Memahami tajwid Al-Quran adalah kunci utama dalam membaca Al-Quran dengan baik. Salah satu aspek yang penting dalam tajwid ialah makhraj, iaitu tempat keluarnya huruf-huruf Arab. Ramai antara kita yang menghadapi masalah dari segi makhraj terutamanya pembaca Al-Quran di kalangan masyarakat Malaysia yang berumur 30 tahun ke atas yang mula berjinak dalam ilmu tajwid.

Makhraj sering menjadi cabaran kepada pembaca Al-Quran, terutamanya bagi mereka yang kurang berpengalaman. Antara masalah utama ialah kesukaran dalam mencari tempat keluarnya huruf-huruf Arab. Sebagai contoh, huruf “ب” (ba) makhrajnya pada bibir, manakala huruf “ج” (jim) makhrajnya di bahagian lidah tengah. Kesalahan dalam makhraj boleh mengubah makna perkataan dan yang pastinya akan memberi kesan kepada maksud ayat Al-Quran.

3 Cara Mudah untuk Menguasai Ilmu Makhraj

  • Ilustrasi dan Demonstrasi 

Lukisan atau gambar rajah yang menunjukkan tempat keluarnya huruf di dalam mulut dan kerongkong dapat membantu dalam memahami makhraj dengan lebih baik.

  • Latihan Bersama

Lakukan latihan sebutan bersama-sama sambil menunjukkan tempat-tempat keluarnya huruf Arab. Ini dapat membantu kita lebih memahami dan merasai perbezaan makhraj.

  • Tilawah Ayat Al-Quran

Membaca ayat-ayat Al-Quran sambil memberi perhatian kepada makhraj dalam huruf adalah cara yang berkesan untuk meningkatkan kefahaman.

Ini Langkah Bonus untuk lebih lancar mengaji AL-Quran mengikut Makhraj : 

  • Konsisten dalam Latihan Menyebut Huruf

Konsisten dalam memperbaiki sebutan huruf Arab adalah sangat penting. Latihan yang berterusan akan membantu meningkatkan kemahiran makhraj kita.

  • Semak bersama Guru berpengalaman secara konsisten

Mendapat pandangan daripada guru atau rakan pembaca Al-Quran adalah penting untuk memperbaiki sebutan. Maklum balas yang diberikan secara membina akan membantu kita meningkatkan kecekapan dengan lebih baik.

Jom kita teliti contoh ayat Al-Quran yang menunjukkan pentingnya memahami makhraj.

Surah Al-Fatihah (Surah pertama dalam Al-Quran):

“ٱلْحَمْدُ لِلَّـهِ رَبِّ ٱلْعَـٰلَمِينَۖ” (Surah Al-Fatihah: Ayat 1)

Dalam ayat ini, kita perlu memahami dengan jelas tempat keluarnya huruf  “ح” (ha). Kebanyakan orang melakukan kesilapan menukarkan kepada huruf “” (ha simpul)

ٱلْحَمْدُ pada asalnya membawa maksud “Segala puji..” telah bertukar kepada makna yang berbeza dan boleh jadi membawa maksud yang berlawanan iaitu “Segala yang binasa..” jika dibaca salah : الهمد 

Dengan ini jelas, Makhraj adalah aspek penting dalam bacaan Al-Quran yang memerlukan pemahaman dan amalan yang teliti.  Dengan memahami dengan betul di mana huruf Arab Muncul dan melalui latihan yang konsisten, kita dapat meningkatkan sebutan dan membaca Al-Quran dengan lebih baik.

Buat anda yang ingin memperbaiki bacaan Al-Quran dari segi makhraj, Azdan sedia membantu anda !

Manfaat yang anda akan dapat jika sertai Azdan:

  • Dapat bimbingan yang betul mengikut topik
  • Platform pembelajaran yang terkini
  • Boleh belajar di mana-mana anda berada selagi ada jaringan internet
  • Kuiz pemantapan kefahaman
  • Semakan bacaan dengan guru
  • Kelas ulangkaji secara live
  • Seminar khas untuk pemantapan asas bacaan Al-Quran

Jom dapatkan konsultasi bersama Azdan dengan tekan link di bawah sekarang.

KLIK DI SINI