Bagi umat Islam, membaca Al-Quran dengan betul adalah satu kewajipan. Dalam menunaikan solat, seorang Muslim wajib membaca Surah Al-Fatihah & Rukun Qauli dengan betul.  Sebelum membaca Al-Quran, terlebih dahulu mempelajari huruf-huruf hijaiyyah seperti huruf-huruf yang digunakan dalam Al-Quran. 

 

Apa itu Huruf Hijaiyyah ?

Huruf Hijaiyyah adalah huruf-huruf arab dan huruf-huruf inilah yang akan membentuk kalimah dan seterusnya ayat Al-Quran. Ia ditulis dari kanan ke kiri. 

 

Berapakah Jumlah Huruf Hijaiyyah ?

Pendapat 1 : Jumlah Huruf Hijaiyah adalah 29 (konsonan)

Pendapat 2 : Jumlah Huruf Hijaiyah adalah 28 (tidak termasuk alif kerana alif adalah huruf mad yang berfungsi untuk memanjangkan bacaan). 28 konsonan dan 1 vokal (mad)

Kedua-dua pendapat adalah benar. Jadi,  boleh disimpulkan bahawa jumlah Huruf Hijaiyyah adalah 29 (nama huruf) dengan 28 huruf sahaja yang menerima baris.

 

Huruf Hijaiyyah 

Terdapat 28 huruf Hijaiyah dalam Al-Quran. Ini adalah senarai 28 huruf Hijaiyyah yang terdapat dalam Al-Quran:

  1. ا (Alif)
  2. ب (Ba)
  3. ت (Ta)
  4. ث (Tha)
  5. ج (Jim)
  6. ح (Ha)
  7. خ (Kha)
  8. د (Dal)
  9. ذ (Dhal)
  10. ر (Ra)
  11. ز (Za)
  12. س (Sin)
  13. ش (Syin)
  14. ص (Shad)
  15. ض (Dhad)
  16. ط (Tha)
  17. ظ (Dzha)
  18. ع (‘Ain)
  19. غ (Ghain)
  20. ف (Fa)
  21. ق (Qaf)
  22. ك (Kaf)
  23. ل (Lam)
  24. م (Mim)
  25. ن (Nun)
  26. ه (Ha)
  27. و (Wau)
  28. ي (Ya)

 

Contoh Huruf Hijaiyah

Contoh huruf hijaiyyah dapat dilihat langsung dalam Al-Quran. Salah satunya yang termaktub pada ayat pertama Surah Al Fatihah berikut : 

بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Kalimah tersebut terdiri dari 19 huruf hijaiyah, yakni: بِ سْ مِ ا ل لّٰ هِ ا ل رَّ حْ مٰ نِ  ا ل رَّ حِ يْ مِ

 

Kesimpulannya, apabila kita sudah mengenali huruf hijaiyyah dengan baik, akan menjadi lebih mudah untuk kita mempelajari hukum tajwid yang lain. In Shaa Allah dengan ini kita akan menjadi orang yang celik Al-Quran. Yakinlah dengan Al-Quran hidup akan jadi lebih tenang dan bahagia di dunia & akhirat.

 

Anda boleh membaca Al-Quran tetapi masih belum dapat menguasai hukum tajwid dengan baik ? 

Nak kenal makhraj dan sifat huruf dengan lebih dekat ?

Jangan risau, jangan bimbang – Azdan menawarkan kelas mengaji online untuk anda ! 

Jom daftar sesi konsultasi secara personal  tanpa sebarang caj hari ini.

KLIK DI SINI

Promosi Selamat Datang!

PERCUMA

Kelas Percubaan!

Mula belajar mengaji sekarang–dapatkan secara Percuma!

Tebus tiket percuma kelas percubaan sekarang!

Kalau bukan sekarang, bila lagi nak belajar mengaji.