Apa Itu Ilmu Tajwid ?

  • Tajwid dari sudut bahasa bermaksud memperelokkan atau memperindahkan.  
  • Dari sudut istilah pula, Tajwid bermaksud mengeluarkan huruf dari tempatnya dengan memberikan hak sifat-sifat yang dimilikinya. 
  • Ringkasnya, ilmu tajwid adalah ilmu tentang cara membaca Al-Quran dengan baik dan betul

 

Tujuan Mempelajari Ilmu Tajwid

Supaya dapat membaca ayat suci Al-Qur’an dengan fasih, lancar, serta dapat memelihara lidah dari kesalahan-kesalahan ketika membaca Al-Qur’an.

 

Hukum Mempelajari Ilmu Tajwid 

Hukum mempelajari ilmu tajwid adalah fardhu kifayah, iaitu jika ada sebagian kaum muslimin yang mempelajari ilmu tajwid, maka gugurlah kewajiban sebagai kaum muslimin yang lain untuk mempelajari ilmu tajwid.

Manakala mengamalkan ilmu tajwid hukumnya fardhu ‘ain bagi setiap pembaca Al Quran (qari’).

 

Jelaslah bahawa, meskipun hukum mempelajari ilmu tajwid adalah fardhu kifayah, tetapi membaca Al Quran dengan baik dan benar adalah satu keharusan (fardhu ‘ain). Sebagaimana firman Allah dalam Surah Al-Muzzammil ayat ke-4:

اَوْ زِدْ عَلَيْهِ وَرَتِّلِ الْقُرْاٰنَ تَرْتِيْلًاۗ

Maksudnya : Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya; dan bacalah Al-Quran dengan “Tartil”.

Namun begitu, jika membaca Al-Quran dengan tajwid yang betul adalah satu kewajiban bagi setiap muslim, maka membacanya dengan tajwid yang salah adalah suatu dosa.

 

Sebab Perlu Belajar Ilmu Tajwid 

  • Dapat menjaga lidah daripada melakukan kesalahan semasa membaca Al-Quran.
  • Mengelakkan kesilapan ketika menyebut bacaan-bacaan Al-Quran yang berkaitan bacaan panjang dan pendek setiap huruf dalam Al-Quran.
  • Mengelakkan kesilapan ketika menyebut bacaan-bacaan yang perlu dibaca dengan dengung.
  • Ia adalah ilmu cara pembacaan Al-Quran yang betul sepertimana pembacaan Al-Quran yang diajar oleh Malaikat Jibril A.S. kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. 
  • Nabi pula mengajar Al-Quran kepada para sahabat baginda dengan pembacaan Al-Quran bertajwid. Begitulah Al-Quran tersebut dibaca dengan bertajwid semenjak ianya diwahyukan sehingga kini.
  • Membaca Al-Quran dengan bertajwid adalah kewajipan. Sesiapa tidak membaca dengan bertajwid maka ia berdosa. Ini kerana begitulah ia diturunkan. Dan dengan bentuk demikian ia sampai kepada kita.
  • Dapat meningkatkan minat dalam membaca Al-Quran. Dengan pemahaman dan penguasaan ilmu Tajwid yang betul serta kualiti bacaan Al-Quran, maka kecenderungan minat untuk membaca Al-Quran akan lebih meningkat. Kecenderungan tersebut bukan hanya di dalam peningkatan membacanya sahaja, bahkan lebih cenderung dalam memahami dan mendalami makna-makna yang terkandung dalam Al-Quran.

 

Kesimpulannya, membaca Al-Quran dengan bertajwid adalah wajib. Lantaran itu, bagi sesiapa yang ingin membaca Al-Quran, wajib ke atasnya mempelajari ilmu tajwid yang asas dan ini bagi mengelakkan dari tersilap ketika membaca yang boleh membawa kepada perubahan lafaz dan makna sedangkan keduanya adalah kesalahan yang besar dalam pembacaan Al-Quran.

 

Anda boleh membaca Al-Quran tetapi masih belum dapat menguasai hukum tajwid dengan baik ? 

Nak kenal makhraj dan sifat huruf dengan lebih dekat ?

Jangan risau, jangan bimbang – Azdan menawarkan kelas mengaji online untuk anda ! 

Jom daftar sesi konsultasi secara personal  tanpa sebarang caj hari ini.

KLIK DI SINI

Promosi Selamat Datang!

PERCUMA

Kelas Percubaan!

Mula belajar mengaji sekarang–dapatkan secara Percuma!

Tebus tiket percuma kelas percubaan sekarang!

Kalau bukan sekarang, bila lagi nak belajar mengaji.