Khatam Al-Quran bukanlah perkara mudah, tapi keseronokan dan keindahan yang dirasai sememangnya tak boleh diungkapkan.

Secara umum, anda mesti sedia maklum bahawa kita Al-Quran mengandungi 604 halaman bermula daripada surah Al-Fatihah sehingga surah Al-Nas.

Banyak, kan? Tak mengapa, kami akan kongsikan beberapa langkah mudah untuk anda khatam Al-Quran.

 

7 Langkah Khatam Al-Quran

  1. Tetapkan niat

Dalam apa jua perkara yang anda mahu lakukan, semestinya anda perlu mempunyai niat untuk melakukannya.

Begitu juga dengan khatam Al-Quran. Jika anda sememangnya mahu khatam Al-Quran, tetapkan niat dalam hati yang anda lakukannya kerana Allah SWT.

  1. Tetapkan masa khusus

 

khatam al-quran

Seringkali mereka yang mahu khatam Al-Quran menghadapi masalah tidak mempunyai masa yang cukup untuk membaca Al-Quran.

Jadi, cuba cari masa khusus yang membolehkan anda untuk membaca Al-Quran.

Boleh juga untuk mencuri sedikit masa selepas solat Maghrib atau sebelum solat Isyak untuk membaca beberapa helai muka surat.

 

  1. Manfaatkan penggunaan telefon pintar

 

khatam al-quran

Pada masa kini, aplikasi Al-Quran sudah mudah untuk dimuat turun ke dalam apa-apa peranti pintar, termasuk telefon pintar.

Jika anda tidak mempunyai masa untuk membaca Al-Quran di rumah dan tidak cukup tangan untuk membawanya senaskah Al-Quran ke mana-mana, aplikasi Al-Quran boleh membantu anda.

Jangan lupa untuk meletak penanda sejurus sahaja anda selesai membaca surah-surah Al-Quran melalui aplikasi.

 

  1. Tetapkan ‘goals’ berapa muka surat sehari

Jika anda sudah menetapkan untuk menghabiskan 1 juzuk dalam sehari, tetapkan masa khusus sekurang-kurangnya 40 minit dalam sehari.

 

  1. Cari rakan 

Bila berteman, sesungguhnya siapa pun akan bersemangat untuk melakukannya pada setiap hari.

Jadi, seboleh-bolehnya cari rakan sebaya yang mempunyai niat sama untuk khatam Al-Quran.

 

  1. Baca Al-Quran di tempat yang tenang

Mungkin langkah ini agak remeh, tapi fokus anda lebih tertumpu ke pembacaan Al-Quran apabila membaca dalam suasana yang tenang.

Sambil membaca, anda boleh menghayati setiap bacaan dengan sebaiknya. 

Dari situlah, timbulnya kemanisan dalam membaca Al-Quran.

 

  1. Konsisten

Apa yang penting sekali dalam misi untuk khatam Al-Quran ini adalah untuk tetap konsisten!

Sememangnya, pada awalnya kita akan rasa berkobar-kobar untuk membaca Al-Quran setiap hari. 

Tapi, bila pada pertengahan jalan, mulalah rasa malas dan semakin lama anda meninggalkannya.

 

Manfaat Khatam Al-Quran

Pahala seseorang yang khatam Al-Quran tidak terkira banyaknya.

Bayangkan, jika anda membaca satu ayat Al-Quran, Allah akan memberi ganjaran sebanyak 10 pahala. Bagaimana pula kalau anda khatam Al-Quran?

Selain itu, Allah akan menghadiahkan beberapa perkara kepada mereka yang khatam Al-Quran, seperti:

 

  1. Diberikan syafaat

Seperti yang disebutkan awal tadi, banyak ganjaran pahala yang dihadiahkan jika anda khatam Al-Quran.

Rasulullah SAW bersabda:

“Bacalah Al-Quran. Sebab, ia akan datang memberikan syafaat pada hari kiamat kepada pemilik (pembaca, pengamal)-nya.” 

(HR. Ahmad)

 

  1. Malaikat memohon ampun

Setiap umat Islam yang sentiasa membaca kitab suci ini hingga khatam, maka 60 ribu malaikat akan memohon ampun ke atas segala dosanya.

“Ketika seorang hamba mengkhatamkan Al-Quran, maka di penghujung khatamnya, sebanyak 60 ribu malaikat akan memohonkan ampun untuknya.” 

(HR. Ad-Dailami)

 

  1. Ketenangan hati

Sesiapa yang telah khatam Al-Quran akan selalu diberikan ketenangan dalam situasi apa pun. 

Rasulullah SAW pernah bersabda mengenai perkara ini:

“Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah satu rumah-rumah Allah untuk melantunkan ayat-ayat suci Al-Quran dan mempelajarinya, melainkan akan turun kepada mereka ketenangan, akan dilingkupi pada diri mereka dengan rahmat, akan dilingkari oleh para malaikat, dan Allah pun akan menyebut (memuji) mereka di hadapan makhluk yang ada di dekat-Nya.”

(HR. Muslim)

 

Doa Khatam Al-Quran & Terjemahan

بِسْـــــمِ آللهِ آلرَّحْمٰنِ آلرَّحِيـمِ

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالِمِينَ. حَمْدًا شَاكِرِينَ

. وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِينَ. وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَى

رَسُولِنَا مُحَمَّدٍ وَءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ.

اَللَّهُمَّ رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّآ إِنَّكَ أَنْتَ السَّمِيْعُ

الْعَلِيْمُ. وَتُبْ عَلَيْنا إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيْمُ

وَاهْدِنَا وَوَفِّقْنَا إِلَى الْحَقِّ وَإِلَى صِرَاطٍ

مُسْتَقِيْمِ. بِبَرَكَةِ الْقُرْءآنِ الْعَظِيْمِ. اللَّهُمَّ

ارْحَمْنَا بِالقُرْءَانِ. وَاجْعَلْهُ لَنَا إِمَامًا وَنًورًا

وَهُدًا وَرَحْمَةً. اللَّهُمَّ ذَكِّرْنَا مِنْهُ مَا نَسِينَا.

وَعَلِّمْنَا مِنْهُ مَا جَهِلْنَا. وَارْزُقْنَا تِلَاوَتَهُ ءَانَآءَ

الَّيْلِ وَأَطْرَافَ النَّهَارِ. وَاجْعَلْهُ لَنَا حُجَّةً يَا

رَبَّ الْعَالَمِينَ

اَللَّهُمَّ زَيِّنَّا بِزِيْنَةِ الْقُرْءَانِ. وَأَكْرِمْنَا بِكَرَامَةِ

الْقُرْءَانِ. وَشَرِّفْنَا بِشَرَافَةِ الْقُرْءَانِ. وَأَلْبِسْنَا

بِخِلْعَةِ الْقُرْءَانِ. وَأَدْخِلْنَا الْجَنَّةَ بِشَفَاعَةِ

الْقُرْءَانِ. وَعَافِنَا مِنْ كُلِّ بَلَآءِ الدُّنْيَا وَعَذَابِ

الْأَخِرَةِ بِحُرْمَةِ الْقُرْءَانِ

اَللَّهُمَّ اجْعَلِ الْقُرْءَانَ لَنَا فِى الدُّنْيَا قَرِيْنًا

وَفِي الْقَبْرِ مُؤْنِسًا. وَفِى الْقِيَامَةِ شَفِيْعًا

وَعَلَى الصِّراطِ نُوْرًا. وَإِلَى الْجَنَّةِ رَفِيْقًا

وَمِنَ النَّارِ سِتْرًا وَحِجَابًا. وَإِلَى الْخَيْرتِ

كُلِّهَا دَلِيْلاً وَإِمَامًا. بِفَضْلِكَ وَجُوْدِكَ وَكَرَمِكَ

يَا كَرِيْمُ

اَللَّهُمَّ اهْدِنَا بِهَدَايَةِ الْقُرْءَانِ. وَنَجِّنَا مِنَ

النِّيْرَانِ بِكَرَامَةِ الْقُرْءَانِ. وَارْفَعْ دَرَجَاتِنَا

بِفَضِيلَةِ الْقُرْءَانِ. وَكَفِّرْ عَنَّا سَيِّئَاتِنَا بِتِلَاوَةِ

الْقُرْءَانِ. يَا ذَا الْفَضْلِ وَالْإِحْسَانِ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الأخِرَةِ

حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّار .وَصَلَّى اللهُ عَلَى

سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ.

سُبْحنَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ. وَسَلمٌ

عَلَى الْمُرْسَلِيْنَ. وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالِمِيْنَ

Terjemahan:

“Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam, pujian orang-orang yang bersyukur dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa. Dan selawat dan salam ke atas rasul kita Muhammad dan juga ke atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya. Ya Allah, Tuhan kami terimalah doa kami dan amalan kami, sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Yang Maha Mengetahui. Dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat lagi Mengasihi. Tunjuk dan bimbinglah kami kepada kebenaran dan kepada jalan yang lurus dengan berkat Al-Quran. Ya Allah, kasihanilah kami dengan berkat Al-Quran, dan jadikannya sebagai pimpinan, cahaya, petunjuk dan rahmat untuk kami. Ya Allah, ingatkanlah kami apa yang telah kami lupa dari Al-Quran, dan ajarlah kami apa yang kami tidak tahu tentang isi Al-Quran, dan kurniakanlah kami keupayaan untuk membacanya pada waktu-waktu malam dan siang, dan jadikanlah Al-Quran itu sebagai hujjah untuk kami. Wahai Tuhan pemelihara sekalian alam. Ya Allah, hiaskanlah diri kami dengan keindahan Al-Quran, muliakan kami dengan kemuliaan Al-Quran, dan serikan kami dengan ketinggian martabat Al-Quran, dan pakaikan kami dengan pakaian permata Al-Quran, masukkan kami ke dalam syurga dengan syafaat Al-Quran, selamatkan kami daripada segala bencana dunia dan azab hari akhirat dengan berkat kehormatan Al-Quran. Ya Allah, jadikanlah Al-Quran semasa hidup kami di dunia sebagai rakan dan di dalam kubur sebagai kawan yang mesra, pada hari kiamat sebagai pembantu, sebagai cahaya penyuluh, semasa menuju ke syurga sebagai teman, dan sebagai penghadang dan pendinding dari api neraka, dan jadikanlah Al-Quran untuk kami sebagai panduan dan ikutan kepada segala kebaikan, dengan limpah kurnia, kemurahan dan kemuliaan Mu jua ya Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah. Ya Allah, tunjukilah kami dengan petunjuk Al-Quran, selamatkanlah kami daripada api neraka dengan sebab kemuliaan Al-Quran, tinggikanlah darjat martabat kami dengan sebab kelebihan Al-Quran, dan hapuskanlah dosa kejahatan kami dengan sebab membaca al-Quran, ya Allah, Tuhan Yang Empunya segala macam kelebihan dan ehsan. Wahai Tuhan kami berilah kami kebaikan di dunia dan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab api neraka. Allah mencucuri rahmat dan salam sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian. Maha Suci Tuhanmu, Tuhan yang mempunyai keagungan dan kekuasaan dari apa yang mereka katakan dan selamat sejahtera kepada sekalian Rasul. Dan segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam.”

 

Kesimpulannya, dengan aplikasi Al-Quran yang telah banyak tersedia di Google Play Store dan Apple App Store yang membolehkan ramai orang membacanya di mana-mana sahaja.

Walau sibuk bekerja atau mengalami kekangan masa, tetapkan niat anda dan konsisten sehingga penghujung usaha anda.

Buat anda yang sedang mencari kelas mengaji Al-Quran, Azdan ada untuk anda!

Manfaat yang anda akan dapat jika sertai Azdan:

  • Dapat bimbingan yang betul mengikut topik
  • Platform pembelajaran yang terkini
  • Boleh belajar di mana-mana anda berada selagi ada jaringan internet
  • Kuiz pemantapan kefahaman
  • Semakan bacaan dengan guru
  • Kelas ulangkaji secara live
  • Seminar khas untuk pemantapan asas bacaan Al-Quran

 

Jom dapatkan konsultasi bersama Azdan dengan tekan link di bawah sekarang.