Tadarus Al-Quran memang tidak asing lagi buat kita, lagi-lagi bila dah masuk bulan Ramadan nanti. Memang akan menjadi sebutan ramai orang sebab masing-masing nak hidupkan suasana Ramadan dengan bacaan Al-Quran.

Macam mana pula dengan Ramadan tahun ini? 

“Saya ni nak sangat join Tadarus Al-Quran. Tapi, mengaji masih tak lancar mesti tak boleh join kan?… Hmm sedihnyaaa…”

Haa… Siapa dekat sini yang pernah rasa macam tu? Anda MESTI baca artikel ni sampai habis!

Makna Sebenar Tadarus Al-Quran

Kalimah “Tadarus” berasal daripada perkataan Arab “درس” yang bermaksud belajar, meneliti dan memahami. 

Kemudian, ditambah di hadapan kalimah “درس” dengan huruf “ت” dihadapan dan jadilah ia “تدارس” yang membawa makna saling belajar, saling meneliti dan saling memahami.

Apabila digabungkan ia menjadi “Tadarus Al-Quran” dan maknanya menjadi saling mempelajari, meneliti dan memahami ilmu Al-Quran.

Berdasarkan makna asal perkataan Tadarus Al-Quran itu sendiri telah menunjukkan bahawa aktiviti Tadarus Al-Quran ini bukanlah untuk orang yang dah lancar mengaji sahaja. 

Orang yang belum lancar mengaji pun boleh join, malah dapat tingkatkan lagi kemahiran bacaan apabila berpeluang mendengar bacaan daripada mereka yang dah lancar bacaan Al-Qurannya.


BERDOSA KE MENGAJI AL-QURAN TAPI SALAH BACA?

“Tak berdosa ke kalau kita baca Al-Quran tak lancar dan hukum tajwid pun tunggang langgang?”

Nak tahu tentang Hukum baca Al-Quran dengan bertajwid pula ya? Jom teruskan baca artikel ini!

Hukum Membaca Al-Quran Dengan Bertajwid

Imam al-Jazari  menukilkan dalam matannya yang terkenal:

وَالأَخْذُ بِالتَّجْوِيدِ حَتْمٌ لازِمُ … مَنْ لَمْ يُجَوِّدِ الْقُرَآنَ آثِمُ

Maksudnya: “Dan mengambil (membaca) dengan tajwid adalah wajib, barangsiapa yang tidak memperelokkan al-Quran (bacaannya) maka dia berdosa.”

Berdasarkan pendapat di atas, dapat kita fahami bahawa hukum membaca Al-Quran TANPA Tajwid itu adalah HARAM dan BERDOSA.

TAPI, sebelum hukum membaca Al-Quran tanpa tajwid ni menjadi haram dan berdosa, ada beberapa perkara yang perlu diambil kira terlebih dahulu iaitu tentang sebab membaca Al-Quran tanpa tajwid. Contohnya:-

Haa… Sebab-sebab membaca Al-Quran tanpa tajwid itu perlulah jelas terlebih dahulu sebelum ianya menjadi berdosa atau tidak berdosa.

Seandainya memang ada peluang untuk belajar tentang ilmu tajwid dalam Al-Quran. Tapi, sengaja tak nak mempelajarinya. Maka, hukumnya adalah berdosa.

Tetapi, jika sudah berusaha sebaik mungkin untuk melancarkan bacaan Al-Quran dengan tajwid yang betul, dah belajar sungguh-sungguh tentang ilmu tajwid. Tapi, masih ada tersilap bacaannya, tidak mengapa dan tidak berdosa.

Sebagaimana sebuah hadis Nabi Muhammad SAW:

الْمَاهِرُ بِالْقُرْآنِ مَعَ السَّفَرَةِ الْكِرَامِ الْبَرَرَةِ، وَالَّذِي يَقْرَأُ الْقُرْآنَ وَيَتَتَعْتَعُ فِيهِ، وَهُوَ عَلَيْهِ شَاقٌّ، لَهُ أَجْرَانِ

Maksudnya: “Seorang yang mahir dalam membaca al-Quran bersama al-Safarah al-Kiram al-Bararah dan bagi yang membaca al-Quran namun tersangkut-sangkut dan berasa susah buatnya maka untuknya itu dua ganjaran.”

{Riwayat Muslim (798)}

Hadis di atas menunjukkan bahawa orang yang susah dalam membaca Al-Quran tetapi tetap berusaha membacanya dengan susah payah akan mendapat dua kali pahala ke atasnya kerana kepayahannya dalam membaca Al-Quran.

Kesimpulan

Jadi, kesimpulan tentang tanggapan masyarakat kalau Tak Lancar Mengaji, Tak Boleh Join Tadarus Al-Quran adalah tidak betul.

Daripada segi hukum, tidak menjadi masalah untuk seseorang yang belum lancar mengaji untuk sertai Tadarus Al-Quran. Yang penting orang itu mestilah ada usaha untuk membaca Al-Quran dengan tajwid yang betul.

Anda perlukan khidmat Konsultasi ?
Jom bersama AZDAN supaya kami dapat bantu selesaikan sebarang masalah anda ! Jangan bimbang sepanjang KONSULTASI , ustaz ustazah akan bersama anda untuk mantapkan lagi bacaan Al-Quran.

Untuk makluman ! KONSULTASI ini bernilai RM50 , tapi untuk anda kami nak bagi secara PERCUMA je .
Ye PERCUMA sahaja. Berbaloikan ? Tunggu apa lagi jom ambil peluang ni !
Jom dapatkan Konsultasi bersama Azdan dengan Tekan link dibawah Sekarang 

Saya perlukan konsultasi mengaji dengan Azdan Hari Ini.