3 Mitos Mengaji Online Yang Terbukti Salah

Semenjak PKP dilanjutkan sehingga ke hari ini, banyak komunikasi secara fizikal tergendala dan ini menyebabkan banyak pembelajaran hanya dilakukan secara atas talian. Terdapat beberapa servis pembelajaran dilakukan secara atas talian termasuklah servis ‘mengaji online’. 

Biarpun kecanggihan teknologi hari ini dapat memberikan manfaat yang banyak bagi memudahkan urusan seharian namun terdapat beberapa pandangan negatif ataupun mitos terhadap isu mengaji online yang terbukti salah. 

Disini disenaraikan 3 mitos yang biasa dihadapi oleh orang dewasa sewaktu mengaji Al-Quran secara online. Antaranya ialah:

1. Mengaji Online Susah Nak Pandai 

Kebanyakan orang memilih untuk belajar mengaji secara fizikal berbanding secara online adalah kerana mereka lebih gemar mendengar Ustaz atau Ustazah memberi penerangan secara berdepan di dalam kelas. Mereka menganggap belajar secara online susah untuk faham akan sesuatu topik dan menyebabkan mereka banyak ketinggalan dalam pengajian mengaji mereka. 

Ketahuilah, belajar mengaji online lebih senang untuk pandai berbanding secara fizikal kerana mengaji secara online, kita boleh mengulang pengajian kelas tersebut pada bila-bila masa mengikut masa produktiviti otak kita. Berbanding di dalam kelas secara fizikal, kadang-kadang kita akan merasa tidak fokus dan cepat lupa kerana menghadiri kelas mengaji mungkin sekali seminggu berbanding kita boleh mengulang kelas online tersebut pada bila-bila masa mengikut kesesuaian masa kita. 


Alhamdulillah, sejak kita lancarkan pengajian mengaji secara online di Azdan, terdapat banyak testimoni pelajar-pelajar Azdan yang sudah berjaya capai impian mereka untuk lancar dan pandai mengaji walaupun hanya secara online. 

2. Mengaji Online Tak Boleh Bertalaqqi Dengan Guru

Kaedah mempelajari Al-Quran adalah dengan cara berguru ataupun bertalaqqi. Ia berdasarkan peristiwa di mana Nabi Muhammad SAW diajar oleh Jibril AS secara bertalaqqi. Namun, hari ini banyak tanggapan bahawa mengaji online tak boleh bertalaqqi dengan guru kerana mitos yang dipegang adalah berguru mesti secara berdepan atau bersemuka. 

Daripada Fatimah RA berkata, Nabi Muhammad SAW telah berbisik kepadaku: “Jibril membacakan al-Quran kepadaku setiap tahun sekali dan sesungguhnya Jibril membacakan al-Quran kepadaku pada tahun ini sebanyak dua kali. Aku tidak melihatnya melainkan isyarat bahawa ajalku telah datang.”

Sesuai dengan perkembangan teknologi hari ini, mempelajari al-Quran secara online tidaklah menjadi masalah kepada kita untuk mempraktikkannya. 

Bagi menjaga disiplin dan keberkatan ilmu belajarlah ilmu dengan adanya guru. Guru adalah mursyid dan murabbi yang membentuk akhlak dan adab kita. Ilmu yang benar dan diberkati adalah cahaya yang membawa kita kepada kebenaran

Keharusan mempelajari al-Quran secara online akan memberi ruang kepada umat Islam untuk sentiasa mendalami ilmu al-Quran walaupun dibatasi oleh Perintah Kawalan Pergerakan yang mengehadkan pergerakan kita untuk menghadiri kelas mengaji secara fizikal.

3. Yuran Mengaji Online Lebih Mahal Daripada Mengaji Fizikal 

“Kenapa yuran mengaji online lebih mahal dari biasa?” Itulah soalan yang paling menjadi isu apabila mengaji secara online diperkenalkan. 

Ketahuilah, untuk membuat kelas secara online semuanya memerlukan kos dan pembiayaan seperti bil telefon dan internet yang kuat untuk menampung beribu-ribu pelajar yang mengaji secara online. 

Selain daripada kos dan pembiayaan bil internet, kos untuk guru-guru tutor yang mengajar perlu dititikberatkan kerana mereka ada juga yang bekerja lebih dari masa. Ada juga yang sanggup mengorbankan masa hujung minggu mereka semata-mata untuk mengajar mengaji. Asalkan semua orang yang berimpian untuk lancar mengaji  Al-Quran akan tercapai dengan jayanya. 

Di Azdan, kami masih bertoleransi sekiranya ada antara pelajar yang tidak mampu untuk membayar yuran pengajian kerana impian kami untuk membantu ramai orang pandai mengaji lebih besar daripada nilai yuran yang perlu dibayar. Oleh itu, jangan berkira-kira untuk menuntut ilmu kerana ganjaran dan pelaburan untuk menuntut ilmu ini jauh lebih menguntungkan untuk di negeri Akhirat kelak.

Akhir kalam, banyak manfaat sekiranya kita belajar mengaji secara online berbanding secara fizikal. Selain daripada mod pembelajaran yang  lebih sistematik, ianya dapat menjimatkan masa dan tenaga. Belajar mengaji secara online boleh dilakukan pada bila-bila masa dan kemana sahaja anda berada tanpa mengira sempadan. 

Rebutlah peluang sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan hari ini bersama ahli keluarga tersayang untuk terus belajar mengaji walaupun hanya dari rumah sahaja. 


Sekiranya anda ingin belajar mengaji secara online yang terbukti berkesan seperti 10,000 orang pelajar Azdan?

Ustaz dan Ustazah akan bimbing Anda dengan kaedah paling terkini mahir mengaji dengan sangat mudah & cepat, dari kosong sampai pandai !

Jika ada sebarang soalan, boleh klik link di sini : https://go.wasap.my/pengajianazdan26