Untuk mengelakkan daripada kekeliruan dan ketidakpastian berkaitan ibadah korban,  penulis meneruskan lagi sambungan yang kelima. Ini artikel terakhir namun sebenarnya banyak lagi. Jom kita sambung lagi lima persoalan yang mungkin terbuku selama ini.



  • SOALAN KEDUA PULUH SATU : Bagaimana cara yang paling baik mengagihkan daging korban ?

 

Jawapan : Bagi pengagihan daging korban, golongan yang paling diutamakan ialah fakir miskin daripada kalangan keluarga terdekat, kemudian fakir miskin dari kalangan jiran tetangga. Tidak boleh diberikan kepada fakir miskin yang tidak beragama Islam. Walau bagaimanapun kita disunatkan memakan hati haiwan korban tersebut, kerana menurut riwayat Al-Baihaqi, “Rasulullah S.A.W memakan hati korbannya.” Dan Allah S.W.T juga menyuruh orang yang berkorban memakan sedikit daripadanya, sebagaimana firman Allah S.W.T dalam surah al-Hajj, ayat 28; Maksud ayat “Maka makanlah olehmu sebahagian daripadanya dan sebahagian lagi berikanlah untuk dimakan oleh orang-orang yang sengsara lagi fakir.”


  • SOALAN KEDUA PULUH DUA : Apakah bezanya Korban dan Aqiqah ?

 

Jawapan : Korban hanya boleh dilakukan pada Hari Raya Haji dan 3 hari selepasnya. Ia adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah dengan memberi daging kepada orang miskin dan ahli keluarga serta sahabat handai. Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda: “Tiada seorang dari kamu harus melakukan korban sehinggalah kamu telah melakukan solat (Eid)”. Manakala, Aqiqah adalah ibadah yang dilakukan bagi anak yang baru lahir. Ia boleh dilakukan pada bila-bila masa sehingga anak itu baligh. Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda: “Seorang anak lelaki sedang diikrarkan untuk aqiqah, ia dilakukan pada hari ketujuh, rambutnya dicukur dan dia diberi nama.”

Kedua-dua ibadat ini adalah sunat.


  • SOALAN KEDUA PULUH TIGA : Bagaimanakah cara untuk melakukan ibadah korban buat ahli keluarga yang masih hidup ?

 

Jawapan : Cara melakukan korban untuk ahli keluarga yang masih hidup adalah dengan memberikan mereka wang untuk membeli kambing korban ataupun membelikan kambing korban itu untuk mereka. Walaubagaimanapun, perlu minta izin mereka dahulu. Apabila waktu korban telah tiba, tukang sembelih akan menyebut nama mereka yang melakukan ibadah.


  • SOALAN KEDUA PULUH EMPAT : Perlukah seseorang itu menunggu sehingga segala hutangnya diselesaikan sebelum melaksanakan ibadah korban ?

 

Jawapan : Sekiranya hutang tersebut ada tempoh untuk membayar dan kita yakin bahawa kita mampu membayar kembali hutang itu, maka itu tidak menghalang kita dari melakukan ibadah korban. Suka diingatkan disini bahawa hukum melaksanakan ibadah korban adalah sunat dan bukanlah wajb, maka jika melaksanakan ibadah korban akan membebankan seseorang itu, maka tidak mengapa jika tidak melaksanakannya.


  • SOALAN KEDUA PULUH LIMA : Bolehkah seseorang menyembelih seekor burung untuk korban kerana tiada kemampuan menyembelih lembu atau kambing ?

 

Jawapan : Menyembelih haiwan korban tertentu seperti yang telah ditentukan oleh syarak adalah wajib, kita tidak diberi pilihan bagi menyembelih haiwan lain, ia bertujuan mendapatkan ganjaran yang terbaik yang dijanjikan oleh Allah S.W.T. Walau bagaimanapun, apabila kita tiada kemampuan, maka kita disunatkan menyembelih sesuatu seperti ayam, burung, itik dan sebagainya bagi meraikan hari raya korban yang disambut.

Alhamdulillah. Syukur akhirnya selesai 25 Persoalan. Jumpa lagi di artikel yang seterusnya. Penulis bercadang mahu berkongsikan hal berkaitan Kisah disebalik pensyariatan Ibadah Korban yang berkisarkan Kisah Nabi Ibrahim & Nabi Ismail.

——————————————————————

RUJUKAN : https://www.peduliinsan.org/storage/images/book/rZ1eGqdZSWN54vELIEvCE2KYuLYi8gq9Prxxr6FH.pdf  (Buku : 40 Pedoman Hukum-Hakam Korban)

 

https://mufti.pahang.gov.my/wp-content/uploads/2022/07/HUKUM-BERKAITAN-IBADAH-KORBAN_.pdf 

RAYA KORBAN DAH DEKAT TAPI TAKUT TAK SEMPAT NAK BUAT TEMPAHAN KORBAN?

Jom jalankan ibadah korban anda bersama Azdan akan datang.

Jangan lepaskan peluang kerana ada hadiah menarik menanti anda.

Tuan Puan Boleh Dapatkan info Korban bersama Azdan dengan tekan link di bawah sekarang.

SILA TEKAN SINI

 

Promosi Selamat Datang!

PERCUMA

Kelas Percubaan!

Mula belajar mengaji sekarang–dapatkan secara Percuma!

Tebus tiket percuma kelas percubaan sekarang!

Kalau bukan sekarang, bila lagi nak belajar mengaji.