Untuk mengelakkan daripada kekeliruan dan ketidakpastian berkaitan tarannum, penulis meneruskan lagi sambungan yang ketiga. Ini artikel terakhir namun sebenarnya banyak lagi. Jom kita sambung lagi lima persoalan yang mungkin terbuku selama ini.
Perbuatan membaca Al-Quran dengan lenggok atau intonasi berirama lagu, sekiranya ia merosakkan lafaz dan makna maka ia adalah haram. Namun, selama mana bacaan tersebut masih lagi meraikan tartil dan tajwid, tanpa mengubah lafaz dan makna maka ia adalah harus.
Untuk memberi tenaga dan peningkatan kepada sesuatu bacaan. Selain itu, berperanan sebagai penggunaan suara dan harakat yang berbeza dan mencapai tahap keahlian dalam sesuatu bacaan.
Tiada nas yang khusus yang menthabitkan jenis lagu yang tertentu untuk melagukan Al-Quran. Akan tetapi, lagu tersebut tidak membawa kepada rosaknya tajwid Al-Quran dan hendaklah lagu yang digunakan tidak bertentangan dengan kebesaran dan kemuliaan Al-Quran iaitu dengan menghindarkan lagu-lagu yang dikhususkan untuk nyanyian tertentu, lagu-lagu yang tidak membawa kepada kekhusyukan ataupun lagu yang iramanya tidak sesuai dengan Al-Quran.
Hukum pertandingan Tarannum Al-Quran, di mana peserta melagukan bacaan Al-Quran dengan irama tertentu, berkait rapat dengan pandangan ulama. Pendapatnya boleh dibahagikan kepada tiga kategori :
Oleh itu, kebenaran atau kekhilafan pertandingan Tarannum Al-Quran bergantung kepada pendapat masing-masing ulama. Bagi yang membenarkan, mereka memberi keizinan dengan syarat agar prinsip-prinsip agama dijaga. Bagi yang tidak membenarkan, mereka mengelakkan atau mengecam pertandingan tersebut kerana melihatnya sebagai sesuatu yang merosakkan kesucian Al-Quran.
Membaca Al-Quran dengan bertarannum dan melagukan bacaan Al-Quran adalah digalakkan mengikut saranan hadis Nabi SAW supaya memperindahkan bacaan. Namun, kita haruslah berhati-hati dari sudut sebutan huruf, panjang pendek serta tajwid dalam bacaannya supaya tidak mengubah maksud serta makna ayat Al-Quran itu sendiri yang boleh menyebabkan solat kita tidak sah terutamanya pada bacaan Al-Fatihah.
RUJUKAN :
https://cikgungaji.com/tobaqat-suara/
NAK MAHIR MENGAJI AL-QURAN DENGAN BERTARANNUM?
Jom sertai Azdan Tarannum Intensive (ATI)
Kuasai Lagu Tarannum dengan Formula Rahsia Azdan : Kaedah Bukit-bukau dan banyak lagi!.
Daftar hari ini, anda akan menerima hadiah Tiket Percuma sertai Seminar The Voice Of Quran bersama Ustazah Aisyah Baa’in.
Tunggu apa lagi, jangan lepaskan peluang ini! Segera dapatkan info. Tekan link di bawah
Mula belajar mengaji sekarang–dapatkan secara Percuma!