Surah Luqman merupakan surah yang ke-31 mengikut susunan di dalam al-Quran dan mengandungi 34 ayat. Ia dinamakan sebagai Luqman kerana di dalam surah ini Allah telah merakamkan kisah seorang lelaki bernama Luqman bermula ayat 12 hingga 19. Luqman dikenali sebagai seorang yang telah diberikan oleh Allah hikmah kebijaksanaan serta mempunyai akhlak yang terpuji. 

Luqman merupakan insan biasa yang dihiasi dengan pelbagai akhlak terpuji. Segala tanggungjawab yang diberikan dilaksanakan dengan penuh amanah dan jujur. Sifat tawaduk dan rendah diri yang dimilikinya menjadi asbab beliau diangkat martabatnya di sisi Allah. Kegigihan Luqman dalam menerapkan akhlak yang mulia serta membimbing ahli keluarganya ke jalan yang diredai oleh Allah sewajarnya diangkat sebagai ikon buat masyarakat masa kini. 

 

3 Cara Luqman Mendidik Anak-anaknya

1) Panggilan 

Dalam komunikasi antara Luqman dan anaknya, dapat dilihat bagaimana beliau telah memulakan perbualan tersebut dengan memilih panggilan yang manja dan lunak kepada anaknya. Panggilan (يبني) yang bermaksud anak kesayangan ini memperlihatkan kepada kita perasaan cinta dan keprihatinan yang dimiliki oleh seorang bapa yang ikhlas dalam mendidik anaknya. Panggilan yang penuh dengan kelunakan ini mampu meresap terus dalam sanubari anak-anak sehingga memudahkan mereka untuk mendengar dan mentaati perintah daripada kedua ibu bapanya.  Luqman telah menggunakan panggilan manja tersebut kepada anaknya sebanyak 3 kali iaitu pada ayat 13, 16 dan 17.

وَإِذْ قَالَ لُقْمَـٰنُ لِٱبْنِهِۦ وَهُوَ يَعِظُهُۥ يَـٰبُنَىَّ لَا تُشْرِكْ بِٱللَّهِ ۖ إِنَّ ٱلشِّرْكَ لَظُلْمٌ عَظِيمٌۭ ١٣

Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya:” Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar”.

 

يَـٰبُنَىَّ إِنَّهَآ إِن تَكُ مِثْقَالَ حَبَّةٍۢ مِّنْ خَرْدَلٍۢ فَتَكُن فِى صَخْرَةٍ أَوْ فِى ٱلسَّمَـٰوَٰتِ أَوْ فِى ٱلْأَرْضِ يَأْتِ بِهَا ٱللَّهُ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ لَطِيفٌ خَبِيرٌۭ ١٦

(Luqman menasihati anaknya dengan berkata): “Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau yang buruk) sekalipun seberat biji sawi, serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit atau pun di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk dihakimi dan dibalasNya); kerana sesungguhnya Allah Maha Halus pengetahuanNya; lagi Amat Meliputi akan segala yang tersembunyi.

 

يَـٰبُنَىَّ أَقِمِ ٱلصَّلَوٰةَ وَأْمُرْ بِٱلْمَعْرُوفِ وَٱنْهَ عَنِ ٱلْمُنكَرِ وَٱصْبِرْ عَلَىٰ مَآ أَصَابَكَ ۖ إِنَّ ذَٰلِكَ مِنْ عَزْمِ ٱلْأُمُورِ ١٧

“Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya.

 

2) Pengulangan 

Bagi memastikan setiap nasihat yang diberikan melekat secara kukuh dalam jiwa anak-anak, peringatan berterusan perlu diberikan bagi memastikan nasihat tersebut tidak luput dari fikiran. Dalam surah Luqman ini, kita mendapati bagaimana mendidik anaknya dengan mengulangi empat perkara secara konsisten iaitu larangan syirik serta saranan bersyukur kepada Allah. Dalam ayat ke 13, Luqman telah memperingatkan anaknya berkaitan bahaya syirik kepada Allah iaitu : 

وَإِذْ قَالَ لُقْمَـٰنُ لِٱبْنِهِۦ وَهُوَ يَعِظُهُۥ يَـٰبُنَىَّ لَا تُشْرِكْ بِٱللَّهِ ۖ إِنَّ ٱلشِّرْكَ لَظُلْمٌ عَظِيمٌۭ ١٣

Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya:” Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar”.

 

3) Penjelasan 

Setiap perintah atau larangan yang dikeluarkan oleh ibu bapa perlu disertakan dengan hujah dan alasan yang munasabah bagi memudahkan kefahaman anak-anak. Kaedah ini telah dipraktikkan oleh Luqman sewaktu menjelaskan justifikasi buat anak-anak untuk menghargai pengorbanan ibu bapa mereka iaitu : 

وَوَصَّيْنَا ٱلْإِنسَـٰنَ بِوَٰلِدَيْهِ حَمَلَتْهُ أُمُّهُۥ وَهْنًا عَلَىٰ وَهْنٍۢ وَفِصَـٰلُهُۥ فِى عَامَيْنِ أَنِ ٱشْكُرْ لِى وَلِوَٰلِدَيْكَ إِلَىَّ ٱلْمَصِيرُ ١٤

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).

 

Dalam ayat tersebut, Luqman menjelaskan bahawa ibu telah menanggung pelbagai kepayahan dan kesukaran bermula awal kehamilan sehinggalah proses melahirkan anak. 

 

Kesimpulannya, Al-Quran banyak memberikan panduan termasuk dalam aspek kekeluargaan. Para ibu bapa boleh mencontohi bagaimana Luqman Al-Hakim menasihati anaknya dengan kelembutan dan penuh ilmu. Dengan didikan yang betul, anak didikan ibu bapa akan membesar dengan baik mengikut acuan Islam.  

 

Anda boleh membaca Al-Quran tetapi masih belum dapat menguasai hukum tajwid dengan baik ? 

Nak kenal makhraj dan sifat huruf dengan lebih dekat ?

Jangan risau, jangan bimbang – Azdan menawarkan kelas mengaji online untuk anda ! 

Jom daftar sesi konsultasi secara personal  tanpa sebarang caj hari ini.

KLIK DI SINI

Promosi Selamat Datang!

PERCUMA

Kelas Percubaan!

Mula belajar mengaji sekarang–dapatkan secara Percuma!

Tebus tiket percuma kelas percubaan sekarang!

Kalau bukan sekarang, bila lagi nak belajar mengaji.