Jom kita sambung  rungkai lagi persoalan dan kekeliruan dalam kalangan pembaca, jadi penulis berbesar hati meneruskan lagi sambungan bagi “15 Soal Jawab Berkaitan Tarannum.”


  • Soalan 6 : Apa maksud melampau dalam bertarannum ?

Ghuluw atau melampau dalam bertarannum iaitu merosakkan lafaz Al-Quran seperti menambah dan mengurangkan baris, memanjangkan qasr, memendekkan mad, menyembunyikan baris yang menyebabkan kecelaruan makna.


  • Soalan 7 : Hukum belajar tarannum tapi tak belajar tajwid ?

Tajwid adalah perkara asas yang paling penting dan wajib dipelihara ketika membaca Al-Quran.

 

Hukum mempelajari ilmu tajwid adalah fardhu kifayah, manakala mempraktikkan tajwid di dalam pembacaan Al-Quran adalah wajib.

 

Kalau kita membaca Al-Quran dengan berlagu lalu mengutamakan lagu itu sehingga menghancurkan dan membelakangkan tajwid, hal yang sedemikian boleh jatuh hukum haram kepada ‘berlagu’ itu.


  • Soalan 8 : Apa batas dalam membaca Al-Quran dengan bertarannum ?

Hendaklah lagu tersebut tidak membawa kepada rosaknya tajwid Al-Quran dan menggunakan lagu pada kadar yang cukup untuk memenuhi keperluan mencantikkan suara di dalam bacaan Al-Quran sahaja serta tidak melampau-lampau hingga membawa kepada alunan tambahan yang dibuat-buat dan tidak perlu.


  • Soalan 9 : Bolehkah baca Al-Quran tapi tak berlagu ?

Membaca Al-Quran tanpa berlagu adalah bukan suatu kesalahan, akan tetapi yang menjadi perkara penting ialah memelihara hukum-hukum tajwid dalam bacaan Al-Quran seperti menjelaskan sebutan huruf-huruf Al-Quran dengan lebih baik, menyempurnakan sifat-sifat huruf Al-Quran dan menyempurnakan hukum-hukum tajwid Al-Quran yang lain seperti idgham, izhar, ikhfa’, hukum-hukum mad, dan sebagainya.

 

Walau bagaimanapun, kita dituntut untuk memperelokkan dan memperindahkan bacaan Al-Quran. Sabda Nabi SAW : 

 

عن البراء رضي الله عنھ قال قال رسول الله صلى الله علیھ وسلم ثم زینوا القرآن بأصواتكم

فإن الصوت الحسن یزید القرآن حسنا

 

Maksudnya : al-Bara’ bin ‛azib r.a berkata bahawa Rasulullah bersabda : Hiasilah Al-Quran dengan suara kamu. Ini kerana suara yang baik akan menambahkan lagi keelokan Al-Quran.


  • Soalan 10 : Hukum wanita mengaji dengan bertarannum ?

Menurut pendapat jumhur, suara orang perempuan tidak dikira sebagai aurat, kerana para sahabat mendengar suara isteri-isteri Nabi Muhammad SAW untuk mempelajari hukum-hukum agama. Tetapi diharamkan mendengar suaranya yang berbentuk lagu dan irama sekalipun bacaan Al-Quran kerana dikhuatiri menimbulkan fitnah.

 

Firman Allah SWT:

 

يَا نِسَاءَ النَّبِيِّ لَسْتُنَّ كَأَحَدٍ مِّنَ النِّسَاءِ ۚ إِنِ اتَّقَيْتُنَّ فَلَا تَخْضَعْنَ بِالْقَوْلِ فَيَطْمَعَ الَّذِي فِي قَلْبِهِ مَرَضٌ وَقُلْنَ قَوْلًا مَّعْرُوفًا

 

Maksudnya: Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertaqwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan). Jika hendak melagukan bacaan Al-Quran, maka bacalah di hadapan suami atau mahram sahaja.

 

RUJUKAN : 

https://www.haraki.my/mari-kenali-alunan-merdu-tarannum/ 

https://tarannumalquran-nordinj.blogspot.com/2010/12/panduan-belajar-tarannum.html 

https://kembojamistri.blogspot.com/2012/02/tarannum.html 

https://www.facebook.com/dranuarhasin/posts/ilmu-tarannum-vs-ilmu-tajwid-yang-mana-patut-didahulukan1-persoalan-sering-timbu/3626514317457249/ 

https://www.sinarharian.com.my/article/68040/sinar-islam/lagukan-al-quran-dengan-taranum-yang-indah 

https://pondokpdgbongor.blogspot.com/2010/05/hukum-muslimah-memperdengarkan-bacaan.html 

 

NAK MAHIR MENGAJI AL-QURAN DENGAN BERTARANNUM?

Jom sertai Azdan Tarannum Intensive (ATI)

Kuasai Lagu Tarannum dengan Formula Rahsia Azdan : Kaedah Bukit-bukau dan banyak lagi!.

Daftar hari ini, anda akan menerima hadiah Tiket Percuma sertai Seminar The Voice Of Quran bersama Ustazah Aisyah Baa’in.

Tunggu apa lagi, jangan lepaskan peluang ini! Segera dapatkan info. Tekan link di bawah

KLIK DI SINI

Promosi Selamat Datang!

PERCUMA

Kelas Percubaan!

Mula belajar mengaji sekarang–dapatkan secara Percuma!

Tebus tiket percuma kelas percubaan sekarang!

Kalau bukan sekarang, bila lagi nak belajar mengaji.