Apa itu Huruf Hijaiyyah?

Huruf hijaiyah merupakan huruf-huruf dalam bahasa Arab yang digunakan dalam penulisan Al-Quran. Ia adalah asas utama bagi sesiapa yang ingin mempelajari dan memahami isi Al-Quran. Huruf-huruf ini mempunyai bentuk, nama, dan fonetik tersendiri yang memainkan peranan penting dalam pembacaan Al-Quran.

Mengenal huruf hijaiyyah merupakan langkah awal untuk membaca Al-Quran sesuai dengan tajwid sebagaimana yang difirmankan oleh Allah SWT dalam surat Al Muzzammil ayat 4 :

أَوْ زِدْ عَلَيْهِ وَرَتِّلِ الْقُرْآنَ تَرْتِيلًا

Maksudnya : Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya; dan bacalah Al-Quran dengan “Tartil”.

 
Huruf Hijaiyyah Yang Tidak Boleh Disambung

Terdapat 6 huruf hijaiyyah yang tidak boleh disambung dengan huruf selepasnya iaitu : 

  1. Alif ا 
  2. Dal د
  3. Dzal ذ 
  4. Ro ر 
  5. Za ز 
  6. Wau  و

 

Huruf Hijaiyyah yang tidak boleh disambung terdapat dalam 3 keadaan iaitu di awal, tengah dan akhir kalimah.

Penulisan huruf hijaiyyah jika berada di awal kalimah :

  • Alif : __ا Contoh penulisannya iaitu أُنْزِل
  • Dal : __ د Contoh penulisannya iaitu دُبُر
  • Dzal : _ ذ Contoh penulisannya iaitu ذَلِك
  • Ro : _ ذ Contoh penulisannya iaitu رَبِّهِمْ
  • Za : __ ر Contoh penulisannya iaitu زُيِّن
  • Wau : __ و Contoh penulisannya iaitu وَسِع

 

Penulisan huruf hijaiyyah jika berada di tengah kalimah :

  • Alif:  ــاــ Contoh penulisannya iaitu كَان
  • Dal: ــدــ Contoh penulisannya iaitu شَدِيد
  • Dzal: ــذــ Contoh penulisannnya iaitu الَّذِينَ
  • Ro: ــرــ Contoh penulisannya iaitu قَرِيب
  • Za: ــزــ Contoh penulisannya iaitu زُيِّن
  • Wau: ــوــ contoh penulisannya iaitu يَرْجُونَ

 

Penulisan huruf hijaiyyah jika berada di akhir kalimah :

  • Alif:  ــا Contoh penulisannya iaitu الدُّنْيَا
  • Dal: ــد Contoh penulisannya iaitu بَعْد
  • Dzal: ــذ Contoh penulisannya iaitu يَوْمَئِذٍ
  • Ro: ــر Contoh penulisannya iaitu نَصْر
  • Za: ــز Contoh penulisannya iaitu يُجْز
  • Wau: ــو contoh penulisannya iaitu الْعَفْوَ

 

Anda boleh membaca Al-Quran tetapi masih belum dapat menguasai hukum tajwid dengan baik ? 

Nak kenal makhraj dan sifat huruf dengan lebih dekat ?

Jangan risau, jangan bimbang – Azdan menawarkan kelas mengaji online untuk anda ! 

Jom daftar sesi konsultasi secara personal  tanpa sebarang caj hari ini.

KLIK DI SINI