Dunia hanya tempat persinggahan buat manusia ‘mengutip’ seberapa banyak bekalan untuk dibawa menuju ke alam abadi iaitu akhirat. Dunia ialah ‘mazratul akhirat’ iaitu jambatan menuju ke akhirat. Namun ramai manusia yang terpedaya dengan tipu daya dunia dan hidup seakan-akan dunia adalah selamanya. Jadi, kita hendaklah mempersiapkan diri dengan amal ibadah. Lakukanlah kebaikan dan tinggalkanlah maksiat. InshaAllah kehidupan kita sebagai mukmin akan sejahtera dunia akhirat.
Dalil Al-Quran :
وَمَا ٱلْحَيَوٰةُ ٱلدُّنْيَآ إِلَّا مَتَـٰعُ ٱلْغُرُورِ
“Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.”
قَـٰلَ كَمْ لَبِثْتُمْ فِى ٱلْأَرْضِ عَدَدَ سِنِينَ١١٢ , قَالُوا۟ لَبِثْنَا يَوْمًا أَوْ بَعْضَ يَوْمٍۢ فَسْـَٔلِ ٱلْعَآدِّينَ ١١٣
“Kamu tidak tinggal (di dunia) melainkan sedikit masa sahaja, kalau kamu dahulu mengetahui hal ini (tentulah kamu bersiap sedia).”
Dalil Hadis Nabi :
وَاللهِ ، مَا الدُّنْيَا فِـي الْآخِرَةِ إِلَّا مِثْلُ مَا يَـجْعَلُ أَحَدُكُمْ إِصْبَعَهُ هٰذِهِ – وَأَشَارَ يَحْيَ بِالسَّبَّابَةِ – فِـي الْيَمِّ ، فَلْيَنْظُرْ بِمَ تَرْجِـعُ
“Demi Allah ! Tidaklah dunia dibandingkan akhirat melainkan seperti salah seorang dari kalian mencelupkan jarinya ke laut, (perawi hadits ini iaitu) Yahya memberikan isyarat dengan jari telunjuknya – lalu hendaklah dia melihat apa yang dibawa jarinya itu ?” (HR Muslim dan Ibnu Hibban).
5 Alam yang Akan Dilalui Manusia :
Manusia terdiri daripada satu jasad dan roh. Sebelum manusia dilahirkan ke dunia, Allah SWT telah menciptakan roh-roh dari seluruh manusia di muka bumi di suatu alam yang bernama alam roh.
Di alam inilah, roh tersebut mengucapkan sumpah kepada Allah. Sumpah ini diabadikan Allah dalam surat Al-A’raf ayat 172 :
وَاِذْ اَخَذَ رَبُّكَ مِنْۢ بَنِيْٓ اٰدَمَ مِنْ ظُهُوْرِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَاَشْهَدَهُمْ عَلٰٓى اَنْفُسِهِمْۚ اَلَسْتُ بِرَبِّكُمْۗ قَالُوْا بَلٰىۛ شَهِدْنَاۛ اَنْ تَقُوْلُوْا يَوْمَ الْقِيٰمَةِ اِنَّا كُنَّا عَنْ هٰذَا غٰفِلِيْنَۙ
(Ingatlah) ketika Tuhanmu mengeluarkan dari tulang punggung anak cucu Adam, keturunan mereka dan Allah mengambil kesaksiannya terhadap diri mereka sendiri (seraya berfirman), “Bukankah Aku ini Tuhanmu?” Mereka menjawab, “Betul (Engkau Tuhan kami), kami bersaksi.” (Kami melakukannya) agar pada hari Kiamat kamu (tidak) mengatakan, “Sesungguhnya kami lengah terhadap hal ini.”
Berlakunya penggabungan roh dan jasad pada usia empat bulan di dalam kandungan iaitu setelah sempurna jasad manusia.
Proses Kejadian Manusia Menurut Al-Quran :
Peringkat pertama :
NUTFAH : iaitu peringkat pertama bermula selepas persenyawaan atau minggu pertama. Ianya bermula setelah berlakunya percampuran air mani.
Allah berfirman dalam surah al-Insan ayat 2 :
إِنَّا خَلَقْنَا ٱلْإِنسَـٰنَ مِن نُّطْفَةٍ أَمْشَاجٍۢ نَّبْتَلِيهِ فَجَعَلْنَـٰهُ سَمِيعًۢا بَصِيرًا
“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada setitis air mani yang bercampur yang Kami (hendak mengujinya dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat.”
Peringkat kedua :
ALAQAH : Peringkat pembentukan alaqah ialah pada hujung minggu pertama / hari ketujuh. Pada hari yang ketujuh telur yang sudah disenyawakan itu akan tertanam didinding rahim.
Firman Allah dalam Surah al-Mukminun ayat 14 :
ثُمَّ خَلَقْنَا النُّطْفَةَ عَلَقَةً
“Kemudian Kami mengubah nutfah menjadi alaqah.”
Peringkat ketiga :
MUDGHAH : Pembentukan mudghah dikatakan berlaku pada minggu keempat. Perkataan mudghah disebut sebanyak dua kali di dalam al-Quran iaitu surah al-Hajj ayat 5 dan surah al-Mukminun ayat 14.
Firman Allah dalam Surah al-Mukminun ayat 14 :
فَخَلَقْنَا الْعَلَقَةَ مُضْغَةً
“lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging.”
Peringkat keempat :
IZAM DAN LAHM : Pada peringkat ini iaitu minggu kelima, keenam dan ketujuh ialah peringkat pembentukan tulang yang mendahului pembentukan oto-otot. Apabila tulang belulang telah dibentuk, otot-otot akan membungkus rangka tersebut.
Firman Allah dalam Surah al-Mukminun ayat 14 :
فَخَلَقْنَا الْمُضْغَةَ عِظٰمًا فَكَسَوْنَا الْعِظٰمَ لَحْمًا
“Lalu Kami mengubahkan pula mudghah itu menjadi izam dan kemudiannya Kami membalutkan Izam dengan daging.”
Dunia adalah sebuah perjalanan hidup manusia yang panjang, daripada bayi menjadi kanak-kanak, remaja, dewasa, tua dan diakhiri dengan kematian. Allah telah mengutus rasulNya, menurunkan wahyu Al-Qur’an dan hadits sebagai panduan, agar manusia dapat mengaplikasikan pedoman itu secara jelas tanpa sebarang keraguan. Sesungguhnya tujuan utama manusia diciptakan adalah untuk beribadah kepada Allah SWT sebagai bekal menuju akhirat.
Allah berfirman dalam surah Adz-Dzariyat ayat 56 :
وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالإنْسَ إِلا لِيَعْبُدُونِ
“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku.”
Setelah mati, manusia memasuki alam barzakh atau alam kubur. Alam kubur merupakan tempat penantian arwah orang-orang yang sudah meninggal sebelum dibangkitkan kembali oleh Tuhan dalam bentuk baru. Di situ, roh menunggu alam baru yang dimulai dengan Kiamat.
Allah SWT berfirman dalam Surah al-Mukminun ayat 100 :
وَمِن وَرَائِهِم بَرْزَخٌ إِلَىٰ يَوْمِ يُبْعَثُونَ
Maksudnya: Sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat).
Manusia akan mengalami kematian, lalu manusia akan dibangkitkan yang disebut hari kebangkitan atau al-ba’ts adalah saat di mana semua manusia hidup kembali. Mereka dikeluarkan dari alam kubur untuk dihisab (dihitung seluruh amalnya). Setelah kehidupan ada kematian. Setelah alam kubur ada kebangkitan, dan setelah kebangkitan ada perhitungan.
Allah SWT berfirman dalam Surah al-Mukminun ayat 16 :
ثُمَّ إِنَّكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ تُبْعَثُونَ
Maksudnya: “Kemudian sesungguhnya kamu akan dibangkitkan hidup semula pada hari kiamat.”
Rujukan :
https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/category/persediaan-ke-alam-barzakh/
https://www.attaubah-krw.sch.id/berita/70202/not-exists
Azdan mengajak tuan puan buat persiapan hadapi kematian dan Alam Barzakh dengan mendalami Ilmu Al-Quran dan mengamalkan isinya.
Daftarkan diri & ahli keluarga anda ke Program Himpunan 2,000 Ummah pada Julai ini!
KONVENSYEN JIWA QURAN : Andai Esok Nafas Terhenti
Dapatkan info dan rebut peluang menjadi peserta VIP dengan hadiah eksklusif & slot istimewa sebelum pendaftaran ditutup.
Link : https://azdansdnbhd.com/order/form/394/Socmed
Mula belajar mengaji sekarang–dapatkan secara Percuma!