Haji merupakan salah satu rukun Islam dan menjadi kewajipan kepada seluruh umat Islam lelaki mahupun wanita bagi yang berkemampuan untuk melaksanakannya. Pelaksanaannya itu pula dikira wajib hanya sekali seumur hidup, dan jika dilakukan lebih daripada itu maka ia dikira sunat.
Antara dalil-dalil Al-Quran dan al-Sunnah tentang kewajipan mengerjakan ibadah haji adalah seperti firman Allah SWT:
وَلِلَّـهِ عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ مَنِ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلًا
Maksudnya: “Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya.”
(Surah Ali ‘Imran: 97)
Manasik haji adalah satu praktik pelaksanaan ibadah haji sesuai dengan rukun-rukunnya. Dalam konteks ini, calon jemaah haji akan dilatih tentang tata cara pelaksanaan haji yang akan ditunaikan. Bermula dari rukun, persyaratan, wajib, sunnah haji mahupun hal-hal yang dilarang selama pelaksanaan haji.
Sebelum seseorang itu berniat ihram sama ada untuk mengerjakan haji atau umrah di Miqat, maka hendaklah terlebih dahulu seseorang itu memakai ihram. Sesiapa yang telah berihram dan berniat demikian maka haramlah baginya melakukan beberapa perkara yang diharuskan sebelumnya.
Niat berihram haji adalah seperti berikut:
نويْتُ الْحَجَّ وَأَحْرَمْتُ بِهِ لِلَّهِ عَزَّ وَجَلَّ، لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ
“Aku berniat haji dan ihram hanya kerana mengharap reda Allah, aku menyambut panggilan-Mu ya Allah, aku menyambut panggilan-Mu.”
Berikut ini urutan pelaksanaan ihram:
Melaksanakan mandi sunnah
Berwudhu
Berpakaian ihram
Mengerjakan solat sunat ihram
Berniat haji
Berangkat ke Arafah sambil membaca talbiyah
Wukuf di Arafah dilakukan pada 9 Zulhijjah setelah matahari terbenam dan berakhir ketika terbit fajar pada 10 Zulhijjah. Wukuf bermaksud berhenti serta diam tanpa melakukan pergerakan, dan dilakukan dalam suasana tenang.
Beberapa amalan yang boleh dilakukan ketika wukuf adalah :
Mengerjakan solat Zuhur dan Asar dengan cara jamak qasar di awal waktu
Mendengar khutbah wukuf
Memperbanyak doa
Memperbanyak zikir
Membaca Al-Qur’an
Mengerjakan solat Maghrib dan Isya dengan cara jamak qasar di awal waktu
Tempat yang terletak antara Arafah dan Mina. Seseorang itu hendaklah berada di Muzdalifah selepas separuh malam 10 zulhijjah iaitu selepas wukuf dan sebelum terbit fajar.
Beberapa amalan yang boleh dilakukan, antaranya adalah:
Membaca talbiyah
Memperbanyak zikir, istigfar, dan berdoa
Membaca Al-Qur’an
Mencari batu kerikil sebanyak 7, 49, dan 70 butir
Bermalam di mina pada hari tasyrik. 11, 12 dan 13 zulhijjah.
Iaitu melontar di Jamratul Ula, Jamratul Wusto dan Jamratul Aqabah dengan menggunakan tujuh biji anak batu pada setiap jamrah. Waktu melontar selepas gelincir matahari pada hari Tasyrik hingga terbit fajar kecuali pada 13 Zulhijjah hingga terbenam matahari. Kemudian jemaah haji menyembelih haiwan korban.
Tahalul ialah melepaskan diri dari ihram setelah mengerjakan amalan-amalan haji.
Tawaf wada’ ialah tawaf perpisahan atau sebagai penutup ibadah haji. Tawaf ini wajib dilakukan oleh orang yang hendak meninggalkan Kota Makkah untuk bermusafir sejauh dua marhalah atau lebih kerana menghormati dan memuliakan Baitullah. Berdosa bagi sesiapa yang meninggalkannya dan dikenakan Dam.
Selesai penerangan berkaitan manasik Haji. Penulis mendoakan semoga Allah SWT mengurniakan rezeki yang luas kepada kita agar dijemput menjadi tetamu-Nya untuk tunaikan Umrah & Haji dalam masa terdekat. Amin
RAYA KORBAN DAH DEKAT TAPI TAKUT TAK SEMPAT NAK BUAT TEMPAHAN KORBAN?
Jom jalankan ibadah korban anda bersama Azdan akan datang.
Jangan lepaskan peluang kerana ada hadiah menarik menanti anda.
Tuan Puan Boleh Dapatkan info Korban bersama Azdan dengan tekan link di bawah sekarang.
Mula belajar mengaji sekarang–dapatkan secara Percuma!