Tajwid asas adalah aspek penting dalam melengkapkan dan memperelokkan bacaan ayat Al-Quran.
Ia merangkumi peraturan dan garis panduan untuk sebutan dan artikulasi yang betul bagi teks Al-Quran, memastikan bahawa ayat-ayat itu dibaca dengan jelas dan khusyuk.
Dalam artikel ini, kita akan meneroka 4 peraturan tajwid asas yang bukan sahaja penting tetapi juga agak mudah untuk diamalkan.
Peraturan ini meletakkan asas untuk bacaan Al-Quran yang indah, dan diharapkan artikel ini membantu mereka yang ingin memperhalus kemahiran membaca al-Quran mereka.
Teruskan membaca!
Tajwid dari sudut bahasa bermaksud memperelokkan atau memperindahkan.
Manakala, dari sudut istilah pula bererti mengeluarkan huruf dari tempatnya dengan memberikan hak sifat-sifat yang dimilikinya.
Apabila dikaitkan dengan pembacaan Al-Quran, tajwid adalah ilmu tentang cara membaca Al-Quran dengan baik dan betul.
Tujuan mempelajari ilmu tajwid asas adalah agar dapat membaca Al-Quran secara betul dan fasih, seperti apa yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW.
Ini juga boleh mengajarkan kita untuk memelihara lisan dari kesalahan-kesalahan ketika membaca kitab Allah SWT.
Untuk pengetahuan anda, hukum mempelajari ilmu tajwid asas adalah fardhu kifayah atau kewajipan kolektif.
Ini bermaksud ia tidaklah diharuskan bagi setiap orang, cukuplah hanya diwakili oleh beberapa orang sahaja dalam suatu kelompok untuk mengamalkannya.
Tapi, jika seorang pun tidak mempelajari ilmu tajwid asas, maka berdosalah kelompok tersebut.
Setiap ayat Al-Quran tidak boleh dibaca sewenang-wenangnya, termasuk bacaan dengung dan tidak dengung.
Di bawah ini kami senaraikan simbol yang menandakan anda perlu membaca dengan dengung:
Simbol tidak dengung:
Apabila berbicara tentang bacaan harakat panjang dan pendek, anda perlu tahu tentang 2 teknik:
Jika menggunakan teknik ini, hanya ada 4 sahaja iaitu 2 harakat; 2,4,6 harakat; 4,5 harakat; dan 6 harakat.
Jika anda menggunakan teknik nama hukum, anda perlu mempelajari 15 nama hukum mad.
Mad asli yang terdiri daripada huruf ringkas di awal surah dan dibaca dengan 2 harakat.
Mad ‘Iwad adalah mad asli yang berlaku ketika mewakafkan bacaan.
‘Iwad bermaksud ganti, iaitu menggantikan satu baris dari tanwin fathatain kepada bacaan mad 2 harakat, kecuali pada kalimah yang diakhiri dengan ta marbutah yang bertanwin
Berhati-hati untuk tidak menambah sebutan hamzah atau ha’ sakinah di hujung mad ‘iwad.
Mad Badal merupakan penggantian huruf hamzah dengan huruh alif, ya atau wau yang disesuaikan dengan harakat huruf sebelumnya.
Mad badal harus dibaca panjang 2 harakat.
Contoh:
Ia adalah pemanjangan bunyi pada huruf ha dhomir (ه : bunyi hii – هِ atau huu – هُ sebagai kata ganti nama orang ketiga tunggal) dengan syarat tidak diikuti huruf hamzah sesudahnya.
Bunyi tersebut akan dipanjangkan ketika diapit oleh huruf-huruf yang hidup dengan panjang 2 harakat.
Contoh ayat mengandungi mad silah qasirah:
Ia adalah pemanjangan bunyi pada huruf ha dhomir apabila mad silah qasirah bertemu dengan huruf hamzah.
Panjang harakatnya adalah 4 hingga 5 harakat.
Mad Lin adalah mad yang terhasil pada akhir bacaan dan panjang harakatnya perlu seiring dengan panjang harakat mad ‘aridh lissukun.
Ingat formula ini: Mad lin + satu huruf (huruf hidup tetapi dimatikan kerana berada di posisi waqaf)
Contoh:
Mad Wajib Muttasil secara harfiahnya bermaksud “mesti bersambung”.
Ini disebabkan mad ini berlaku apabila Mad Tabii bertembung dengan huruf hamzah (ء) di dalam satu kalimah atau perkataan.
Cara membacanya wajib dipanjangkan selama 4 atau 5 harakat ketika bersambung (wasal), 6 harakat ketika berhenti (waqaf).
Contoh:
Mad Jaiz Munfasil secara bahasanya bermaksud “boleh berpisah” keran mad ini berlaku apabila ada mad tabii bertemu dengan hamzah (ء) tetapi hamzah itu berbeza perkataan.
Cara membaca kepanjangannya adalah 4 atau 5 harakat ketika bersambung (wasal), 2 harakat ketika waqaf (berhenti).
Contoh:
Mad ‘Aridh Lissukun adalah mad tabii yang diikuti oleh huruf hidup yang dimatikan kerana pengakhiran bacaan (posisi waqaf).
Secara harfiahnya, ‘Aridh Lissukun bermaksud “saksi/perhatikan pemberhentian”.
Tempoh panjang harakat bagi Mad ‘aridh lissukun adalah 2, 4 atau 6 harakat dengan penekanan keseragaman dalam penggunaan harakat.
Ini bermaksud, apabila kita menggunakan 4 harakat, penggunaan yang sama harus digunakan untuk setiap ayat yang mempunyai mad ini.
Ia adalah mad yang terjadi apabila Mad Tabii diikuti oleh huruf bertasydid, dan kedua-duanya masih berada pada satu perkataan atau kalimah.
Apabila tanda tasydid berada di lain perkataan, hukum mad tidak terpakai.
Panjang harakatnya ialah 6 harakat.
Mad lazim Kalimi Mukhaffaf adalah mad yang terjadi daripada pertemuan antara Mad badal dengan huruf bertanda sukun (mati).
Hukum mad ini hanya terdapat di 2 tempat dalam Al-Quran, iaitu pada surah Yunus ayat ke-51 dan 91.
Panjang harakat adalah 6 harakat.
Mad Lazim Harfi Mutsaqqal adalah mad tabii yang bertemu dengan tasydid/sabdu (kerana terjadinya idgham antara sebutan rangkaian huruf muqotho’ah).
Panjangnya adalah 6 harakat dengan penekanan pada tasydid antara huruf.
Mad Lazim Harfi Mukhaffaf adalah Mad Tabii yang bertemu sukun yang terjadi pada rangkaian huruf-huruf Muqotho’ah.
Panjang harakat adalah 6 harakat. Contohnya adalah seperti berikut:
Mad Tabri’ah terjadi apabila huruf mad pada kalimat ‘la nafiah’ bertembung dengan huruf hijaiyah selain daripada hamzah.
Bacaannya wajib panjang 2 harakat.
Mad Tamkin berlaku apabila terdapat huruf ya berganda iaitu ya sukun (يْ) yang didahului dengan ya yang bertasydid/bersabdu dan kasrah atau baris bawah.
Walau bagaimanapun, syarat bagi mad tamkin ini ialah ia tidak diikuti lagi dengan huruf hidup yang dimatikan (akibat akhir bacaan/ayat).
Ini kerana kes sedemikian akan berubah menjadi Mad ‘Aridh Lissukun.
Panjang harakat adalah 2 harakat.
Contoh:
Makhraj bermaksud tempat keluar sebutan huruf-huruf hijaiyah.
Terdapat 5 pembahagian umum makhraj huruf ini, iaitu:
– Ia bermaksud kerongkong tekak atau halkum.
– Terdapat 3 bahagian khusus yang terdiri daripada 6 huruf Al-Halq:
a) Pangkal kerongkong: (ه ء)
b) Tengah kerongkong ( ح ع)
c) Hujung Kerongkong ( خ غ)
– Al-Lisan bermaksud lidah, di mana ia dikeluarkan di bahagian lidah.
– Makhraj lidah terbahagi kepada 10 bahagian, iaitu:
a) Pangkal lidah, berhampiran dengan kerongkong menyentuh bahagian anak tekak: ( ق)
b) Pangkal lidah menyentuh lelangit belakang: ( ك)
c)Tengah lidah ditekan ke lelangit atas: ( ي ج ش)
d)Tepi atau sisi lidah (kiri atau kanan) dirapatkan pada gigi geraham atas (bahagian dalam): ( ض )
e) Hujung lidah ditekan ke gusi di atas gigi depan (bahagian dalam): ( ل)
f) Hujung lidah ditekan ke lelangit depan, sedikit ke belakang dari makhraj huruf Lam: ( ن )
g) Hujung lidah diangkat ke lelangit atas, serta dilengkungkan sehingga terlihat lidah bahagian belakang: ( ر)
h)Hujung lidah diletakkan ke belakang gigi depan bahagian bawah: ( س ز ص)
i)Hujung lidah ditekan ke pangkal gigi depan bahagian atas: ( د ط ت)
j) Hujung lidah dikeluarkan sedikit dan ditekan di hujung gigi depan bahagian atas: ( ذ ث ظ)
– Ia bermaksud bibir mulut, di mana ia dikeluarkan di bibir mulut.
– 2 bahagian khusus makhraj ini:
a) Bibir Bawah ditekan ke Gigi Kapak bahagian atas: ( ف)
b) Bibir Bawah dan Atas posisi rapat: (ب م و )
– Ia bermaksud mengeluarkan huruf di rongga mulut.
– Terdapat 3 huruf mad keluar dari rongga mulut iaitu: (ي و ا)
– Ia bermaksud huruf yang terkeluar dari rongga hidung.
– Ia khusus untuk ghunnah, dengung yang hanya berlaku pada huruf mim dan nun berbaris mati dan syaddah (sabdu) sahaja.
Untuk aspek tajwid ini, ia berkait dengan waqaf iaitu pemutusan pembacaan suatu kata dari selepas sesaat menarik nafas dan kemudian kembali meneruskan bacaan.
Manakala, ibtida’ pula meneruskan atau memulakan kembali membaca selepas berhenti seketika untuk mengambil nafas (waqaf).
Tanda-tanda waqaf terdiri daripada:
Kesimpulannya, sesiapa yang ingin memperbaiki bacaan Al-Quran mereka mestilah dan perlu menguasai 4 peraturan Tajwid asas.
Pemahaman anda tentang sebutan Al-Quran boleh bertambah baik jika anda mengamalkan prinsip asas ini secara aktif, Insyaallah.
Keindahan tajwid terletak pada kebolehcapaian dan potensi untuk memperkayakan hubungan dengan Yang Maha Esa, sama ada anda seorang beginner atau ingin meningkatkan bacaan anda.
Jika anda ingin mempelajari ilmu tajwid asas lebih dekat dan mudah, cepat-cepat daftarkan diri anda ke kelas mengaji online Azdan.
Dalam kelas ini, anda akan diajar oleh guru berpengalaman dan arif dalam tajwid.
Dapatkan sesi konsultasi secara private bernilai RM100 secara percuma hari ini, hanya di AZDAN.
Mula belajar mengaji sekarang–dapatkan secara Percuma!