Tarannum ialah satu ilmu atau kaedah seni suara yang yang dibunyikan menerusi nada, rentak dan irama yang sangat lunak berdasarkan kepada kaedah tertentu untuk menambahkan keelokan seni bunyi sesuatu bacaan khususnya bacaan Al-Quran.
Sabda Nabi s.a.w:
حَسِّنُوا الْقُرْءَانَ بِأَصْوَاتِكُمْ فَأِنَّ الصَّوْتَ الْحَسَنَ يَزِيْدُ الْقُرْءَانَ حَسَنًا
Maksudnya: “Perelokkanlah bacaan al-quran dengan suara kamu kerana suara yang elok itu lebih menambahkan keelokan al-Quran.”
(riwayat Abu Daud)
Disini kita akan merungkai 15 Soal Jawab Berkaitan Tarannum :
Tarannum adalah berasal daripada perkataan Arab iaitu tarannama, yatarannamu tarannum yang membawa maksud berdendang atau menyanyi.
Tarannum juga diistilahkan sebagai satu ilmu atau kaedah seni suara yang yang dibunyikan menerusi nada, rentak dan irama yang sangat lunak berdasarkan kepada kaedah tertentu untuk menambahkan keelokan seni bunyi sesuatu bacaan khususnya bacaan Al-Quran.
Terdapat 2 jenis hukum tarannum iaitu :
1) Tidak Mengharuskan Bertarannum
Dari Hudhayfah al-Yamani bahawa Rasulullah bersabda:
اقرؤا القرآن بلحون العرب وأصواتها وإياكم ولحون أهل الكبائر وأهل الفسق فإنه سيجئ بعدي قوم يرجعون. بالقرآن ترجيع الغناء والرهبانية والنوح لا يجاوز حناجرهم مفتونه قلوبهم وقلوب من يعجبهم شأنه
Maksudnya: “Bacalah Al-Quran dengan lagu-lagu Arab dan suara mereka. Dan jauhilah diri kamu dari lagu-lagu ahl kabair dan orang-orang fasik. Sesungguhnya akan datang satu kaum yang melagukan Al-Quran dengan lagu-lagu nyanyian, lagu gereja dan lagu kematian. Sebelum melangkaui leher mereka pun sudah rosak hati mereka dan hati orang yang mengagumi keadaan mereka”.
2) Mengharuskan Bertarannum
Rasulullah SAW bersabda :
ما أذن الله لشيء ما أذن للنبي أن يتغن بالقرآن
Maksudnya : “Allah tidak mendengar (dengan penuh perhatian) terhadap sesuatu perkara seperti mana Allah menumpukan perhatian kepada seorang Nabi yang memperelokkan lagu (tarannum) Al-Qurannya.”
Ilmu tajwid adalah perkara asas yang paling penting dan wajib dipelihara ketika membaca Al-Quran. Manakala, ilmu tarannum merupakan elemen tambahan untuk merealisasikan galakan Nabi s.a.w supaya umatnya mencantikkan suara ketika membaca Al-Quran.
Ilmu tarannum juga membantu pelaksanaan tajwid dengan lebih berkesan di dalam bacaan.
Tarannum tidak salah, yang salah adalah meremehkan Al-Quran. Adalah tidak wajar jika kita terus menolak Tarannum dengan hujah ia bukan dari Islam. Imam al-Nafrawiy al-Malikiy berkata bahawa membaca Al-Quran dengan suara yang baik beserta tarannum dan tajwid yang digaris oleh syarak, tidak ada salah padanya bahkan mendatangkan khusuk dan berfikir dengan ayat-ayat Allah.
Begitu juga ulama tiada perselisihan tentang tegahan membaca Al-Quran dengan bertarannum sehingga merosakkan tajwid, menyembunyikan makhraj, mengeluarkannya bukan dari tempat yang sepatutnya, mengubahkan baris dan memanjangkan mad melebihi had yang sepatutnya kerana menjaga kaedah tarannum.
Asal usul tarannum : Tercipta kerana umat Arab pada masa silam ingin mengisi kekosongan jiwa mereka. Mereka memerhati bunyi-bunyi persekitaran, antaranya ialah :
– bunyi deruan angin
– bunyi geseran daun
– bunyi titisan air / air yang mengalir
– bunyi nyanyian / kicauan burung
Umat Arab pada mulanya menerapkan seni tarannum melalui syair-syair mereka. Akhirnya apabila turun ayat-ayat Al-Quran, maka mereka menerapkan tarannum ketika membaca ayat-ayat Al-Quran.
RUJUKAN :
https://www.haraki.my/mari-kenali-alunan-merdu-tarannum/
https://tarannumalquran-nordinj.blogspot.com/2010/12/panduan-belajar-tarannum.html
https://kembojamistri.blogspot.com/2012/02/tarannum.html
https://as-suhaime.blogspot.com/2020/05/tarannum-tidaklah-salah-yang-salah.html
https://www.sinarharian.com.my/article/68040/sinar-islam/lagukan-al-quran-dengan-taranum-yang-indah
NAK MAHIR MENGAJI AL-QURAN DENGAN BERTARANNUM?
Jom sertai Azdan Tarannum Intensive (ATI)
Kuasai Lagu Tarannum dengan Formula Rahsia Azdan : Kaedah Bukit-bukau dan banyak lagi!.
Daftar hari ini, anda akan menerima hadiah Tiket Percuma sertai Seminar The Voice Of Quran bersama Ustazah Aisyah Baa’in.
Tunggu apa lagi, jangan lepaskan peluang ini! Segera dapatkan info. Tekan link di bawah
Mula belajar mengaji sekarang–dapatkan secara Percuma!