“Ishh.. Kenapa ya? Hari ni macam ada je benda yang tak kena..”
Haa.. Mesti anda semua pernah ada perasaan yang macam tu kan ?
Perasaan “Macam Ada Benda Tak Kena” . Pernah kan?
Perasaan yang ada masa membuatkan kita tidak selesa dan serba tak kena dalam semua perkara dan buat kita “Bad Mood” Sepanjang hari.
Nak buat kerja pun rasa tak seronok sehingga buat orang sekeliling terkesan dengan rasa “Macam ada benda yang tak kena” kita tu. Kita jadi terlebih sensitif dan respon setiap perkara dengan respon yang negatif.
Itu semua sebenarnya adalah tanda-tanda hati tak tenang tau !
Tapi, apakah punca terjadinya hati tak tenang ni sebenarnya?
Jom ketahui punca hati tak tenang yang kami kongsikan di bawah ni !
#1 Sukar Minta Maaf dan Beri Maaf
Sudah menjadi fitrah bahawa setiap manusia itu tidak pernah terlepas daripada melakukan kesalahan sama ada sengaja mahupun tidak sengaja.
Mesti anda pernah ada perasaan marah terhadap seseorang yang buat salah dengan anda. Tapi, mungkin juga anda sendiri pernah buat orang lain pula rasa marah dengan perbuatan anda.
Betul tak?
Perasaan marah dan tidak puas hati itu kalau dipendam lama-lama akan menjadi dendam. Dendam ini lah yang membuatkan kita menjadi seorang yang sukar untuk minta maaf dan sukar juga untuk memaafkan orang lain.
Pada akhirnya nanti sikap dendam dan ego untuk meminta maaf dan memaafkan kesalahan orang lain itu akan menjadi salah satu punca hati tak tenang.
Macam mana pula sifat dendam dan ego boleh menyebabkan hati tak tenang ?
Dendam dan ego adalah dua sifat mazmumah yang boleh menyakiti hati dan perasaan orang lain dan menjadikan seseorang itu mengalami hati tak tenang.
#2 Makan Minum Daripada Sumber Yang Haram
Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah:
يَـٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ كُلُوا۟ مِمَّا فِى ٱلْأَرْضِ حَلَـٰلًۭا طَيِّبًۭا وَلَا تَتَّبِعُوا۟ خُطُوَٰتِ ٱلشَّيْطَـٰنِ ۚ إِنَّهُۥ لَكُمْ
عَدُوٌّۭ مُّبِينٌ
Maksudnya:
“Wahai manusia! Makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Dia benar-benar musuh yang nyata bagi kamu”.
{QS: Surah Al-Baqarah ayat 168}
Berdasarkan ayat Al-Quran di atas jelas menunjukkan bahawa kita sebagai umat Islam diperintahkan untuk sentiasa memastikan makan dan minum kita setiap hari adalah daripada sumber yang halal.
Setiap sesuatu yang diperintahkan dan dilarang oleh Allah SWT itu sudah pasti ada sebab dan akibatnya. Begitu juga dengan perintah Allah SWT supaya makanlah daripada sumber yang halal.
Haa… Mesti ramai diantara kita yang menganggap hal makan dan minum ni sebagai sesuatu hal yang remeh. Betul tak ?
Sebenarnya, sumber makan dan minum sama ada halal atau haram ini sangat penting dalam membentuk kepribadian seseorang kerana ianya menjadi darah daging.
Banyak kesan buruk yang berpunca daripada sumber makan dan minum yang haram ni dan salah satunya adalah hati tak tenang.
Baca juga: Rezeki Haram Ragut Ketenangan
#3 Terlalu Mementingkan Duniawi
Sudah menjadi lumrah setiap manusia inginkan sebuah kehidupan yang bahagia dan berjaya sama ada di dunia mahu pun di akhirat.
Namun, ada juga yang tujuan hidupnya hanya untuk mencari kesenangan di dunia. Kehidupannya siang malam sibuk dengan kerja sahaja, kalau boleh masa tidur pun nak buat kerja. Senang cerita, hidup memang untuk cari duit sahaja.
Memang rasa seronok dan teruja bila dapat duit yang banyak tapi akan sampai satu tahap kita akan rasa hati tak tenang walaupun segala kesenangan dunia telah dimiliki.
Kalau anda pernah terasa seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena atau hati tak tenang je walaupun semuanya berjalan lancar seperti kebiasaan, pasti ada sesuatu yang menjadi punca daripada perasaan hati tak tenang tu.
Itulah yang terjadi apabila terlalu mementingkan kesenangan hidup di dunia yang hanya bersifat sementara ini sehingga lupa bahawa kehidupan akhirat adalah yang kekal abadi.
#4 Banyak Melakukan Maksiat
Anda semua tahu tak bahawa satu kesalahan atau dosa yang kita buat dalam hidup ni akan dititikkan satu titik hitam dalam hati kita.
Kenyataan ni bukan rekaan tau ! Ada hadis sahih yang menyebut tentangnya.
Daripada Abi Hurairah R.A, Rasulullah SAW bersabda:
إِنَّ الْعَبْدَ إِذَا أَخْطَأَ خَطِيئَةً نُكِتَتْ فِي قَلْبِهِ نُكْتَةٌ
Maksudnya:
“Sesungguhnya hamba, apabila melakukan satu kesalahan atau dosa, akan ditulis pada hatinya satu titik hitam”.
{Riwayat al-Nasa’ie (11594)}
Kalau satu dosa yang kita lakukan akan dititikkan satu titik hitam dalam hati, macam mana agaknya hati kita yang selalu sangat berbuat dosa ni ?
Jadi, itulah sebenarnya punca kenapa kadangkala kita tiba-tiba rasa hati tak tenang dan gelisah semacam je. Tak mustahil ianya berlaku disebabkan terlalu banyak titik hitam dalam hati kita akibat daripada dosa-dosa yang kita lakukan sama ada dosa besar mahu pun dosa kecil.
#5 Lupa Untuk Amalkan Zikrullah
Firman Allah SWT:
أَلَا بِذِكْرِ ٱللَّهِ تَطْمَئِنُّ ٱلْقُلُوبُ
Maksudnya:
“Sesungguhnya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram”.
{QS: Surah Ar-Ra’d ayat 28}
Cuba kita sama-sama renungkan dalam kehidupan seharian, adakah kita selalu membasahkan bibir dengan zikrullah atau lebih banyak menyebutkan kata-kata yang tidak berfaedah sahaja ?
Zikrullah merupakan ibadah yang paling mudah untuk dilakukan kerana ianya boleh diamalkan dalam pelbagai keadaan. Ketika duduk, berdiri, berjalan mahu pun berbaring tidak ada masalah untuk membaca zikrullah.
Walaupun begitu, amalan zikrullah ini lah yang sering dilupakan oleh ramai orang sekarang. Ia sebenarnya adalah punca utama hati tak tenang tau !
Amalan yang paling mudah nak dilakukan ni lah yang semakin dilupakan. Lupa untuk zikrullah sama seperti kita lupa kepada Allah SWT. Sedihnyaaa…
Ramai yang lebih memilih untuk mendengar lagu-lagu yang tidak bermanfaat untuk mengatasi hati tak tenang tapi dalam tak sedar kadang-kadang lagu tu lah yang menjadikan hati tak tenang.
#6 Tidak Menjaga Solat
“Solat itu tiang agama”.
Bayangkan, kalau rumah tiada tiang mesti rumah tu tidak kukuh dan mudah runtuh. Betul tak ?
Haa.. macam tu juga lah dengan iman kita, kalau kita selalu meninggalkan solat maka tidak kuat dan rapuh lah iman kita sebagai umat Islam.
Solat itu juga dianggap sebagai penghubung antara hamba dengan penciptaNya. Kalau kita gagal menjaga solat bermakna kita tidak menjaga hubungan kita dengan Allah SWT.
Oleh sebab itulah tidak menjaga solat ini boleh menjadi penyumbang utama kepada masalah hati tak tenang.
Kalau hubungan dengan Allah SWT pun kita tak dapat nak jaga dengan sebaiknya, apatah lagi hubungan kita dengan sesama manusia.
Kita ni bila buat salah dengan kawan sendiri pun dah rasa hati tak tenang, apatah lagi berdosa dengan Allah SWT sebab tak laksanakan perintahNya.
#7 Jarang Membaca Al-Quran
Kenapa Al-Quran digelar sebagai mukjizat yang paling agung bagi umat Islam ?
Ia adalah kerana di dalamnya terkandung banyak petunjuk yang boleh dijadikan sebagai pedoman untuk kehidupan yang lebih sempurna sebagai umat Islam.
Malangnya, zaman sekarang ni memang susah nak jumpa orang yang betul-betul istiqamah dalam membaca Al-Quran. Masing-masing sibuk dengan urusan duniawi sahaja.
Sibuk bekerja dan sebagainya sering dijadikan sebagai alasan untuk tak baca Al-Quran tapi bila dah mula rasa hati tak tenang mesti pelik dan tak tahu apa puncanya kan ?
Firman Allah SWT:
وَنُنَزِّلُ مِنَ ٱلْقُرْءَانِ مَا هُوَ شِفَآءٌۭ وَرَحْمَةٌۭ لِّلْمُؤْمِنِينَ ۙ
Maksudnya:
“Kami turunkan Al-Quran sebagai penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman”.
{QS: Surah Al-Isra’ ayat 82}
Berdasarkan ayat di atas, jelaslah bahawa Al-Quran itu juga adalah penawar bagi segala penyakit terutamanya penyakit hati. Jadi, kalau kita ni jarang sangat nak baca Al-Quran, macam mana nak rawat hati tak tenang tu ?
Anda perlukan khidmat Konsultasi ?
Jom bersama AZDAN supaya kami dapat bantu selesaikan sebarang masalah anda ! Jangan bimbang sepanjang KONSULTASI , ustaz ustazah akan bersama anda untuk mantapkan lagi bacaan Al-Quran.
Untuk makluman ! KONSULTASI ini bernilai RM50 , tapi untuk anda kami nak bagi secara PERCUMA je .
Ye PERCUMA sahaja. Berbaloikan ? Tunggu apa lagi jom ambil peluang ni !
Jom dapatkan Konsultasi bersama Azdan dengan Tekan link dibawah Sekarang