Tajwid dari sudut bahasa bermaksud memperelokkan atau memperindahkan.
Dari sudut istilah pula, Tajwid bermaksud mengeluarkan huruf dari tempatnya dengan memberikan hak sifat-sifat yang dimilikinya.
Ringkasnya, ilmu tajwid adalah ilmu tentang cara membaca Al-Quran dengan baik dan betul.
Hukum mempelajari Ilmu Tajwid adalah Fardhu Kifayah. Akan tetapi, hukum mengamalkan tajwid ketika membaca Al-Quran adalah Fardhu ‘Ain, atau wajib ke atas setiap lelaki dan perempuan yang mukallaf.
Perkara paling asas dalam membaca Al-Quran ialah mahir dalam menyebut huruf dengan tepat dan mengenali sifat-sifatnya. Kesalahan dalam menyebut makhraj huruf dan sifatnya berkemungkinan akan menjadi satu kesalahan yang besar. Kita perlu tahu dan kenal setiap huruf Hijaiyyah (28 huruf) ada 2 HAK yang WAJIB dilaksanakan iaitu :
Makhraj huruf adalah antara perkara paling asas yang perlu kita tahu dalam membaca Al-Quran. Makhraj huruf bermaksud tempat keluar sebutan huruf-huruf hijaiyyah. Disini terdapat 5 pembahagian umum kesemuanya. Di dalamnya pula terdapat 17 makhraj huruf khusus.
Ia bermaksud kerongkong tekak atau halkum. Terdapat 6 huruf kesemuanya yang keluar dari kerongkong tekak, iaitu (ء ه ح ع غ خ).
6 Huruf Halqi tersebut pula terbahagi kepada 3 bahagian khusus :
Ia bermaksud lidah. Terdapat 18 huruf Lisan atau Lidah, iaitu: (ت د ط ث ذ ظ ص ز س ق ك ي ش ج ض ل ن ر).
Makhraj Lidah ini pula terbahagi kepada 10 bahagian khusus :
Ia bermaksud bibir mulut. Terdapat 4 huruf Syafatain, iaitu: ( ف و م ب).
Makhraj ini ini hanya terbahagi kepada 2 bahagian khusus sahaja :
Ia bermaksud rongga mulut. Bagi makhraj huruf ini, ia merupakan makhraj khusus bagi huruf-huruf Mad yang dikeluarkan melalui Rongga Mulut. Terdapat 3 huruf mad yang keluar dari rongga mulut, iaitu: (ا و ي) .
Ia bermaksud Rongga Hidung. Makhraj Khaisyum hanya khusus untuk ghunnah (dengung) sahaja. Dengung mestilah dikeluarkan melalui rongga hidung. Dengung hanya berlaku pada huruf Mim ( م ) dan Nun ( ن ) yang berbaris mati dan syaddah (sabdu) sahaja.
Kesimpulannya, sesiapa yang ingin memperbaiki bacaan Al-Quran mereka mestilah dan perlu menguasai makhraj huruf terlebih dahulu kerana ia merupakan perkara paling asas dalam membaca Al-Quran dan kesalahan dalam menyebut huruf-huruf dalam Al-Quran akan menyebabkan kerosakan dari segi makna ayat suci tersebut.
Jika anda ingin mempelajari ilmu tajwid asas lebih dekat dan mudah, cepat-cepat daftarkan diri anda ke kelas mengaji online Azdan.
Dalam kelas ini, anda akan diajar oleh guru berpengalaman dan arif dalam tajwid.
Dapatkan sesi konsultasi secara private bernilai RM100 secara percuma hari ini, hanya di AZDAN.