Ibadah korban adalah amalan umat Islam seluruh dunia bagi mengingati peristiwa Nabi Ibrahim a.s. melaksanakan perintah Allah SWT menyembelih anaknya, Nabi Ismail a.s. 

 

Ibadah korban melibatkan penyembelihan haiwan ternakan iaitu lembu dan kambing yang kemudiannya akan disedekahkan kepada fakir miskin serta 1/3 untuk diberikan kepada saudara, rakan dan keluarga. 

 

Namun, kaedah penyembelihan korban perlu dilakukan dengan betul dan berhemah dan penting penyembelihan itu halal bagi mengelakkan korban tersebut tidak sah.

 

Firman Allah dalam Surah Al-An’am ayat 118 : 

 

فَكُلُوا۟ مِمَّا ذُكِرَ ٱسْمُ ٱللَّهِ عَلَيْهِ إِن كُنتُم بِـَٔايَـٰتِهِۦ مُؤْمِنِينَ

 

Maka makanlah dari (sembelihan binatang-binatang halal) yang disebut nama Allah ketika menyembelihnya, jika betul kamu beriman kepada ayat-ayatNya.

 

4 Cara dalam Kaedah Stunning

 

Stunning merupakan satu teknik sains yang digunakan dalam era teknologi moden untuk memastikan haiwan pengsan sebelum proses penyembelihan dilakukan. Kaedah ini memudahkan proses penyembelihan dalam jumlah yang besar dan mempermudahkan kerja selepasnya. Pelbagai negara seperti Belanda, Australia, Amerika, Eropah, termasuk Malaysia, telah menerapkan kaedah ini.

 

1) Kaedah stunning jenis Penetrative Captive Bolt dan Non-Penetrative Bolt (Mushroom head gun)

Kaedah stunning ini adalah satu-satunya kaedah yang haram dilaksanakan  dan  tidak  dibenarkan  kerana  ia  boleh  menyebabkan  kematian  kepada haiwan. Ini kerana kaedah ini akan menyebabkan pecahnya tengkorak haiwan dengan tusukan alat yang digunakan.

 

2) Kaedah kejutan elektrik (Electric Stunning)

Kaedah ini dibenarkan tetapi ia mempunyai syarat untuk melaksanakanya seperti Electric Stunning ini hanya boleh digunakan di bahagian kepala sahaja dan paras arus elektrik hendaklah sentiasa dalam had antara 0.75 ampere untuk kambing dan 2.0 ampere untuk lembu dalam tempoh 3 hingga 6 saat sahaja.Proses ini hendaklah dilakukan oleh petugas muslim yang bertauliah bagi memastikan syarat-syarat itu diikuti supaya haiwan yang dikenakan kejutan elektrik ini tidak mati sebelum disembelih.

 

3) Kaedah Waterbath Stunning (poultry)

Kaedah ini juga dibenarkan dalam Islam dan ianya biasa digunakan ke atas haiwan-haiwan  yang  bersaiz  kecil  seperti  ayam atau  itik. Antara  syarat-syarat  yang  dikenakan untuk  melaksanakan  kaedah  ini  adalah  ayam  atau  itik  itu  perlu  dipastikan  tidak  mati  ketika melalui  kawalan  arus  elektrik. Kaedah  ini  juga  perlu  dikawal  selia  oleh  petugas  Muslim  yang bertauliah.

 

4) Penggunaan dadah dan karbon dioksida dalam prosedur sembelihan

Kaedah ini diharuskan dengan syarat ia tidak menyeksa dan mematikan haiwan sembelihan tersebut. Selepas  kaedah  stunning  ini  dilakukan, barulah proses memutuskan dua urat iaitu urat halkum (salur pernafasan) dan urat marih (salur makan dan minum) dengan menyebut nama Allah.


Kesimpulannya, amalan penyembelihan ini merupakan salah satu ibadah dan menjadi bukti perhambaan seorang umat islam kepada Allah SWT. Sembelihan cara Islam adalah cara yang terbaik dan merupakan cara yang penuh penghormatan kepada haiwan dan ihsan dalam penyembelihan.

RAYA KORBAN DAH DEKAT TAPI TAKUT TAK SEMPAT NAK BUAT TEMPAHAN KORBAN?

Jom jalankan ibadah korban anda bersama Azdan akan datang.

Jangan lepaskan peluang kerana ada hadiah menarik menanti anda.

Tuan Puan Boleh Dapatkan info Korban bersama Azdan dengan tekan link di bawah sekarang.

SILA TEKAN SINI

Promosi Selamat Datang!

PERCUMA

Kelas Percubaan!

Mula belajar mengaji sekarang–dapatkan secara Percuma!

Tebus tiket percuma kelas percubaan sekarang!

Kalau bukan sekarang, bila lagi nak belajar mengaji.