Artikel kali ini penulis merasakan masih ada persoalan yang belum dirungkai. Jadi mari kita lihat setiap persoalan dan fahami setiap jawapan. Bismillah..
Jawapan : Boleh, bergantung kepada kemampuannya.
Jawapan : Menurut pendapat semua mazhab, ibadah korban juga dituntut ke atas orang yang bermusafir walau di mana mereka berada, ini telah ditunjukkan oleh Rasulullah S.A.W yang mana Baginda telah menyembelih seekor lembu korban di Mina untuk isteri-isterinya. Hadis Riwayat Bukhari & Muslim. Bagaimanapun, mazhab Imam Abu Hanifah berpendapat bahawa orang musafir tidak dituntut berkorban kerana akan membebankannya seperti mana mereka juga tidak dituntut bersolat Jumaat ketika bermusafir.
Jawapan : Bagi seorang anak kecil maka sudah tentu aqiqah perlu didahulukan daripada korban. Sebabnya ialah, pertama; kerana ibadah aqiqah merupakan tanggungjawab ibu bapanya yang perlu dilaksanakan seawal mungkin, kedua ; Korban merupakan pengorbanan individu yang dituntut bagi mendapatkan ganjaran yang besar di sisi Allah S.W.T., sedangkan tuntutan tersebut belum terletak di atas diri anak itu kerana ia masih kecil dan tiada kemampuan sendiri.
Jawapan : Adalah sunat bagi lelaki yang hendak berkorban itu menyembelih sendiri haiwan korban tersebut dengan tangannya, jika ia mampu. Jika ia tidak mampu, maka berwakillah kepada orang lain, kerana “Nabi S.A.W telah berkorban dengan 100 ekor unta, 63 ekor daripadanya Baginda sendiri menyembelihnya dan 37 ekor lagi diserahkannya kepada Saidina Ali bin Abi Talib untuk disembelihkan.” Hadis riwayat Ahmad dan Muslim.
Jawapan : Jika korban yang dilakukan atas niat menunaikan nazar, maka daging korban tersebut tidak boleh dimakan oleh orang yang berkorban. Semua daging korban tersebut hendaklah disedekahkan kepada mereka yang berhak menerimanya.
Alhamdulillah. Ada lagi 5 Persoalan berkaitan ibadah korban yang berbaki. Kita jumpa di artikel seterusnya : 25 Soal Jawab Berkaitan Ibadah Korban (Bahagian 5)
————————————————
RUJUKAN : https://www.peduliinsan.org/storage/images/book/rZ1eGqdZSWN54vELIEvCE2KYuLYi8gq9Prxxr6FH.pdf (Buku : 40 Pedoman Hukum-Hakam Korban)
https://mufti.pahang.gov.my/wp-content/uploads/2022/07/HUKUM-BERKAITAN-IBADAH-KORBAN_.pdf
RAYA KORBAN DAH DEKAT TAPI TAKUT TAK SEMPAT NAK BUAT TEMPAHAN KORBAN?
Jom jalankan ibadah korban anda bersama Azdan akan datang.
Jangan lepaskan peluang kerana ada hadiah menarik menanti anda.
Tuan Puan Boleh Dapatkan info Korban bersama Azdan dengan tekan link di bawah sekarang.
Mula belajar mengaji sekarang–dapatkan secara Percuma!