Tarannum merujuk kepada kemahiran untuk melagukan bacaan Al-Quran dengan menggunakan irama-irama tertentu yang mampu menggambarkan keagungan serta maksud ayat-ayat Al-Quran.

Tarannum juga adalah salah satu elemen tambahan untuk merealisasikan galakan Nabi SAW supaya umatnya mencantikkan suara ketika membaca Al-Quran. 

 

Dalil Tarannum :

 

Firman Allah SWT dalam surah Muzammil, ayat 4 :

وَرَتِّلِ ٱلۡقُرۡءَانَ تَرۡتِيلًا  

Maksudnya : “Dan bacalah Al Quran itu dengan perlahan-lahan.”

Sabda Nabi s.a.w:

 

حَسِّنُوا الْقُرْءَانَ بِأَصْوَاتِكُمْ فَأِنَّ الصَّوْتَ الْحَسَنَ يَزِيْدُ الْقُرْءَانَ حَسَنًا

 

Maksudnya: “Perelokkanlah bacaan Al-quran dengan suara kamu kerana suara yang elok itu lebih menambahkan keelokan al-Quran.”

(riwayat Abu Daud) 

 

 3 Kelebihan Mempelajari Ilmu Tarannum :

 

  • Menjelaskan sebutan huruf-huruf al-Quran dengan lebih baik;
  • Menyempurnakan sifat-sifat huruf al-Quran;
  • Menyempurnakan hukum-hukum tajwid al-Quran yang lain seperti idgham, izhar, ikhfa’, hukum-hukum mad, dan sebagainya.

 

7 Jenis Tarannum

 

  1. TARANNUM BAYYATI

Perkataan Bayyati berasal dari bahasa Arab yang bermaksud rumah atau tempat kediaman.

 

Sifat Tarannum Al-Bayyati :

  • Lembut disamping tegas
  • Sesuai dengan tobaqot sederhana
  • Harmoni
  • Berunsur ketenangan

 

2) TARANNUM SOBA

 

Bermaksud rindu

 

Sifat Tarannum Soba :

  • Gerak ringan meresap jiwa
  • Alunan lembut yang mendayu
  • Sesuai dengan tobaqot sederhana
  • Sesuai dengan ayat memohon, merayu, merintih dan sebagainya

3) TARANNUM HIJAZ

 

Hijaz ialah sebuah kawasan di dalam Arab Saudi. Sangat popular sebagai suatu cabang pengasas tarannum dahulu. Tetapi kini tarannum hijaz telah diubahsuai oleh qari-qari Mesir mengikut zouq budaya mereka.

 

Sifat Tarannum Hijaz :

  • Gerak lambat tapi berkesan
  • Ketegasan pendorong semangat
  • Kelincahan menghidupkan persembahan
  • Sesuai dengan mana-mana tobaqot
  • Sesuai dengan ayat perintah, tegas atau marah

 

4) TARANNUM NAHAWAND

 

Nahawand juga adalah nama suatu tempat. Terletak di Hamadan Parsi (kini Iran). Tetapi kini tarannum nahawand telah diubahsuai oleh qari-qari Mesir mengikut zouq budaya mereka.

 

Sifat Tarannum Nahawand :

  • Gerak ringan yang berkesan
  • Kelembutan bersopan
  • Sederhana memikat jiwa
  • Kehalusan seni
  • Sesuai dengan tobaqot sederhana

 

5) TARANNUM RAST

 

Berasal dari parsi (iran) kemudian digunapakai oleh qari-qari Hijazi. Tetapi kini tarannum rast telah diubahsuai oleh qari-qari Mesir mengikut zouq budaya mereka.

 

Sifat Tarannum Rast :

  • Gerak lembut disamping ketegasan
  • Kelembutan alunan
  • Lincah menyemarakkan
  • Sesuai dengan mana-mana tobaqot
  • Sesuai dengan mana-mana bentuk ayat

 

6) TARANNUM SIKAH

 

Berasal dari parsi (iran) kemudian digunapakai oleh qari-qari Hijazi (pada kurun-kurun 7 masihi hingga 19 masihi). Tetapi kini tarannum Sikah telah diubahsuai oleh qari-qari Mesir mengikut zouq budaya mereka.

 

Sifat Tarannum Sikah :

  • Gerak lambat meyakinkan
  • Kelembutan menusuk kalbu
  • Berciri kesedihan dan kerintihan
  • Sesuai dengan ayat-ayat merayu, memohon, merintih dan sebagainya
  • Sesuai dengan mana-mana tobaqot

 

7) TARANNUM JIHARKAH

 

Berasal dari parsi (iran) kemudian digunapakai oleh qari-qari Hijazi (pada kurun-kurun 7 masihi hingga 19 masihi). Tetapi kini tarannum Jiharkah telah diubahsuai oleh qari-qari Mesir mengikut zouq budaya mereka.

 

Sifat Tarannum Jiharkah

 

  • Gerak ringan yang berkesan
  • Kelembutan menusuk kalbu
  • Harmoni
  • Sesuai dengan ayat-ayat merayu, memohon, merintih dan sebagainya
  • Sesuai dengan tobaqot sederhana

 

RUJUKAN : 

https://www.youtube.com/watch?v=GjLj2RVjZao 

https://akumuslim.asia/tarannum-jenis-sejarah-dan-cara-bacaan/ 

https://www.haraki.my/mari-kenali-alunan-merdu-tarannum/ 

 

NAK MAHIR MENGAJI AL-QURAN DENGAN BERTARANNUM?

Jom sertai Azdan Tarannum Intensive (ATI)

Kuasai Lagu Tarannum dengan Formula Rahsia Azdan : Kaedah Bukit-bukau dan banyak lagi!.

Daftar hari ini, anda akan menerima hadiah Tiket Percuma sertai Seminar The Voice Of Quran bersama Ustazah Aisyah Baa’in.

Tunggu apa lagi, jangan lepaskan peluang ini! Segera dapatkan info. Tekan link di bawah

KLIK DI SINI

Promosi Selamat Datang!

PERCUMA

Kelas Percubaan!

Mula belajar mengaji sekarang–dapatkan secara Percuma!

Tebus tiket percuma kelas percubaan sekarang!

Kalau bukan sekarang, bila lagi nak belajar mengaji.