Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati. Apabila ajal menjemput, maka terputuslah hubungan antara jasad dan roh dan bermulalah detik perjalanan manusia menuju ke negeri akhirat yang merupakan garis permulaan bagi satu perjalanan yang sangat panjang.
Dalil Al-Quran
كُلُّ نَفۡسࣲ ذَاۤىِٕقَةُ ٱلۡمَوۡتِۗ وَإِنَّمَا تُوَفَّوۡنَ أُجُورَكُمۡ یَوۡمَ ٱلۡقِیَـٰمَةِۖ فَمَن زُحۡزِحَ عَنِ ٱلنَّارِ وَأُدۡخِلَ ٱلۡجَنَّةَ فَقَدۡ فَازَۗ وَمَا ٱلۡحَیَوٰةُ ٱلدُّنۡیَاۤ إِلَّا مَتَـٰعُ ٱلۡغُرُورِ
“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.”
(Surah Ali Imran ayat : 185)
Maksud Alam Barzakh
Alam Barzakh adalah alam penantian. Ketika seseorang mati, badannya hancur terurai menjadi unsur-unsur dalam tanah. Tetapi rohnya ‘melayang’ memasuki Alam Barzakh. Sebuah alam yang memiliki dimensi berbeza dengan dunia manusia. Alam Barzakh adalah alam nyata bagi mereka yang mati sebelum dibangkitkan di Hari Akhirat.
7 Persiapan Untuk Melangkah Ke Alam Barzakh
Persoalannya, apakah persiapan kita seandainya kematian datang secara tiba-tiba ?
Adakah kita telah membuat persiapan sekiranya saat kematian itu datang ?
Ketika itu apakah yang dapat kita bawa bersama sebagai teman setia yang akan membantu kita menghadapi saat getir di alam barzakh ?
7 amalan yang boleh kita amalkan sebagai penolong di Alam Barzakh :
1) Menjaga Solat 5 Waktu
Solat adalah ibadah pertama yang akan dihisab di akhirat kelak. Solat juga dapat menjadi bekalan kita untuk menerangi alam kubur.
Rasulullah SAW menegaskan bahawa solat dapat menjadi cahaya yang menerangi bagi seorang Muslim. Rasulullah SAW bersabda :
وَالصَّلَاةُ نُورٌ وَالصَّدَقَةُ بُرْهَانٌ وَالصَّبْرُ ضِيَاءٌ وَالْقُرْآنُ حُجَّةٌ لَكَ أَوْ عَلَيْكَ
“Solat adalah cahaya, sedekah merupakan bukti nyata, sabar itu sinar, dan Al-Qur’an adalah pembelamu atau penuntutmu,” (HR. Muslim).
2) Memperbanyakkan Istighfar dan Taubat
Manusia sentiasa terdedah kepada kesilapan dan kesalahan. Malah setiap anak Adam adalah berdosa dan tidak pernah lekang dari dosa.
Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud :
“Sesungguhnya, seorang hamba apabila berbuat dosa maka di dalam hatinya ditorehkan sebuah titik hitam. Apabila ia meninggalkannya dan beristighfar serta bertaubat maka kembali bersih hatinya. Dan jika dia mengulanginya maka titik hitam itu akan ditambahkan padanya sampai menjadi pekat, itulah yang disebutkan Allah Ta’ala: ‘Sekali-kali tidak akan tetapi itulah raan yang menyelimuti hati mereka akibat apa yang telah mereka kerjakan.'” (HR Ahmad, Tirmidzi, dan Ibnu Majah)
Firman Allah s.w.t. :
وَمَا كَانَ اللّٰهُ لِيُعَذِّبَهُمْ وَاَنْتَ فِيْهِمْۚ وَمَا كَانَ اللّٰهُ مُعَذِّبَهُمْ وَهُمْ يَسْتَغْفِرُوْنَ
Tetapi Allah tidak akan menghukum mereka, selama engkau (Muhammad) berada di antara mereka. Dan tidaklah (pula) Allah akan menghukum mereka, sedang mereka (masih) memohon ampunan. (Surah Al-Anfal ayat 33)
3) Beriman Kepada Allah
Iman adalah perkara yang paling penting sekali bagi seseorang manusia kerana imanlah yang menentukan selamat dan sahnya amalan itu.
يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ ءَامِنُوا۟ بِٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ وَٱلْكِتَـٰبِ ٱلَّذِى نَزَّلَ عَلَىٰ رَسُولِهِۦ وَٱلْكِتَـٰبِ ٱلَّذِىٓ أَنزَلَ مِن قَبْلُ ۚ وَمَن يَكْفُرْ بِٱللَّهِ وَمَلَـٰٓئِكَتِهِۦ وَكُتُبِهِۦ وَرُسُلِهِۦ وَٱلْيَوْمِ ٱلْـَٔاخِرِ فَقَدْ ضَلَّ ضَلَـٰلًۢا بَعِيدًا
Firman Allah SWT yang bermaksud : “Wahai orang-orang yang beriman! Tetapkanlah iman kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, dan kepada Kitab Al-Quran yang telah diturunkan kepada Rasul-Nya (Muhammad SAW), dan juga kepada Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan dahulu daripada itu. Dan sesiapa yang kufur ingkar kepada Allah, dan malaikat-malaikat-Nya, dan Kitab-kitab-Nya, dan Rasul-rasul-Nya dan juga Hari Akhirat, maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh.” (Surah an Nisa ayat 136 )
Ada beberapa riwayat yang mengatakan bahawa dengan beriman, seorang Muslim akan dilapangkan kuburnya seluas pandangan mata dan menjadi penyelamat pertama di alam kubur kelak.
4) Memperbanyakkan sedekah jariah
Allah memuliakan hamba-Nya yang suka bersedekah. Terdapat banyak ganjaran yang menakjubkan bagi orang-orang yang gemar bersedekah.
Rasulullah SAW bersabda :
“Sesungguhnya Allah Ta’ala itu Maha Memberi, Ia mencintai kedermawanan serta akhlak yang mulia, Ia membenci akhlak yang buruk.” (HR. Al Baihaqi, di shahihkan Al Albani dalam Shahihul Jami’, 1744)
اليد العليا خير من اليد السفلى واليد العليا هي المنفقة واليد السفلى هي السائلة
“Tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang di bawah. Tangan di atas adalah orang yang memberi dan tangan yang dibawah adalah orang yang meminta.” (HR. Bukhari no.1429, Muslim no.1033)
5) Membaca Surah Al-Mulk Setiap Malam
Kelebihan yang pertama adalah pembaca akan terhindar dari azab kubur. Ini boleh dilihat di mana Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Surah Al Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur.”
Selain itu, jika kita selalu mengamalkan surah ini pada waktu malam, maka ia akan menjadi ‘pengganti’ yang akan bersoal jawab dengan Munkar Nakir.
Mengenai perkara ini, Rasulullah SAW bersabda:
“Sesiapa membaca surah Al Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai pengganti untuk bersoal jawab dengan Munkar Nakir.
6) Ilmu yang bermanfaat
Setiap daripada kita memiliki ilmu, kemahiran dan pengetahuan yang baik, yang boleh diajarkan dan disampaikan kepada orang lain sama ada berbentuk ilmu agama , ilmu akademik dan kemahiran, amalan kita ini adalah amalan yang amat terpuji. Apabila kita sampaikan kepada orang lain dan ilmu tersebut diamalkan dan disampaikan semula secara berterusan hingga ke hari kiamat, maka kita tetap akan mendapat ganjaran pahala yang berterusan.
Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya : “Sesiapa yang mengajak ke jalan hidayah, maka baginya dari pahala seperti pahala (sebanyak pahala) pengikutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dari pahala mereka. Dan sesiapa yang mengajak ke jalan sesat, maka menanggung dosa sebanyak dosa-dosa pengikutnya, dengan tidak mengurangi dari dosa-dosa mereka sedikit pun. (Diriwayatkan oleh Imam Muslim)
7) Sentiasa meminta maaf sesama makhluk
Dosa dengan Allah akan diampunkan jika seseorang itu bertaubat dan menyesal atas segala perbuatannya serta bertekad untuk tidak mengulangi perbuatan maksiat itu selama-lamanya. Tetapi, dosa dengan manusia sangatlah berat jika tidak dimaafkan oleh orang tersebut.
Sabda Baginda Rasulullah:
Barang siapa yang menanggung kezaliman yang dilakukan ke atas orang lain, sama ada mengenai maruah dan kehormatan atau apa-apa perkara lain (mengambil harta orang lain) maka bersegeralah untuk meminta keampunan sebelum datangnya masa yang tidak ada padanya wang ringgit atau emas perak untuk membayarnya. [HR Tirmizi 2419]
Rujukan :
https://www.hmetro.com.my/addin/2020/09/618998/bersedia-alam-baqa
https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/category/persediaan-ke-alam-barzakh/
https://www.youtube.com/watch?v=GYq8z53PIiE
Azdan mengajak tuan puan buat persiapan hadapi kematian dan Alam Barzakh dengan mendalami Ilmu Al-Quran dan mengamalkan isinya.
Daftarkan diri & ahli keluarga anda ke Program Himpunan 2,000 Ummah pada Julai ini!
KONVENSYEN JIWA QURAN : Andai Esok Nafas Terhenti
Dapatkan info dan rebut peluang menjadi peserta VIP dengan hadiah eksklusif & slot istimewa sebelum pendaftaran ditutup.
Link : https://azdansdnbhd.com/order/form/394/Socmed
Mula belajar mengaji sekarang–dapatkan secara Percuma!