Mempelajari ilmu Tajwid adalah satu perkara yang sangat penting kerana dapat memelihara diri daripada melakukan kesalahan ketika membaca Al-Quran. Seseorang itu dapat terhindar daripada melakukan kesalahan yang boleh merosakkan atau mencacatkan bacaan Al-Quran jika dia mempraktikkan ilmu Tajwid dalam pembacaan Al-Quran.

 

Allah SWT berfirman : 

وَرَتِّلِ الۡقُرۡاٰنَ تَرۡتِيۡلًا

Maksudnya: “Dan bacalah Al-Qur’an itu dengan tartil ”[QS:Al-Muzzammil].

 

Apa itu Mad Iwad ?

Mad Iwad merupakan salah satu jenis mad dalam ilmu tajwid dan merupakan mad asli yang berlaku ketika mewaqafkan bacaan.

Perkataan ‘Iwadh dari segi bahasa bermaksud ganti. Dari segi istilah pula ‘Iwadh bermaksud mad yang dibaca 2 harakat sebagai ganti kepada tanwin fathah (baris dua di atas) ketika diwaqafkan. 

 

Tanda Mad Iwad : 

Tanda Mad ‘Iwadh adalah apabila mewaqafkan atau berhenti pada kalimah yang mempunyai Tanwin fathah ( ـً ) . 

 

Hukum bacaan Mad Iwad : 

Mad Iwad dibaca apabila terdapat fathatain atau tanwin berbaris atas ( ـً ) pada akhir kalimah kerana waqaf (berhenti) dan dibaca mad sebagai pengganti kepada tanwin. Jadi, harakat tanwin tidak lagi dibunyikan.

Cara membaca mad iwad adalah dengan baris satu di atas beserta 2 harakat. Namun, hukum ini tidak berlaku pada huruf ta marbutah (ة) yang terletak pada akhir ayat.

 

Contoh Mad Iwad dalam Al-Quran : 

Contoh 1 : 

QS. An-Nasr ayat 2

وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ في دِيْنِ اللَّهِ أَفْوَاجًا

Mad iwad dalam ayat ini terdapat pada bahagian akhir ayat, iaitu pada bacaan “أَفْوَاجًا”.

 

Contoh 2 :

QS. An-Nasr ayat 3

فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُۗ اِنَّهٗ كَانَ تَوَّابًا

Mad iwad dalam ayat ini terdapat pada bahagian akhir ayat, iaitu pada bacaan “كَانَ تَوَّابًا”.

 

Contoh 3 : 

QS. Al-Balad ayat 6

يَقُوْلُ اَهْلَكْتُ مَالًا لُّبَدًاۗ

Mad iwad dalam ayat ini terdapat pada bahagian akhir ayat, iaitu pada bacaan “لُّبَدًا”. 

 

Jelaslah bahawa, mempelajari hukum-hukum tajwid adalah langkah penting dalam mendalami dan menguasai bacaan Al-Quran. Semoga kita semua dapat menghayati keindahan dan kebenaran Al-Quran dengan lebih mendalam.

 

Buat anda yang ingin memperbaiki bacaan Al-Quran dari segi makhraj, Azdan sedia membantu anda !

Manfaat yang anda akan dapat jika sertai Azdan:

  • Dapat bimbingan yang betul mengikut topik
  • Platform pembelajaran yang terkini
  • Boleh belajar di mana-mana anda berada selagi ada jaringan internet
  • Kuiz pemantapan kefahaman
  • Semakan bacaan dengan guru
  • Kelas ulangkaji secara live
  • Seminar khas untuk pemantapan asas bacaan Al-Quran

 

Jom dapatkan konsultasi bersama Azdan dengan tekan link di bawah sekarang.

KLIK DI SINI