Ibadah Korban ialah ibadah sembelihan haiwan ternakan seperti unta, lembu dan kambing yang akan dilakukan pada hari raya Aidil Adha iaitu bersamaan 10 Zulhijjah (selepas selesai solat hari raya) dan pada hari-hari Tasyrik bersamaan 11, 12 ,13 Zulhijjah.
Allah SWT memerintahkan ibadah korban seperti mana firmanNya dalam surah al-Kauthar ayat 2 :
فصل لربك و انحر
“Maka kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah korban sebagai bersyukur”.
Selain itu, Nabi SAW bersabda dalam sebuah hadis, mafhumnya:
“Aku diperintahkan dengan menyembelih korban itu dan ia adalah sunat ke atas kamu”. (Hadis Riwayat Tirmidzi).
Disini kita akan merungkai 25 Soal Jawab Berkaitan Ibadah Korban :
Jawapan : Korban sunat, iaitu menyembelih binatang ternakan yang tertentu dengan niat taqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah S.W.T. pada Hari Raya Aidil Adha atau Hari Raya Haji.
Korban nazar, apabila seseorang bernazar untuk menyembelih korban, maka wajiblah atasnya menunaikan nazarnya itu.
Jawapan : Korban ialah penyembelihan haiwan tertentu pada tanggal 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah dengan maksud untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. Hukum menyembelih haiwan korban pada Hari Raya Aidil Adha atau Hari Raya Korban ke atas umat Islam yang mampu ialah sunat muakkad dan meninggalkannya adalah makruh. Allah S.W.T berfirman;
“Maka solatlah kamu untuk Tuhanmu dan menyembelihlah”. – Surah al-Kautsar ayat 2. Mengikut tafsiran ulama maksud solat atau sembahyang pada ayat ini ialah solat Aidill Adha dan yang dimaksudkan dengan menyembelih ialah berkorban.
Jawapan : Hukum korban Aidil Adha hukumnya sunat muakkad. Manakala kepada orang Islam, baligh, berakal yang berkemampuan dan menjadi sunat kifayah (jika ada antara kita yang mahu buat dikalangan keluarga maka terjatuh tuntutan sunat kepada ahli keluarga yang lain).
Makruh: Bagi mereka yang mampu tetapi meninggalkan ibadah korban
Imam syafie berkata
لا ارخص في تركها على من قدر عليها
Aku tidak meringankan kepada orang yang mampu lakukan ibadah korban untuk meninggalkannya.
Jawapan : Waktu mula raya Aidil Adha(raya haji) sehingga akhir hari tasyriq (3 hari)
Jawapan : Disyaratkan haiwan sejenis النعم sebagaimana yang disyaratkan zakat
1- Biri-biri, kibas yang sudah ada gigi depan (setahun atau kurang dari setahun namun lebih dari 6 bulan)
2- Kambing (mesti 2 tahun atau lebih)
3- Lembu (2 tahun ke atas)
4- Unta (5 tahun ke atas)
SAH jika dari haiwan tersebut sama ada betina atau jantan (Namun yang afdhal adalah betina, kerana isinya lebih)
Dan jika haiwan itu Khunsa (ada 2 alat kelamin juga tetap sah)
Bersambung..
Nak belajar lebih lagi tentang isu dan kekeliruan dalam ibadah korban? Rujuk artikel sambungan : 25 Soal Jawab Berkaitan Ibadah Korban : Bahagian 2
————————————————
RUJUKAN: https://www.peduliinsan.org/storage/images/book/rZ1eGqdZSWN54vELIEvCE2KYuLYi8gq9Prxxr6FH.pdf (Buku : 40 Pedoman Hukum-Hakam Korban)
https://mufti.pahang.gov.my/wp-content/uploads/2022/07/HUKUM-BERKAITAN-IBADAH-KORBAN_.pdf
RAYA KORBAN DAH DEKAT TAPI TAKUT TAK SEMPAT NAK BUAT TEMPAHAN KORBAN?
Jom jalankan ibadah korban anda bersama Azdan akan datang.
Jangan lepaskan peluang kerana ada hadiah menarik menanti anda.
Tuan Puan Boleh Dapatkan info Korban bersama Azdan dengan tekan link di bawah sekarang.
Mula belajar mengaji sekarang–dapatkan secara Percuma!