. Sanadnya dinilai Sahih oleh Ahmad Syakir)
- Menzahirkan laungan takbir bersama tasbih, tahmid dan tahlil di merata tempat. Semua ini merupakan tunas yang disemai di dalam syurga.
Ia juga merupakan perkataan yang paling disukai oleh Allah SWT dan Nabi SAW.
Seorang Tabi’ie, Maimun bin Mihran RH berkata:
Maksudnya:
“Aku menemui ramai (dari kalangan sahabat). Sesungguhnya mereka benar-benar bertakbir pada 10 hari awal Zulhijjah , sehingga daku mengumpamakan (laungan takbir mereka) dengan ombak kerana banyaknya.” Beliau juga berkata: “(Adapun sekarang) sesungguhnya orang ramai telah mengurangkan laungan takbir tersebut.”
(Fath al-Bari oleh Ibn Rajab 6/113)
Baca Juga : Cara Belajar Mengaji Dengan Mudah Dan Betul
#5 Membaca Al-Quran dan Berpuasa
Akhir sekali, memperbanyakkan membaca Al-Quran juga antara amalan yang sangat dituntut kepada kita sebagai umat Islam dalam konteks pelaburan akhirat yang teramat berharga.
Dengan membacanya, kita juga digalakkan untuk berusaha tadabbur (memerhati) serta tafahhum (memahami) ayat dan isi kandungan yang tersirat dan tersurat di dalamnya.
Sesungguhnya, Allah SWT memberi ganjaran yang amat besar kepada sesiapa sahaja yang membaca kalamNya walaupun satu huruf.
Baca Juga : 10 Nasihat Al-Quran Sebagai Pedoman
Tambahan, ajar diri juga untuk memperbanyakkan ibadah puasa sepanjang 10 hari terawal bulan Zulhijjah.
Nabi SAW bersabda :
مًن صَامَ يَومًا فِي سَبِيل اللّه بَعَّدَ اللّه وَجْهَهُ عَن النَّارسَبْعِينَ خَرِيفًا
Mafhumnya:
“Sesiapa yang berpuasa sehari kerana Allah, Allah akan jauhkan mukanya dari neraka sejauh 70 tahun perjalanan.”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Disunatkan juga untuk berpuasa Hari Arafah pada 9 Zulhijjah. Ia menghapuskan kesalahan dan dosa selama dua tahun.
Nabi SAW bersabda:
صيام يوم عرفة أحتسب على هللا أن يكفر السنة اليت قبلو والسنة اليت بعده
Maksudnya:
“Puasa hari Arafah, aku mengharapkan Allah menghapuskan dosa setahun sebelum dan setahun selepasnya.”
(Hadis Riwayat Muslim 1162)
Memetik daripada kata-kata Sa’ied bin Jubair RH:
Maksudnya:
“Bangunkan ahli keluarga kamu, agar mereka bersahur untuk berpuasa hari Arafah.”
(Siyar A’lam al-Nubala 4/327)
Baca Juga : 3 Tips Bangun Sahur Paling Mudah Tahun 2022
Anda perlukan khidmat Konsultasi ?
Jom bersama AZDAN supaya kami dapat bantu selesaikan sebarang masalah anda ! Jangan bimbang sepanjang KONSULTASI , ustaz ustazah akan bersama anda untuk mantapkan lagi bacaan Al-Quran.
Untuk makluman ! KONSULTASI ini bernilai RM50 , tapi untuk anda kami nak bagi secara PERCUMA je .
Ye PERCUMA sahaja. Berbaloikan ? Tunggu apa lagi jom ambil peluang ni !
Jom dapatkan Konsultasi bersama Azdan dengan Tekan link dibawah Sekarang