Tinggal lebih kurang 2 bulan sahaja lagi kita akan bertemu lagi dengan bulan Ramadhan.

Untuk kaum Hawa, mesti ada yang masih belum habis menggantikan puasa tahun lepas.

Ada juga yang masih belum ganti walau sehari pun, kan?

Ha, ambil peluang ini untuk habiskan puasa ganti anda.

Dalam artikel ini, kami akan berkongsi dengan anda niat puasa ganti dalam arab dan rumi untuk memudahkan anda membacanya.

Niat Puasa Ganti

 نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ قَضَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ لِلَّه تَعَالَى

Nawaitu sawma ghadin an qadha’i fardhi ramadhana lillahi ta’ala

Maksud:Sahaja aku berpuasa esok hari bagi qada (menggantikan) fardu puasa Ramadhan kerana Allah SWT.

Perlakuan menggantikan puasa adalah sama sahaja seperti puasa wajib.

Hukum niat adalah wajib, dengan berniat di malam hari, sebelum terbit fajar keesokan harinya.

Hukum Puasa Ganti

Hukum puasa ganti atas puasa di bulan Ramadhan yang ditinggalkan adalah wajib.

Ini berdasarkan firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah ayat 183-184.

puasa ganti

Bermaksud:  (Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu maka sesiapa diantara kamu yang sakit atau dalam musafir (bolehlah ia berbuka) kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain ;dan wajib ke atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tuanya dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin (secupak bagi tiap-tiap satu hari yang tidak dikerjakan puasa) maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu maka itu adalah suatu kebaikan baginya dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah) kalau kamu mengetahui.

Hukum Menggabungkan Puasa Ganti dengan Puasa Sunat

Berdasarkan perkongsian daripada Mufti Wilayah Persekutuan, adalah diharuskan untuk menggabungkan beberapa niat dalam satu puasa sunat.

Seperti contoh, jika ia dijalankan bersamaan dengan hari-hari yang digalakkan untuk berpuasa seperti puasa enam syawal, hari-hari putih, isnin dan khamis.

Apabila bercakap tentang puasa sunat, sesetengah ulama mengatakan bahawa niat mesti digabungkan.

Ada juga yang berpendapat bahawa meniatkannya sebagai puasa sunat secara amnya cukup untuk mendapat pahala berganda.

Waktu Ganti Puasa Ramadhan

Kecuali pada hari yang dilarang berpuasa, seperti Hari Raya Pertama Aidilfitri dan Aidiladha, anda boleh menggantikan puasa pada bila-bila masa selepas bulan Ramadan hingga ke bulan Ramadan seterusnya.

Namun begitu, kerana ia merupakan salah satu ibadah yang wajib dilakukan, umat Islam digalakkan untuk menyegerakannya.

Untuk lebih mudah, anda boleh ganti enam hari dalam bulan Syawal.

Anda boleh lakukan secara berselang-seli, berturut-turut atau mana-mana hari dalam bulan Syawal selain hari yang dilarang.

Tetapi, cara yang paling afdhal dan digalakkan adalah berturut-turut bermula 2 Syawal.

Niat Puasa Ganti 6 Syawal

Niat puasa ganti 6 Syawal adalah seperti berikut:

نَوَيتُ صَوْمَ غَدٍ عَن سِنَّةٍ مِنْ شَوَّالٍ سُنَّةً لِلَّهِ تعَالى

Nawaitu souma ghodin ‘an sittatin min syawwalin sunnatan lillahi ta’ala

Maksudnya: Sahaja aku berniat puasa esok hari enam hari Syawal kerana Allah Ta’ala

Kelebihan Puasa Enam Syawal

Selain meraikan Hari Raya Aidilfitri, eloklah sekiranya anda menyegerakan puasa ganti dengan puasa 6 Syawal.

Ini kerana ganjaran puasa ganti enam di bulan Syawal amatlah besar.

Menurut hadis, yang bermaksud:

“Sesiapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian diikuti dengan 6 hari puasa di bulan Syawal pula, samalah seperti dia berpuasa sepanjang tahun”.

(Riwayat Muslim Ahmad Abu Daud Al-Tirmidzi Ibnu Majah)

Penutup

Sebagaimana wajibnya untuk anda, seorang dewasa dan sudah akil baligh, untuk berpuasa pada bulan Ramadhan – melakukan puasa ganti juga wajib.

Hukum ini digunapakai kepada individu yang sihat badannya dan cergas akalnya.

Semoga artikel ringkas ini bermanfaat kepada anda untuk menghabiskan puasa ganti anda sebelum menjelangnya bulan Ramadhan.

Semoga lafaz niat puasa ganti anda dapat dilakukan dengan sempurna seterusnya ibadah ini diterima Allah SWT. Insyaallah.

Daftar Diri Di Kelas Mengaji Online Azdan Sempena Ramadhan!

kelas mengaji online

Ramadhan akan muncul tidak lama lagi, bacaan tajwid dan dengung semasa membaca Al-Quran ada kalanya tersilap tanpa sedar.

Oleh itu, jom daftar dengan Azdan. Kelas mengaji ini dilakukan 100 peratus secara online dan diajar oleh guru mengaji berpengalaman tau!

Setiap bacaan dan kesilapan semasa membaca dipantau sehingga anda lancar.

Untuk anda yang baru mula untuk menghadiri kelas mengaji online, anda boleh nikmati sesi konsultasi secara peribadi bernilai RM 100 secara PERCUMA – hanya di AZDAN.