Bertemu lagi di dalam artikel bahagian ke-3 setelah 10 persoalan sudah pun terungkai satu demi satu. Kali ini penulis nak sambung lagi beberapa persoalan seterusnya berkaitan Ibadah Korban.


  • SOALAN KESEBELAS : Bolehkah beberapa orang berkongsi seekor lembu untuk ibadah korban ?

 

Jawapan : Boleh. Kita dibenarkan berkongsi sehingga 7 orang atau 7 bahagian bagi seekor lembu atau unta.


  • SOALAN KEDUA BELAS : Bolehkah berikan sebahagian daging korban atau kulit haiwan korban sebagai upah kepada tukang sembelih ?

 

Jawapan : Tidak dibenarkan membayar upah kepada tukang sembelih haiwan korban dengan daging mahupun kulit haiwan korban. Upah boleh diberikan daripada sumber lain seperti dalam bentuk wang tunai.


  • SOALAN KETIGA BELAS :  Bolehkah penyembelihan haiwan korban diniatkan sekali dengan aqiqah ?

 

Jawapan : Boleh gabungkan niatkan perlaksanaan korban dengan niat aqiqah, tetapi sebaik-baiknya jika berkemampuan lebih baik diasingkan.


  • SOALAN KEEMPAT BELAS : Bolehkah melaksanakan ibadah korban keatas orang yang meninggal dunia ?

 

Jawapan : Tidak digalakkan melakukan ibadah korban ke atas orang yang telah meninggal dunia, kecuali berdasarkan wasiat yang pernah dibuat oleh si mati.


  • SOALAN KELIMA BELAS : Bolehkah daging korban diagihkan kepada orang bukan Islam ?

 

Jawapan : Tidak digalakkan, kerana daging tersebut disandarkan kepada sembelihan ibadah.

 

Selesai Bahagian ketiga. Bemaksud telah terjawab 15 persoalan. Ada lagi beberapa persoalan yang menarik untuk dibincangkan dalam bab Ibadah Korban ini. Kita bertemu di artikel yang seterusnya :  25 Soal Jawab Berkaitan Ibadah Korban (Bahagian 4)

————————————————

RUJUKAN : 

 

https://www.peduliinsan.org/storage/images/book/rZ1eGqdZSWN54vELIEvCE2KYuLYi8gq9Prxxr6FH.pdf  (Buku : 40 Pedoman Hukum-Hakam Korban) 


https://mufti.pahang.gov.my/wp-content/uploads/2022/07/HUKUM-BERKAITAN-IBADAH-KORBAN_.pdf 

RAYA KORBAN DAH DEKAT TAPI TAKUT TAK SEMPAT NAK BUAT TEMPAHAN KORBAN?

Jom jalankan ibadah korban anda bersama Azdan akan datang.

Jangan lepaskan peluang kerana ada hadiah menarik menanti anda.

Tuan Puan Boleh Dapatkan info Korban bersama Azdan dengan tekan link di bawah sekarang.

SILA TEKAN SINI