Ilmu Tajwid merupakan ilmu memperelokkan bacaan Al Quran dengan menjaga sifat-sifat dan hak-hak huruf di dalam Al Quran menepati apa yang diterima daripada para qurra’ yang berkesinambungan hingga Rasulullah S.A.W.

 

Firman Allah SWT, 

وَرَتِّلِ الۡقُرۡاٰنَ تَرۡتِيۡلًا

Maksudnya: “Dan bacalah Al-Qur’an itu dengan tartil ”[QS:Al-Muzzammil].

 

Apa itu Izhar Syafawi ?

Izhar Syafawi adalah Mim bertanda Sukun yang bertemu dengan SEMUA huruf Hijaiyah yang berbaris selain huruf Mim dan Ba.

Dari segi istilah, Izhar Syafawi membawa maksud menzahirkan sebutan Mim sakinah tanpa dengung.

Izhar Syafawi bagi Mim Sakinah ini dapat dikenal dengan melihat Mim Sakinah yang mempunyai tanda sukun di atasnya, diikuti dengan huruf berbaris selain dari mim dan ba selepasnya.

 

26 Huruf Izhar Syafawi : 

  1. alif ( ا )
  2. ta ( ت )
  3. tsa ( ث )
  4. jim ( ج ) 
  5. ha ( ج ) 
  6. kho ( خ ) 
  7. dal ( د )
  8. dzal ( ذ )
  9. ro ( ر ) 
  10. za ( ز ) 
  11. sin ( س ) 
  12. syin ( ش ) 
  13. shod ( ص )
  14. dhod ( ض ) 
  15. tho ( ط )
  16. zho ( ظ ) 
  17. ain ( ع ) 
  18. ghoin ( غ ) 
  19. fa ( ف )
  20. qof ( ق ) 
  21. kaf ( ك ) 
  22. lam ( ل ) 
  23. nun ( ن )
  24. ha ( هـ )
  25. wa ( و ) 
  26. ya ( ي )

 

Cara bacaan Izhar Syafawi : 

Izhar Syafawi dibaca dengan cara MENZAHIRKAN atau MENJELASKAN sebutan Mim Sakinah apabila bertemu dengan 26 huruf selain م dan ب ,  dengan merapatkan bibir dan menahan suara dari naik ke pangkal hidung bagi mengelakkan keluarnya suara dengung. Bagi memastikan tiada dengung pada sebutan mim, maka bibir hendaklah dibuka semula dengan cepat setelah ia dirapatkan.

 

Contoh Izhar Syafawi dalam Al-Quran

Contoh 1 : 

Al Kafirun ayat 3

وَلَا أَنْتُمْ عَابِدُونَ مَا أَعْبُدُ

Sebab : Mim bertemu dengan ‘ain

 

Contoh 2 : 

Al Ikhlas ayat 3

لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ

Sebab : Mim bertemu dengan ya

 

Contoh 3 : 

Al Quraisy ayat 2

إِيلَافِهِمْ رِحْلَةَ الشِّتَاءِ وَالصَّيْف

Sebab : Mim bertemu dengan ro

 

Kesimpulannya, memahami dan mengamalkan hukum tajwid yang betul sangat penting dalam membaca Al-Quran dengan baik. Bukan sahaja memastikan ketepatan dalam bacaan, tetapi juga menjaga keindahan bacaan Al-Quran. 

 

Buat anda yang ingin memperbaiki bacaan Al-Quran dari segi hukum-hakam tajwid, Azdan sedia membantu anda !

Manfaat yang anda akan dapat jika sertai Azdan:

  • Dapat bimbingan yang betul mengikut topik
  • Platform pembelajaran yang terkini
  • Boleh belajar di mana-mana anda berada selagi ada jaringan internet
  • Kuiz pemantapan kefahaman
  • Semakan bacaan dengan guru
  • Kelas ulangkaji secara live
  • Seminar khas untuk pemantapan asas bacaan Al-Quran

 

Jom dapatkan konsultasi bersama Azdan dengan tekan link di bawah sekarang.

KLIK DI SINI

Promosi Selamat Datang!

PERCUMA

Kelas Percubaan!

Mula belajar mengaji sekarang–dapatkan secara Percuma!

Tebus tiket percuma kelas percubaan sekarang!

Kalau bukan sekarang, bila lagi nak belajar mengaji.