Sedar tak sedar, Ramadan akan melabuhkan tirai dan Syawal akan menjelma beberapa hari sahaja lagi. Pastinya sudah terbayang dalam fikiran kita tentang kemeriahan menyambut Hari Raya Aidilfitri. 

Terdapat 7 amalan yang boleh kita amalkan di pagi Raya Aidilfitri :

1. Bangun Awal

Bangun awal pada pagi Hari Raya adalah satu amalan baik yang sangat digalakkan. Dengan bangun awal, kita berpeluang untuk merasai ketenangan pagi raya yang indah dengan merenung dan mensyukuri nikmat yang telah Allah kurniakan kepada kita.

2. Mandi Sunat Hari Raya

Sebelum memulakan aktiviti pada pagi Hari Raya, kita disarankan untuk mandi sunat. Mandi sunat ini melambangkan kesucian fizikal dan spiritual kita. Berdasarkan hadis riwayat Al-Baihaqi, 

Maksudnya: Ali bin Abi Thalib RA pernah ditanya mengenai mandi. ‘Adakah diharuskan mandi setiap hari?’ Beliau menjawab: ‘Tidak harus melakukannya. Namun, mandi yang diharuskan ialah mandi pada hari Jumaat, hari Arafah, hari Aidiladha dan Aidilfitri.’ (Hadis Riwayat al-Baihaqi).

3. Pakai Pakaian Baru

Memakai pakaian baru pada Hari Raya bukan sahaja memberi kita rasa segar dan cantik, tetapi ia juga adalah satu tanda kegembiraan dan kejayaan. 

Imam Syafie berkata “Aku lebih menyukai seseorang memakai pakaian terbaik yang dimilikinya pada hari-hari raya iaitu hari jumaat, dua hari raya (Aidilfitri dan Aidiladha) dan tempat yang diadakan majlis. Dia hendaklah memakai pakaian yang bersih dan memakai wangi-wangian.”

Daripada Ibnu Umar RA berkata, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda:

إن الله يحب أن يُرَى أثرُ نعمته على عبده

“Sesungguhnya Allah menyukai untuk melihat kesan nikmat-Nya ada pada hamba-Nya.” – (Hadis Riwayat al-Hakim dan al-Tirmizi).

4. Solat Sunat Aidilfitri

Setelah menunaikan solat Subuh, disunatkan untuk kita menunaikan solat sunat Aidilfitri. Ia adalah salah satu cara untuk kita bersyukur kepada Allah atas segala nikmat yang telah diberikan kepada kita. 

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Talhah bin ‘Ubaidillah R.A beliau berkata : ‘’Seorang lelaki telah datang bertemu dengan Rasulullah S.A.W dan bertanyakan tentang Islam. Kemudian Rasulullah SAW menjawab :

خَمْسُ صَلَوَاتٍ فِي الْيَوْمِ وَاللَّيْلَةِ

Maksudnya: (Kamu perlu) melaksanakan solat lima waktu sehari semalam.

Kemudian lelaki itu bertanya: ‘’Adakah menjadi kewajipan ke atasku solat selainnya ?’’. Maka Nabi SAW menjawab :

لا، إِلاَّ أَنْ تَطَوَّعَ

Maksudnya: Tidak, kecuali kamu ingin mengerjakan solat sunat.” – (Hadis Riwayat Al-Bukhari, No. 46 dan Muslim, No. 11)

Justeru, berdasarkan riwayat di atas jelas menunjukkan bahawa selain dari solat fardhu lima waktu, solat-solat yang lain itu adalah termasuk dalam bahagian solat sunat dan antaranya juga adalah solat hari raya.

5. Menziarahi Kubur

Di pagi Hari Raya, adalah baik untuk kita mengunjungi pusara keluarga bagi mengingatkan kita kepada kehidupan akhirat dan mengenangkan orang-orang yang telah meninggal dunia. 

Asal ziarah kubur adalah dituntut dalam Islam. Ia adalah sunat mengikut pendapat yang sahih. Ini berdasarkan kepada nas yang banyak walaupun pada awalnya Rasulullah saw melarang daripada menziarahi kubur tetapi diizinkannya bahkan menyuruhnya. Ini berdasarkan hadith

كُنْتُ نَهَيْتُكُمْ عَن زِيَارَةِ القُبُور فَزُورُهَا

Maksudnya: “Adalah aku dahulu telah melarang kamu menziarahi kubur, maka ziarahlah.”

6. Bermaaf-maafan

Hari Raya adalah masa yang sesuai untuk kita bermaaf-maafan sesama manusia. Sikap ini membawa kita kearah keharmonian dan kebahagiaan dalam sesebuah hubungan. 

Allah swt berfirman dalam Al-Quran, 

وَلَا تَقُولُوا۟ لِمَنْ أَلْقَىٰٓ إِلَيْكُمُ ٱلسَّلَـٰمَ لَسْتَ مُؤْمِنًۭا (Surah An-Nisa, Ayat 94)

“dan janganlah kamu (terburu-buru) mengatakan kepada orang yang menunjukkan kepada kamu sikap damai (dengan memberi salam atau mengucap dua Kalimah Syahadat): “Engkau bukan orang yang beriman.”

7. Sedekah

Memberi sedekah pada pagi Hari Raya adalah antara amalan yang mulia. Ia mengajar kita untuk menghargai nikmat yang kita miliki dan berkongsi kegembiraan dengan orang lain. 

Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sedekah itu dapat memadamkan kemurkaan Allah dan mendatangkan keberkatan dalam rezeki.” (Hadis Riwayat Tirmidzi).

Dengan melakukan amalan ini, kita tidak sahaja mencerminkan kepribadian dan akhlak  yang baik, tetapi juga mengukuhkan hubungan dengan Allah dan sesama manusia. Semoga setiap langkah kecil yang diambil membawa keberkatan dan kegembiraan kepada hidup kita dan orang sekeliling. 

Selamat Hari Raya Aidilfitri! Taqabbalallahu minna wa minkum.

Jangan lupa untuk perbaiki tahap bacaan Al-Quran anda sekarang sebelum lidah menjadi kelu dan sukar diperbetulkan.

Dapatkan pembelajaran daripada ustaz dan ustazah yang bertauliah dengan mendaftar kelas mengaji Azdan sekarang !

Jom sertai Azdan hari ini !

KLIK DI SINI

Promosi Selamat Datang!

PERCUMA

Kelas Percubaan!

Mula belajar mengaji sekarang–dapatkan secara Percuma!

Tebus tiket percuma kelas percubaan sekarang!

Kalau bukan sekarang, bila lagi nak belajar mengaji.