Jom kita sambung  rungkai lagi persoalan dan kekeliruan dalam kalangan pembaca, jadi penulis berbesar hati meneruskan lagi sambungan bagi “25 Soal Jawab Berkaitan Ibadah Korban.”

 

  • SOALAN KEENAM : Apakah haiwan yang paling afdhal untuk dikorban ?

Pertama : Unta

Kedua : lembu

Ketiga : kambing

 

  • SOALAN KETUJUH : Apakah jenis korban yang dilarang oleh Islam ?

Jawapan : Korban yang diamalkan oleh seluruh umat Islam pada setiap tahun diniatkan hanya kerana Allah S.W.T, dengan tujuan mendekatkan diri kepada Allah S.W.T di samping mendapat ganjaran lain yang telah Allah S.W.T janjikan. Oleh itu, mana-mana korban atau penyembelihan yang diniatkan kepada selain Allah S.W.T, seperti korban yang dilakukan untuk memuja sesuatu, atau untuk tujuan ilmu hitam, memuja syaitan dan sebagainya, serta tidak bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. dan ganjaran yang disediakan, maka ia adalah dilarang oleh Islam.

 

  • SOALAN KELAPAN : Apakah Maksud Mampu Korban ?

Jawapan : Mampu untuk melaksanakan ibadah korban bermaksud orang yang mempunyai lebihan duit untuk dirinya dan tanggungannya  selepas hari raya dan hari Tasyrik selepas membayar nilai korban.

 

Makruh sekiranya dia mampu untuk berkorban tetapi tidak melaksanakannya. 

 

  • SOALAN KESEMBILAN : Adakah daging korban boleh dijual ?

Jawapan : Tidak boleh menjual sesuatu pun daripada mana-mana bahagian sembelihan korban, sama ada korban yang wajib atau sunat, termasuklah daging, lemak, kulit, tanduk, tulang, bulu dan sebagainya. Ini berdasarkan riwayat Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

 

Maksudnya: “Barangsiapa yang menjual kulit sembelihan korbannya, maka tiada baginya ibadat korban”. (Riwayat al-Hakim).

 

Manakala golongan fakir dibolehkan untuk menjual daging yang diberikan kepadanya.

 

  • SOALAN KESEPULUH : Bolehkah makan daging korban sendiri ?

Jawapan : Dibolehkan untuk makan sebahagian daripada daging korban yang kita laksanakan selagi korban yang dilakukan bukan atas niat menunaikan nazar. Daging korban nazar tidak boleh dimakan oleh orang yang menunaikan ibadah korban.

 

Masih ada banyak lagi persoalan dan kekeliruan dalam bab Ibadah Korban ini. Nantikan sambungan ketiga dengan soal jawab yang lebih menarik.

25 Soal Jawab Berkaitan Ibadah Korban (Bahagian 3)

————————————————

RUJUKAN : https://www.peduliinsan.org/storage/images/book/rZ1eGqdZSWN54vELIEvCE2KYuLYi8gq9Prxxr6FH.pdf  (Buku : 40 Pedoman Hukum-Hakam Korban)

https://mufti.pahang.gov.my/wp-content/uploads/2022/07/HUKUM-BERKAITAN-IBADAH-KORBAN_.pdf 

RAYA KORBAN DAH DEKAT TAPI TAKUT TAK SEMPAT NAK BUAT TEMPAHAN KORBAN?

Jom jalankan ibadah korban anda bersama Azdan akan datang.

Jangan lepaskan peluang kerana ada hadiah menarik menanti anda.

Tuan Puan Boleh Dapatkan info Korban bersama Azdan dengan tekan link di bawah sekarang.

SILA TEKAN SINI

Promosi Selamat Datang!

PERCUMA

Kelas Percubaan!

Mula belajar mengaji sekarang–dapatkan secara Percuma!

Tebus tiket percuma kelas percubaan sekarang!

Kalau bukan sekarang, bila lagi nak belajar mengaji.