Tarannum (الترنم) dari sudut bahasa :
Berasal dari perkataan (تَرَنَّمَ) yang bermaksud menyanyi, mendendang dan memperelokkan suara terhadap sesuatu.Perkataan ini juga digunakan sama ada untuk haiwan. Dengan itu, setiap perkara yang menghasilkan bunyi atau suara yang menarik untuk didengar adalah dipanggil nyanyian (lagu).
Tarannum dari sudut Istilah :
Tarannum bi al-Quran ialah suatu ilmu atau kaedah yang membicarakan
tentang kepelbagaian bunyi mengikut proses nada, rentak dan irama yang
tertentu bertujuan untuk menambahkan keelokan seni bunyi sesuatu bacaan
Al-Quran.
Allah swt berfirman :
وَرَتِّلِ الْقُرْآنَ تَرْتِيلًا
Maksudnya: dan bacalah Al-Quran dengan “Tartil“
(Surah Al-Muzammil, 4)
Rasulullah saw bersabda :
حسنوا القرأن بأصواتكم فإن الصوت الحسن يزيد القرأن حسنا
Maksudnya: “Perelokkanlah bacaan al-quran dengan suara kamu kerana suara yang elok itu lebih menambahkan keelokan al-Quran.”
7 Perkara tentang Tarannum yang Ramai Orang Salah Faham
1) Tarannum adalah sekadar melodi
Banyak orang salah sangka yang mengatakan bahawa tarannum hanyalah tentang melodi atau lagu, padahal sebenarnya ia adalah tentang membaca Al-Quran dengan intonasi yang tepat mengikut peraturan yang telah ditetapkan.
Melagukan Al-Quran berbeza daripada nasyid, qasidah dan burdah malah menurut Imam Syafie, melagukan Al-Quran ialah mengelokkan kitab suci itu tanpa melanggar hukum tajwid.
2) Tarannum hanya untuk syiar agama
Walaupun tarannum sering digunakan untuk tujuan syiar agama, sebenarnya ia adalah seni yang mempunyai nilai estetika dan keindahan tersendiri.
Pensyarah Al-Quran dan Tarannum, Kolei Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), Muhammad Lukman Al-Hafiz Ibrahim, berkata masyarakat Islam perlu menganggap tarannum suatu tuntutan dengan melihat kepada beberapa hadis sahih Rasulullah s.a.w yang menyuruh dan beramal demikian.
Rasulullah s.a.w bersabda : “Bukanlah umat kami mereka yang tidak bertarannum dengan Al-Quran.” (Sahih Bukhari: 6/273)
3) Tarannum adalah proses yang cepat dan mudah dipelajari
Ada kesalahfahaman bahawa tarannum adalah suatu kemahiran yang mudah dipelajari dalam waktu singkat. Sebaliknya, mempelajari tarannum memerlukan kesabaran, latihan yang konsisten, dan bimbingan dari guru yang berpengalaman. Sebagaimana dalam mempelajari seni yang lain, tarannum juga memerlukan dedikasi dan ketekunan untuk mencapai tahap penguasaan yang baik.
Sebagaimana kata-kata daripada Buya Hamka : “Jangan putus asa jika otak tumpul dan akal kurang cerdas. Kerana kadang-kadang seseorang yang tumpul otak tetapi tidak putus asa, lebih berhasil daripada seorang yang cerdas tetapi PEMALAS”.
4) Tarannum hanya untuk lelaki
Tarannum tidak mempunyai sempadan jantina. Baik lelaki mahupun perempuan boleh mempelajari dan menguasai tarannum.
Walaupun begitu, orang perempuan diharamkan memperdengarkan suaranya yang berbentuk lagu dan irama sekalipun bacaan Al-Quran kerana dikhuatiri menimbulkan fitnah. Tetapi, jika dihadapan mahramnya atau tidak mendatangkan fitnah seperti Majlis Tilawah adalah dibolehkan.
Firman Allah SWT :
يَا نِسَاءَ النَّبِيِّ لَسْتُنَّ كَأَحَدٍ مِّنَ النِّسَاءِ ۚ إِنِ اتَّقَيْتُنَّ فَلَا تَخْضَعْنَ بِالْقَوْلِ فَيَطْمَعَ الَّذِي فِي قَلْبِهِ مَرَضٌ وَقُلْنَ قَوْلًا مَّعْرُوفًا
Maksudnya: Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertaqwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan).
(Surah al-Ahzab: 32)
5) Tarannum sama dengan Tajwid
Tarannum adalah sebahagian daripada ilmu tajwid, tetapi keduanya tidak sama. Tajwid merujuk kepada peraturan-peraturan tentang cara membaca Al-Quran dengan betul, sementara tarannum adalah seni membawa bacaan Al-Quran dengan intonasi dan gaya yang sesuai.
Imam Ibnu Jazari menyatakan dalam puisi kitabnya :
والأخذ بالتجويد حتم لازم من لا يجود القرءان ءاثم
Maksudnya: Mengamalkan tajwid itu suatu kewajipan , kerana berdosa tidak memperelokkan bacaan.
Setelah mendalami ilmu tajwid, secara tidak langsung pembacaan ayat Al-Quran akan menjadi lebih jelas, sempurna dan fasih mengikut lahjah-lahjah Arabiah dan lahjah Quraniah yang ditetapkan dalam bidang fasohah sekaligus akan menyelaraskan rentak-rentak (tartil, tadwir, tahdir) yang menjadi sebahagian dari fasohah.
Imam Al-Ghazali menyatakan bahawa pembaca Al-Quran yang baik itu bukan saja lidahnya menyebut kalimah-kalimah Al-Quran dengan betul, bahkan akalnya juga mentadabburkan makna dan memahami pengertiannya, sementara perasaannya turut sama menghayati tuntutan Al-Quran tersebut dan jiwanya khusyuk kepada Allah Taala.
6) Tarannum memerlukan bakat yang semula jadi
Walaupun bakat semula jadi boleh memudahkan proses pembelajaran, namun begitu tarannum adalah suatu kemahiran yang boleh dipelajari dan ditingkatkan melalui latihan yang konsisten dan disiplin. Jadi, jangan mudah berputus asa dalam menuntut ilmu, kerana untuk menjadi seorang yang berilmu perlu melalui proses pembelajaran dan perubahan.
Imam Syafie berkata : “Kebodohan akan terus mengikutimu, kecuali jika kamu melakukan sesuatu untuk mengubahnya.”
7) Tarannum tidak penting dalam membaca Al-Quran
Tarannum memberikan dimensi tambahan dalam memahami makna dan pesanan yang terkandung dalam bacaan Al-Quran. Mempelajari tarannum dapat membantu seseorang dalam mendalami pengalaman spiritual mereka semasa membaca Al-Quran.
Ibn Bathal menceritakan bahawa galakan membaca Al-Quran secara berlagu itu disokong oleh hadith Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abdul Alla dari Muammar dari Ibn Syihab yang berbunyi :
Rasulullah saw bersabda : مَا أَذِنَ اللَّهُ لِشَيْءٍ مَا أَذِنَ لِلنَّبِيِّ أَنْ يَتَغَنَّى بِالْقُرْآنِ
Maksudnya :”Tidaklah Allah mengizinkan bagi sesuatu apa yang Allah izinkan bagi Nabi iaitu supaya memperlagukan (memperelokkan bacaan) al-Quran.”
(Riwayat Al-Bukhari)
NAK MAHIR MENGAJI AL-QURAN DENGAN BERTARANNUM?
Jom sertai Azdan Tarannum Intensive (ATI)
Kuasai Lagu Tarannum dengan Formula Rahsia Azdan : Kaedah Bukit-bukau dan banyak lagi!.
Daftar hari ini, anda akan menerima hadiah Tiket Percuma sertai Seminar The Voice Of Quran bersama Ustazah Aisyah Baa’in.
Tunggu apa lagi, jangan lepaskan peluang ini! Segera dapatkan info. Tekan link di bawah
Mula belajar mengaji sekarang–dapatkan secara Percuma!