Kebolehan membaca Al-Quran dengan lancar adalah anugerah terbesar daripada Allah. Bagi mereka yang belum lancar membaca Al-Quran, tidak perlu merasa malu kerana masih ada peluang untuk mempelajarinya. 

Sabda Rasulullah SAW:
“Seorang yang lancar membaca Al-Quran akan bersama para malaikat yang mulia dan sentiasa selalu taat kepada Allah. Adapun, yang membaca Al-Quran dan tersekat-sekat di dalamnya dan sulit atasnya bacaan tersebut, maka, baginya dua pahala.” (Riwayat Muslim)

Buat yang baru bak belajar Al-Quran!  Ini 5  Cara Mudah yang boleh anda cuba.

1. Niat kerana Allah
Membaca Al-Quran dengan niat ikhlas untuk mendekati Allah adalah satu amalan mulia. 

Daripada Abdullah bin Mas’ud RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

مَن قَرَأَ حَرْفًا مِنْ كِتَابِ اللَّهِ فَلَهُ بِهِ حَسَنَةٌ ، وَالْحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا ، لَا أَقُوْلُ آلم حَرْفٌ ، وَلَكِنْ أَلِفٌ حَرْفٌ وَلَامٌ حَرْفٌ وَمِيْمٌ حَرْفٌ

Maksudnya: “Barangsiapa yang membaca satu huruf di dalam Al-Quran maka baginya satu kebaikan dan setiap kebaikan itu digandakan menjadi sepuluh kebaikan yang semisal dengannya. Aku tidak mengatakan “الم” satu huruf akan tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf”. [Riwayat al-Tirmizi]

2. Kenali Huruf dan Tajwid Asas

Adalah penting untuk kita memahami huruf-huruf Arab serta prinsip-prinsip tajwid asas. Kita perlu kenal pasti setiap huruf hijaiyah satu per satu. Misalnya, huruf “Alif”, “Ba”, “Ta”, dan seterusnya. Amat penting juga untuk kita mempelajari cara sebutan dan tulisan setiap huruf dengan teliti.

Manakala, tajwid merujuk kepada kaedah-kaedah dalam membaca Al-Quran dengan betul. Ini termasuk hukum-hukum mengenai panjang dan pendeknya bunyi huruf, hukum-hukum berkaitan dengan nun mati dan tanwin, serta teknik-teknik seperti waqaf dan ibtida’.

3. Mulakan dengan surah pendek

Kadang kala semangat untuk mula membaca Al-Quran yang sangat tinggi membuatkan kita ingin membaca surah-surah yang panjang, terutamanya surah Al-Baqarah kerana ingin bermula mengikut susunan surah dalam Al-Quran.

Salah ke?

Sudah tentu tidak. Cuma jika kita baru mula belajar mengaji, disarankan untuk perbaiki terlebih dahulu bacaan Al-Fatihah, seterusnya belajar surah pendek dari juzuk 30 terlebih dahulu.

Apabila sudah mahir dan bacaan sudah agak lancar, boleh teruskan dengan surah-surah yang panjang.

4. Bertanya Bila Tak Faham

Kalau tidak faham, jangan malu untuk bertanya kepada guru. Jangan biarkan soalan kita tergantung tanpa jawapan.

Sifat malu termasuk di dalam sifat-sifat yang terpuji dan ia merupakan lambang kesempurnaan seseorang itu. Akan tetapi, di dalam konteks pelajaran atau bertanya berkaitan sesuatu perkara yang melibatkan urusan agama, maka sifat malu itu perlu diketepikan.

Tokoh Tabi’in yang terkenal iaitu Imam Mujahid telah berkata : 

لَا يَنَالُ الْعِلْمَ حَيِيٌّ وَلَا مُسْتَكْبِرٌ

Maksudnya: “Ilmu tidak akan diperolehi bagi orang malu dan juga orang yang sombong”

5. Jangan putus asa

Ini antara perkara penting untuk kita yang mungkin bacaan masih bertatih atau tersekat-sekat. Kita perlu kuatkan semangat untuk perbaiki bacaan kita.

Sabda Baginda SAW:

“Seorang yang lancar membaca Al-Quran akan bersama para malaikat yang mulia dan sentiasa selalu taat kepada ALLAH, adapun, yang membaca Al-Quran dan tersekat-sekat di dalamnya dan sulit atasnya bacaan tersebut, maka, baginya dua pahala.” (Riwayat Muslim)

Semoga cara ini, dapat membantu anda yang baru mula mengenali Al-Quran untuk mempelajarinya. Yakinlah dengan Al-Quran hidup akan jadi lebih tenang dan bahagia di dunia & akhirat.

Nak belajar mengaji Al-Quran bermula dari kosong?

Jom dapatkan sesi Konsultasi bersama guru Azdan secara PERCUMA!

Ustaz ustazah akan bimbing anda satu per satu untuk mula membaca Al-Quran.

Tekan LINK ini untuk dapatkan info segera.

KLIK DI SINI

Promosi Selamat Datang!

PERCUMA

Kelas Percubaan!

Mula belajar mengaji sekarang–dapatkan secara Percuma!

Tebus tiket percuma kelas percubaan sekarang!

Kalau bukan sekarang, bila lagi nak belajar mengaji.