Doa Selepas Baca Al Quran: Selain Ucap Sadaqallahul ‘Azim

Selesai sahaja mengaji al-Quran, kebiasaannya kita akan akhiri bacaan dengan mengucapkan sadaqallahul ‘azim.

Ianya satu bentuk zikir yang digalakkan untuk dibaca. Namun, ada juga doa selepas baca al-Quran yang anda boleh hafal dan amalkan selepas ini.

Walaupun doa ini tidak disebutkan secara langsung dalam riwayat sebagai doa khatam al-Quran yang diajarkan oleh Rasulullah S.A.W., namun dari sudut makna-makna yang terkandung di dalam doa ini ia merupakan doa yang amat baik.

Oleh itu, jika kita merujuk kepada konsep berdoa secara umum, amalan membaca doa ini adalah dibolehkan.

6 Adab Membaca al-Quran

1. Suci daripada hadas kecil dan hadas besar

2. Pakai pakaian dan berada di tempat yang bersih

3. Sunat menghadap arah kiblat

Daripada Ibn Abbas R.Anhuma, Rasulullah SAW bersabda:

خَيْرُ الْمَجَالِسِ مَا اسْتُقْبِلَ بِهِ الْقِبْلَةَ

Maksudnya: “Sebaik-baik majlis adalah yang menghadap kiblat.”

Al-Tabari meriwayatkan dalam Tahzib al-Athar (1/235)

4. Membaca isti’azah, basmalah dan ta’awuz

5. Membaca al-Quran dengan bertajwid dan tertib

6. Tutup bacaan al-Quran dengan ucapan sadaqallahulazim dan doa selepas baca quran seperti dibawah

الّلَهُمَ ارْحَمْنَا بِالْقُرْآن، واجْعَلْهُ لَنَا إمَامَاً وَنُوْرَاً وَهُدَىً ورحمةً الّلَهُمَ ذَكِّرْنَا مِنْهُ مَا نُسِّيْنَا، وَعَلِّمْنَا مِنْهُ مَا جَهِلْنَا وَارْزُقْنَا تِلَاوَتَهُ آنَاءَ اللَّيْلِ وَأطْرَافَ الْنَهَار واجْعَلهُ لَنَا حُجَّةٌ يَا ربَّ الْعَالَمِيْن

‘Allahummar hamnaa bilquran. Waj’al hulanaa imaaman wa nuuran wahudan warahmah. Allahumma zak-kirnaa minhumaa nussina wa ‘allimnaa minhumaa jahilnaa warzuqnaa tilaawatahu.Aanaa allayli wa athroofan-naharr waj’alhu lanaa hujjatan. Ya rabbal ‘alamiin’

Maksudnya:

“Ya Allah rahmatilah kami dengan al-Quran, dan jadikanlah ia sebagai imam, cahaya, petunjuk, serta rahmat bagi kami. Ya Allah ingatkanlah kami dari al-Quran apa yang kami telah dilupakan akannya, dan ajarkan kami darinya apa yang kami jahil serta rezekikanlah kami untuk membacanya siang dan malam, dan jadikanlah ia sebagai hujjah kepada kami wahai Tuhan sekalian alam”.

Ucapkanlah doa ini setiap kali kita menamatkan bacaan ayat-ayat mulia al-Quran, sama ada selepas membaca beberapa ayat atau satu surah.

Semoga Allah SWT melimpahkan rahmat dan keberkatan kepada kita semua melalui fadhilat al-Quran.

Al-Quran bukan hanya sebagai petunjuk dan pedoman dalam hidup, tetapi juga sebagai sumber ketenangan dan ketenteraman jiwa.

Menghabiskan waktu dalam tilawah dan tadabbur al-Quran membawa kita lebih dekat kepada-Nya, mengisi hati dengan keimanan dan menyuburkan jiwa dengan kebaikan.

Al Quran Pemberi Syafaat

Nabi Muhammad SAW amat menggalakkan umatnya untuk membaca al-Quran.

Amalan tersebut boleh memberi syafaat kepada pembacanya di akhirat.

Hal ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Umamah al-Bahili RA, bahawa  Rasulullah SAW bersabda:

اقْرَءُوا الْقُرْآنَ فَإِنَّهُ يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيعًا لأَصْحَابِهِ

“Bacalah Al-Quran, sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya”.

(Hadis riwayat Muslim)

Sekiranya kita membaca, beramal serta berpegang teguh dengannya, kelak ia menjadi sebagai sahabat dan penolong atau syafaat di akhirat. 

Mengikat hati kita dengan al-Quran juga bermakna kita sentiasa mendekati petunjuk dan rahmat Allah SWT.

Mempraktikkan ajaran dalam al-Quran akan menjadikan kitab suci ini sebagai sahabat setia kita di dunia ini.

Ini juga adalah antara jalan untuk mendapatkan syafaat di akhirat.

Hidup di dunia ini hanya sementara. Selagi nyawa masih ada, mari usaha memanfaatkan setiap peluang untuk merebut sebanyak mungkin amalan yang dapat mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Jangan lupa, bersama-sama memotivasikan diri kita untuk konsisten membaca al-Quran pada setiap hari.

Bagi meningkatkan kualiti bacaan al-Quran anda, kelas mengaji online Azdan menawarkan pembelajaran yang menarik dan efektif.

Dapatkan pembelajaran daripada ustaz dan ustazah bertauliah serta konsultasi peribadi secara percuma.

Jom sertai kami di Azdan hari ini!

KLIK DISINI