Islam mengajar kita bahawa setiap makhluk hidup, termasuk manusia, pasti akan menghadapi kematian. Tiada siapa yang boleh lari daripada ketentuan Allah SWT ini.

Bagi orang Islam, pentinglah untuk selalu ingat tentang kematian dan berusaha siap sedia dengan sebaiknya untuk kehidupan selepas ini. Kita semua nak masuk Syurga, kan? Jadi, mari kita persiapkan diri dengan baik supaya tak menyesal nanti.

 

Sabda Nabi SAW : 

عن أبي هريرة رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : إذا مات ابن آدم انقطع عمله إلا من ثلاث: صدقة جارية أو علم ينتفع به أو ولد صالح يدعو له

Maksud hadis :

Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘Anhu katanya, Rasulullah SAW telah bersabda : Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariyah (wakaf), ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya.” (HR Muslim).

 

Inilah dia 3 Amalan yang Pahalanya Terus Mengalir Berterusan Tanpa Henti 

Amalan pertama : Amal Jariah

1) Sedekah Harta

Amalan baik yang paling biasa dilakukan ialah derma harta kepada orang yang memerlukan. Walaupun seseorang sudah meninggal dunia, amalan ini tetap akan terus memberi pahala kepada mereka.

Allah SWT berfirman: 

لَن تَنَالُوا۟ ٱلْبِرَّ حَتَّىٰ تُنفِقُوا۟ مِمَّا تُحِبُّونَ ۚ وَمَا تُنفِقُوا۟ مِن شَىْءٍۢ فَإِنَّ ٱللَّهَ بِهِۦ عَلِيمٌۭ

“Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna), sebelum kamu menafkahkan sehahagian harta yang kamu cintai. Dan apa saja yang kamu nafkahkan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.” (QS. Ali Imran ayat 92)

2)  Membangunkan masjid

Membina masjid pun boleh dianggap  buat amal jariah. Pahala  tak putus-putus mengalir sebab masjid itu orang ramai datang untuk sembahyang sampai bila-bila.

Nabi SAW bersabda : 

“Barangsiapa yang membangunkan sebuah masjid kerana Allah walau sekecil apa pun, maka Allah akan membangunkan untuknya sebuah rumah di syurga” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

3) Sungai Yang Dialirkan

Nabi SAW bersabda : “Barangsiapa yang membuat sebuah telaga atau sungai lalu airnya diminum oleh jin atau burung yang kehausan, maka Allah akan memberinya pahala kelak di hari kiamat.” (HR. Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Majah).

 

Amalan kedua : Ilmu yang bermanfaat

Ilmu yang berguna ialah ilmu yang kita gunakan sepanjang hayat kita dan yang kita kongsikan dengan orang lain lepas kita sudah tiada. Juga, buku yang kita tulis atau gunakan, serta yang membantu kita atau orang lain dalam mengedarkan ilmu itu.

Rasulullah SAW bersabda:

لَأَنْ يَهْدِيَ اللَّهُ بكَ رَجُلًا خَيْرٌ لكَ مِن أنْ يَكونَ لكَ حُمْرُ النَّعَمِ

Demi Allah sekiranya Allah memberikan petunjuk kepada seorang laki-laki melalui perantaramu, itu lebih baik bagimu dari unta merah.  (Riwayat Bukhari)

 

Amalan ketiga : Anak soleh yang berdoa kepadanya

Anak soleh yang dididik dengan baik dan berpegang teguh pada agama tidak perlu risau tentang ibu bapa yang telah meninggal. Mereka akan selalu mendoakan kebaikan untuk ibu bapa mereka, yang pasti akan diterima oleh Allah. Meskipun ibu bapa sudah tiada, doa anak soleh tetap berharga dan kuat di sisi Tuhan serta pasti dikabulkan.

Allah naikkan darjat  seseorang atas amalan baiknya sendiri dan juga sebahagian amalan orang lain. Kadang-kadang, seseorang dinaikkan darjat  kerana anak-anak solehnya.

Contohnya, ibu bapa yang didik anak-anak dengan baik, walau pun diri sendiri tak sehebat anak-anak. Jadi, tak mustahil untuk  Allah tinggikan darjat orang yang ada anak soleh di sisi-Nya.

Rasulullah SAW bersabda : 

“Selepas meninggal dunia, darjat seseorang masih dapat diangkat. Orang yang sudah meninggal dunia yang menyedari darjatnya diangkat akan berkata, “Ya Allah, apa ini?” Maka akan dijawab, “Itu adalah kerana anakmu selalu meminta keampunan untukmu.”

(HR. Al-Bukhari)

 

Rujukan : 

https://www.yadim.com.my/v2/tiga-amalan-yang-terus-mengalir/

https://e-muamalat.islam.gov.my/en/paparan-al-hadis/22-amalan-kekal-selepas-kematian

https://www.detik.com/hikmah/khazanah/d-6657868/3-amalan-yang-tidak-terputus-pahalanya-setelah-meninggal-dunia

 

Azdan mengajak tuan puan buat persiapan hadapi kematian dan Alam Barzakh dengan mendalami Ilmu Al-Quran dan mengamalkan isinya.

Daftarkan diri & ahli keluarga anda ke Program Himpunan 2,000 Ummah pada Julai ini!

KONVENSYEN JIWA QURAN : Andai Esok Nafas Terhenti

Dapatkan info dan rebut peluang menjadi peserta VIP dengan hadiah eksklusif & slot istimewa sebelum pendaftaran ditutup.

KLIK DI SINI

Promosi Selamat Datang!

PERCUMA

Kelas Percubaan!

Mula belajar mengaji sekarang–dapatkan secara Percuma!

Tebus tiket percuma kelas percubaan sekarang!

Kalau bukan sekarang, bila lagi nak belajar mengaji.