Perkataan Al-Fatihah merupakan satu istilah yang merujuk kepada nama Surah pertama dalam Kitab Suci Al-Quran Al-Karim. Dengan kata lain, Surah ini adalah Surah pertama yang tersurat di dalam susunan Al-Quran. Ia dinamakan Al-Fatihah kerana ia merupakan pembuka kepada bacaan Al-Quran Al-Karim. Surah ini juga telah dijadikan sebagai rukun asas dalam bacaan-bacaan solat. Ia juga dinamakan dengan beberapa nama lain seperti Ummul Kitab, As-Sabu Al-Mathani, Al-ḥamdu, As-Syifa’, Al-Waqiat, Al-Kafiyat dan Asasul Al-Quran Al-Karim.
Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Seutama-utama Al-Quran adalah ‘Alhamdulillahi Rabbil Alamin”. (Hadis riwayat Hakim dan Baihaqi).
Jika diwiridkan dengan khusyuk dan tawaduk, fadhilatnya adalah seperti khatam Al-Quran. Rasulullah SAW bersabda: “Membaca sekali Al-Fatihah, pahalanya seperti membaca sepertiga Al-Quran.”
Surah Al-Fatihah juga berkhasiat sebagai penyembuh segala penyakit rohani dan jasmani.
Rasullullah SAW bersabda: “Fatihatul kitab (surah al fatihah) adalah ubat bagi segala racun”
Hazrat Abdul Malik bin ‘Umairah meriwayatkan secara mursal bahawa Rasulallah SAW bersabda :
“Dalam surah al-Fatihah terdapat penawar untuk segala penyakit”.
(Hadis riwayat Darimi dan Baihaqi)
Cara mengubati penyakit dengan Al-Fatihah :
Rezeki manusia telah diatur oleh Allah SWT, namun begitu manusia diminta untuk berikhtiar dan mengerjakan amalan pembuka rezeki. Dalam Islam rezeki setiap makhluk di dunia telah dijamin oleh Allah SWT. Sebagaimana firman-Nya dalam surah Hud ayat 6 :
وَمَا مِنْ دَاۤبَّةٍ فِى الْاَرْضِ اِلَّا عَلَى اللّٰهِ رِزْقُهَا وَيَعْلَمُ مُسْتَقَرَّهَا وَمُسْتَوْدَعَهَا ۗ كُلٌّ فِيْ كِتٰبٍ مُّبِيْنٍ
Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan).
Sesiapa yang mengamalkan bacaan Al-Fatihah di waktu sahur (tengah malam) sebanyak 41 kali, maka Allah SWT bukakan pintu rezeki dan dimudahkan urusan tanpa kepayahan dan kesulitan. Selesai bacaan Al-Fatihah sebaiknya berdoa: “Ya Allah! Sesungguhnya daku memohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahsianya, supaya Dikau bukakan bagiku pintu-pintu Rahmat-Mu, Kurnia-Mu dan Rezeki-Mu. Dan Dikau mudahkan setiap urusanku, murahkanlah bagiku dari Rezeki-Mu yang banyak lagi berkat tanpa kekurangan dan tanpa susah payah; Sesungguhnya Dikau berkuasa atas setiap sesuatu. Daku mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahsianya, kabulkanlah apa yang kuhajat.”
Sesiapa yang membaca ‘Al-Fatihah’ 1 kali di waktu hendak tidur, Surah ‘Al-Ikhlas’ sebanyak 3 kali dan ‘Mu’awwidzatain’ (Surah Al-Falaq dan surah An-Nas) 1 kali, sebelum tidur. Insya Allah maka ia akan terpelihara dan selamat daripada segala perkara dan ancaman seperti mimpi buruk, gangguan syaitan, kecurian, kebakaran dan malapetaka, selain daripada ajal.
Bacalah Surah Al-Fatihah untuk perlindungan: Sebagaimana disebutkan dalam sebuah hadis daripada Abdullah bin Khubaib, Rasulullah bersabda, “Janganlah kamu tinggalkan membaca Al-Fatihah dalam setiap solat, kerana Al-Fatihah itu pelindung daripada segala kejahatan.” (HR. Muslim)
Kesimpulannya, setiap Muslim perlu menghayati kehebatan surah al-Fatihah dalam banyak segi, dan mengamalkannya dalam kehidupan kerana ia adalah surah al-Quran yang sangat agung kerana menjadi surah pembuka yang terkandung keseluruhan al-Quran dan terkandung di dalamnya aspek terpenting yang diperlukan oleh umat manusia.
Anda boleh membaca Al-Quran tetapi masih belum dapat menguasai hukum tajwid dengan baik ?
Nak kenal makhraj dan sifat huruf dengan lebih dekat ?
Jangan risau, jangan bimbang – Azdan menawarkan kelas mengaji online untuk anda !
Jom daftar sesi konsultasi secara personal tanpa sebarang caj hari ini.
Mula belajar mengaji sekarang–dapatkan secara Percuma!