Al-Syahid Hasan al-Banna, seorang tokoh Islam yang terkenal, pernah berkata,
“Al-Quran adalah sumber segala kebaikan dan ilmu yang disuntikkan ke dalam hati yang beriman.”
Ungkapan ini menekankan kepentingan Al-Quran dalam kehidupan umat Islam sebagai panduan dan sumber ilmu.
Bagi sesetengah individu, langkah pertama untuk memulakan pengajian atau pembacaan Al-Quran mungkin suatu cabaran yang besar. Janganlah risau! Ini 5 Tips Mudah untuk anda amalkan.
1. Niat Yang Ikhlas
Langkah pertama yang sangat penting adalah menetapkan niat yang ikhlas. Ini bermaksud seseorang itu sepatutnya berniat untuk membaca Al-Quran semata-mata kerana ingin mendekatkan diri kepada Allah dan meningkatkan keimanan. Niat yang tulus ikhlas adalah asas kepada setiap amalan keagamaan.
Dari Abu Hurairah RA ,dia berkata,
‘’Rasulullah SAW bersabda,
“Siapa yang mempelajari suatu ilmu yang seharusnya dia mengharapkan reda Allah, dia tidak mempelajarinya melainkan kerana untuk mendapatkan harta didunia, maka dia tidak akan mencium bau syurga pada hari kiamat. ‘’
(Riwayat Abu Daud dan At-Tirmidzi).
2. Kenal Huruf dan Bunyinya
Langkah seterusnya adalah mengenal pasti huruf-huruf Al-Quran. Untuk seseorang yang sudah biasa dengan abjad Latin, langkah ini mungkin memerlukan sedikit usaha.
Namun, langkah ini penting bagi memahami bacaan Al-Quran dengan betul. Seseorang perlu belajar mengenali dan menghafal huruf-huruf Arab serta cara penyebutan bunyinya.
3. Fahami Tajwid Secara Ringkas
Walaupun pengetahuan tentang ilmu Tajwid mungkin tidak lengkap pada peringkat awal, namun memahami aspek asas seperti cara menyebut huruf-huruf dan bacaan yang betul adalah penting. Memahami konsep asas Tajwid akan membantu seseorang membaca Al-Quran dengan lebih tepat dan jelas.
4. Rajinlah Berlatih Membaca Setiap Hari
Konsistensi dalam amalan adalah penting. Seseorang perlu meluangkan sedikit masa setiap hari untuk membaca Al-Quran. Ia tidak perlu banyak, tetapi yang penting adalah konsisten. Latihan yang dilakukan secara berkala akan membantu meningkatkan kefasihan dan ketelitian seseorang dalam membaca Al-Quran.
Dalam satu hadis telah disebutkan,
“Orang yang membaca Al-Quran, sedangkan ia masih merangkak-rangkak lagi berat dalam membacanya, maka ia akan mendapatkan dua pahala.”
(H.R. Bukhari dan Muslim)
5. Dapatkan Bimbingan Guru yang Berpengalaman
Bagi sesetengah individu, memulakan pembelajaran sendiri mungkin menimbulkan kesukaran atau kekeliruan. Oleh itu, tidak ada salahnya untuk mencari bimbingan daripada guru Al-Quran yang berpengalaman. Guru boleh memberikan tunjuk ajar serta bimbingan yang diperlukan untuk memahami dan mengalunkan bacaan Al-Quran dengan betul.
Al-Quran perlu dipelajari dengan cara berguru ataupun bertalaqqi. Ini berdasarkan peristiwa di mana Nabi SAW diajar oleh Jibril AS secara bertalaqqi. Daripada Fatimah RA berkata, bahawa Nabi SAW telah berbisik kepadaku:
أَنَّ جِبْرِيلَ كَانَ يُعَارِضُنِي بِالقُرْآنِ كُلَّ سَنَةٍ، وَإِنَّهُ عَارَضَنِي العَامَ مَرَّتَيْنِ، وَلاَ أُرَاهُ إِلَّا حَضَرَ أَجَلِي
Maksudnya: “Jibril membacakan Al-Quran kepadaku setiap tahun sekali dan sesungguhnya Jibril membacakan Al-Quran kepadaku pada tahun ini sebanyak dua kali. Aku tidak melihatnya melainkan isyarat bahawa ajalku telah datang”. [Riwayat Al-Bukhari]
Dengan tips ini , penulis berharap dapat membantu anda yang baru mula mengenali Al-Quran untuk mempelajarinya. Yakinlah dengan Al-Quran hidup akan jadi lebih tenang dan bahagia di dunia & akhirat.
Nak belajar mengaji Al-Quran bermula dari kosong?
Jom dapatkan sesi Konsultasi bersama guru Azdan secara PERCUMA!
Ustaz ustazah akan bimbing anda satu per satu untuk mula membaca Al-Quran.
Tekan LINK ini untuk dapatkan info segera
Mula belajar mengaji sekarang–dapatkan secara Percuma!