Apa itu Nun Wiqoyah ?
Nun Wiqayah adalah Nun yang berasal dari tanwin ketika tanwin bertemu hamzah washal. Selain disebut Nun Wiqayah, nun tersebut juga dinamakan Nun Silah, Nun Wasal, Nun Iwadh, dan Nun tanwin. Wiqoyah bermaksud menjaga. Maksudnya nun ini berfungsi menjaga agar tidak terjadi pertemuan 2 sukun. Istilah Nun Wiqayah ini popular dalam Ilmu Nahwu.
Cara Bacaan Nun Wiqoyah
Nun (Nun Wiqayah) yang ditambah pada bacaan apabila terdapat mana-mana kalimah yang berakhir dengan Tanwin (baris dua) bertemu dengan Hamzah Wasal. Cara membaca Nun Wiqoyah adalah dengan mengganti bunyi tanwin menjadi harakat biasa, dan selepasnya ditambah huruf nun berharakat kasrah. Misalnya fathatain berubah menjadi fathah, dhammatain menjadi dhammah, dan kasratain menjadi kasrah. Dalam Al-Qur’an Al-Karim (Rasm Uthmani) nun ini tidak ditulis dengan nyata tetapi dari segi bacaannya ianya hendaklah dibunyikan.
Dengan kata lain, apabila ada Tanwin yang bertemu dengan Hamzah Wasal maka ada hukum atau muncul lah nun yang dinamakan dengan Nun Wiqayah. Nun Wiqayah hanya muncul ketika dibaca wasal (tanwin bertemu hamzah wasal), jika waqaf maka tidak muncul Nun Wiqayah.
Hukum Nun Wiqayah
Tanda Nun Wiqayah berada di 2 tempat, iaitu :
Contoh Nun Wiqoyah
Jelaslah bahawa, mempelajari hukum-hukum tajwid adalah langkah penting dalam mendalami dan menguasai bacaan Al-Quran. Dengan meningkatkan pemahaman kita tentang hukum-hukum tajwid, kita dapat membaca Al-Quran dengan lebih baik dan memperoleh manfaat rohani yang lebih besar daripadanya. Semoga kita semua dapat menghayati keindahan dan kebenaran Al-Quran dengan lebih mendalam.
Anda boleh membaca Al-Quran tetapi masih belum dapat menguasai hukum tajwid dengan baik ?
Nak kenal makhraj dan sifat huruf dengan lebih dekat ?
Jangan risau, jangan bimbang – Azdan menawarkan kelas mengaji online untuk anda !
Jom daftar sesi konsultasi secara personal tanpa sebarang caj hari ini.
Mula belajar mengaji sekarang–dapatkan secara Percuma!