Ibadah Korban ialah ibadah sembelihan haiwan ternakan seperti unta, lembu dan kambing yang dilaksanakan pada hari raya Aidil Adha iaitu pada 10 Zulhijjah (selepas selesai solat hari raya) dan pada hari-hari tasyriq berikutnya iaitu 11, 12, 13 Zulhijjah bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Setiap ibadah dalam Islam ada sejarahnya yang tersendiri. Ini termasuklah ibadah korban. Ibadah korban yang dikerjakan pada Hari Raya Aidiladha adalah bagi umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s yang sanggup menyembelih anaknya Nabi Ismail kerana ketaatan mereka kepada Allah SWT.
Menurut sejarah Islam, Nabi Ibrahim a.s. menerima perintah Allah untuk mengorbankan anak kesayangannya, Nabi Ismail a.s. Sebagai bukti keimanan dan ketaatannya yang mutlak, Nabi Ibrahim a.s. bersedia untuk melaksanakan pengorbanan. Namun, Allah menggantikan Nabi Ismail a.s. dengan seekor kibas lalu menyelamatkan nyawa Nabi Ismail a.s. Umat Islam memperingati peristiwa ini sebagai peringatan tentang pentingnya ketaqwaan, keimanan, dan ketaatan dalam Islam. Perayaan ini mempunyai kepentingan agama dan pengorbanan yang sangat besar dan disambut dengan penuh kegembiraan dan penghormatan oleh umat Islam di seluruh dunia.
Berdasarkan kisah pengorbanan Nabi Ibrahim, maka Allah telah mensyariatkan Ibadah Korban kepada umat Islam.
Ianya berdasarkan firman Allah S.W.T.
فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ
Maksudnya: “Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).” (Surah Al-Kauthar: 2)
وَلِكُلِّ اُمَّةٍ جَعَلْنَا مَنْسَكًا لِّيَذْكُرُوا اسْمَ اللّٰهِ عَلٰى مَا رَزَقَهُمْ مِّنْۢ بَهِيْمَةِ الْاَنْعَامِۗ فَاِلٰهُكُمْ اِلٰهٌ وَّاحِدٌ فَلَهٗٓ اَسْلِمُوْاۗ وَبَشِّرِ الْمُخْبِتِيْنَ
Hukum melaksanakan ibadah korban adalah Sunat Muakkad (sunat yang sangat dituntut) sangat digalakkan bagi mereka yang melepasi syarat-syarat korban.
Kesimpulannya, setiap sejarah yang berlaku perlu difahami dan diteliti dengan baik. Begitulah juga dengan ibadah korban yang perlu difahami melalui sirah atau sejarahnya supaya dapat dihayati peristiwa disebalik ibadah tersebut.Tanpa memahami sirahnya, penyembelihan yang dilakukan pada hari Raya Eidul Adha akan menjadi umpama penyembelihan-penyembelihan yang biasa, atau mungkin juga menjadi sekadar satu adat yang biasa dilakukan menjelang hari Raya Eidul Adha.
RAYA KORBAN DAH DEKAT TAPI TAKUT TAK SEMPAT NAK BUAT TEMPAHAN KORBAN?
Jom jalankan ibadah korban anda bersama Azdan akan datang.
Jangan lepaskan peluang kerana ada hadiah menarik menanti anda.
Tuan Puan Boleh Dapatkan info Korban bersama Azdan dengan tekan link di bawah sekarang.